Friday, March 20, 2015

BELOGKU SUDAH DARJAH 1



Blog saya dah tahun ke 7. Maksudnya dah darjah 1.Makin lama,makin malas nak update.
Lebih-lebih lagi kat sana waktu sekolah je ada line.Waktu sekolah saya mengajar.
Dekat quater mana ada line.

Last Entry berkaitan makhluk asing pulak tuh.Entah apa-apa.Tapi tidak mengapa.Sekarang saya dah MOVE ON  & GROW UP!


Biasalah tu kecewa sikit-sikit.

Nanti saya update pasal sekolah.



Wednesday, February 19, 2014

Harapan menjadi layu.

Kadangkala, kita terlalu mengharapkan kepercayaan orang.
Kita terlalu percaya akan dia,
Kita terlalu mengharap dia akan memahami kita.
Apa-apa jua berlaku,kita letakkan dia sebagai orang paling kita percaya.
Sampaikan kadangkala,kepercayaan itu lebih daripada apa yang kita sepatutnya percaya.

Tapi kita lupa,
dia juga manusia biasa.
Dalam kita ada masalah,
yang bertimpa-timpa..
kita mengharapkan..dia sentiasa untuk kita.
Bagi kita kata-kata semangat,
Sentiasa memberi bahu untuk kita menangis.
Sehingga lupa,
dia juga mampu menjadi penambah masalah kita,
dan lebih menyakitkan hati kita,
ibarat hati yang di siat-siat.
Jadi,
dalam apa jua perkara,
bersederhana.
Janganlah terlalu mengharap pada manusia.
Lebih bagus,kalau harapan itu
kita beri pada sepatutnya,
iaitu Allah yang maha esa.


kan lebih baik.
Paling kurang,
dia sentiasa ada untuk kita.
Dan tidak akan mengecewakan kita :)

#kawanyangpalingsayapercaya#kawanyangpalingsayasayang.


c&p :
Ku serahkan segala padaMu Tuhan yang berkuasa jua mencipta kerana Engkau Maha Mengetahui , segala apa yang terbuku dihati...Ya Allah tidak ku terdaya lagi , menahan dugaan yang mencabar ini.Terasa bagai nokhtah telah ku temui , mengakhiri segala yang telah ku mulai.Ya Allah Engkau lindungilah aku...bekalkan daku dengan limpahan iman.Agar tabahku menghadapi dugaan agar tidak ku berhenti di pertengahan...
Kini disini aku berdiri bersama harapan yang tulus suci.Agar terbitlah kembali mentari pagi.Setelah malamku berkalut benci....

Friday, December 20, 2013

Tanya pada hati

Renung-renung,
tanya dalam hati.
Dalam hati ada siapa?
letaknya mana di hati saya?
Saya sayang dia.
Tapi saya rasa,
saya macam semakin jauh.
Dia tidak pernah tinggalkan saya.
Cuma saya terkadangkala meninggalkan dia.
Tanya lagi pada hati.
Apa yang kau sumbangkan untuk dia?
dan agamaNYA.
ku lihat-lihat seperti tiada.

Sudah itu,
pantaskah ada ruang syurga untuk diriku.


Si musafir embuau.
20122013

Friday, December 6, 2013

Penempatan pertama





Masa itu berlalu sangat cepat tanpa kita sedari.Dulu masa mula-mula menubuhkan blog ini,umur saya baru belasan tahun,ketika saya masih bergelar pelajar Program Persediaan di IPG.Masa terus berlalu,dari saya bergelar seorang penganggur dan akhirnya saya kini telah pun bergelar seorang pendidik. Jika dilihat entri saya kali terakhir ditulis semasa saya mengetahui keputusan penempatan saya yang nun jauh disana. Hati siapa tidak gundah gulana,bukan risau keadaan pendalaman disana ,kesusahan atau apa,cuba apa yang dirisaukan adalah "siapa yang akan menjaga Ibu bapa saya kelak?" .Tapi tidak mengapa kerana saya yakin Allah akan sentiasa ada disisi.Jadi saya berpegang 'Takpe Allahkan ada'. Kan kebergantungan kepada Allah itu penting .

Masa terus berlalu,masih saya ingat berperasaan yang bercampur baur ketika menyemak keputusan. Perasaan itu hanya Allah yang tahu. Perasaan semasa berpisah dan lambaian terakhir ketika berlepas.Jika dikenang, memang terasa sebak. Iyalah, saya anak tunggal , walaupun mungkin saya bukan anak yang soleh,dan kadang kala nakal dan degil juga,tapi saya sayang ibu bapa saya lebih dari segalanya.Kerana saya hanya ada mereka dan meraka hanya ada saya . Itulah hakikatnya, mungkin sesetengah orang tidak faham.Takpa,dah biasa.Alah bisa tegal biasa .

Selepas tahu penempatan di Sarawak,saya masih belum tahu dimanakah penempatan untuk sekolah,tapi Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan,oleh kerana ,dunia siber yang tiada sempadan,saya tahu sekolah penempatan melalui facebook. Untung mak Jemah tak delete fesbuk lagi.Punyalah busy menyiap segala kelengkapan dan dokumen, sebab kami diberi masa tak sampai 5 hari untuk bersedia. Setelah semua selesai,kami perlu tahu tarikh penerbangan kami kerana kami perlu diorentasikan di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum diterbangkan di bumi kenyalang. Setelah itu,kami perlu di orentasikan di Bumi Kenyalang pula.Dari Kuala Lumpur,kami di kumpulkan di Hotel Grand Magherita,Kuching,disini kami orentasi dan taklimat lagi sampai pukul 3pagi. Keesokkannya pula, saya diterbangkan lagi ke Sibu .Sampai di Sibu kami di jemput oleh orang PPD sambil memegang kertas yang menulis 'PPD SONG'. Setelah itu,kami perlu mengambil teksi untuk pergi ke wharf/Jeti untuk menaiki bot ekspress.Perjalanan ke jeti mengambil masa kira-kira 30 minit.Selepas itu dari Wharf ke pekan Song mengambil masa tidak kurang dari dua jam. Di pekan Song,kami di bawa ke PPD sebentar dan selepas itu ,kami akan di jemput oleh gb/gpk untuk di bawa ke sekolah. Saya dan rakan saya pula,telah di jemput oleh GPK HEM dan GPK KOKU.Dari Pekan Song saya perlu menaiki perahu lebih kurang 20 minit untuk sampai ke sekolah.Akhirnya sampailah kami di sekolah yang paling cantik ini :)

Kini,pejam celik pejam pelik sudah 4 bulan saya disana. Ingat lagi masa bulan pertama,alahai terasa masa begitu lambat berlalu,maklum hati menunggu nak balik raya.So far, sekolah saya ok sahaja,happy,enjoy,kawan -kawan best, biasalah kalau ada masalah ,dekat mana -mana ada masalah,mesti ada prokontra.Kadang-kadang rasa ok,kadang-kadang rasa tak sabar nak pindah (Jujur sangat kau). tapi sejujurnya ,saya suka juga sekolah ini,kawan-kawan saya,kalau andai tiba masanya saya berpindah(berangan lebih) ,saya berani jamin,saya confirm saya menangis.

Tuesday, June 25, 2013

Jauh Di mata Dekat Di Hati.

Ya Allah, tolong pelihara ibu bapaku, Panjangkan Umur Mereka. Panjangkan Umur Mereka. Panjangkan Umur Meraka. Berikan mereka tubuh badan yang sihat, Hati yang tenang. Ampuni segala dosa mereka. Mereka sebaik-baik ibu-bapa yang memelihara akhirat dan duniaku, Walaupun jauh dimata,dekat dihati. Aku percaya ada hikmah disebalik ini. Semoga ada keajaiban :)
Amin.

Thursday, February 7, 2013

travelog photography vietnam 2012






lihatlah dunia ,dan syukuri nikmatnya. selagi memperolehi nikmat bernafas dan kesihatan olehnya.

Friday, January 4, 2013

Be grateful 1

It's a little too late to wish Happy New Year to everyone . Wishing you all another 12 months of happiness, health, wealth, hope, opportunities, love, joy, cheerfulness and dijaga iman ,dan dapat meningkatkan amalan kepada Allah bagi sesiapa yang beragama Islam.

Actually, the last night before new year,my family and I , went to ikan bakar restaurant for lunch.After that ,on the way to back home, i saw an old man riding his bicycle really late at night.Riding in darkness with 'basikal buruk ' i feel  deep sympathy for him.Saya tak tahu dia dari mana,but i think and very sure , dia just back from work. 

In the darkness, he just wearing baju keselamatan yang menyerlah dan lusuh bagi pemandu lain nampak dia.ride to home from work in the dark, with no lights using the old bicycle.At the back,just have tong cat kosong yang besar mungkin sebagai 'baldi' kepada beliau ditempat kerjanya.Betapa besarnya jasa seorang ayah untuk menanggung keluarganya.

Every human is born from different socio-economic status and of course the providence  of God it also not same dan setiap ayah dan ibu bapa ada cara tersendiri untuk mencari rezeki untuk anak-anak.Apa pun bertapa payah dan susah untuk mencari anak-anak, itu adalah cara mereka, kemampuan mereka,rezeki mereka,periuk nasi mereka.Tak semua orang bernasib baik dan tak semua yang bernasib baik akan terus bernasib baik, dan tak semua yang bernasib kurang baik akan selamanya kurang baik.Perihal rezeki ini urusan Allah dan bukan urusan kita.Never forget to pray to Allah and work hard more and more.

Saya pernah terfikir,dan majoriti rasanya pernah terfikir.Mak ayah kita , kerja susah-susah dapat gaji 400-500 atau kurang dari itu sebulan,tapi mampu menampung perbelanjaan rumah,nafkah kita semua,segala bil bagai,dan segala-segalanya.Tapi kita ,diberi elaun lebih 700 sebulan ,but in the end of semester still minta duit mak ayah , dan miskin tak usah nak cakap.Kadang kala,ketika di maktab suatu ketika dahulu,semasa makan di kantin,cafe,pak abu dan dimana-mana,saya terfikir ,agak-agaknya , apa yang emak dan abah saya makan dirumah? ya, sedar atau tidak , jika kita ke cafe dan sebagainya , kita akan ambil lauk ikan itu seekor untuk dimakan seorang diri,sedangkan mak ayah kita, makan seekor ikan kongsi untuk 2atau3orang.Betul tak? kadang entah mak ayah kita makan berlauk atau tidak bila hujang bulan? 

So,the conclusion is,be thankful for what you have. You have no idea how many people would love to have what you’ve got.And Allah is the only one who can and will truly help you.

ps: dah dapat gaji,jangan lupa mak ayah :)

   Mekong Delta River ,Vietnam 2012

Saturday, December 8, 2012

Tahajud cinta 1




Semalam tiba-tiba mimpi arwah abang.kali kedua selepas setahun lebih,mimpi jumpa arwah abang dekat tanah suci . Dia senyap je ,tak cakap apa-apa.Aku je banyak bercakap.Semoga roh abang tenang di sana.

Rindunya tanah suci Mekah dan Madinah. Semoga sentiasa ada peluang untuk ke sana untuk mengadapnya . The best place on earth. Nak kumpul duit lagi.

Dalam mengejar dunia , jangan lupa belanjakan harta ke jalan akhirat. simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Monday, December 3, 2012

Happy December





Hello, and Happy December! December is a happy month for me. I’ve been waiting for your arrival since January :) 

I have a whole month to spend with my parent because they is off of school and we're decided for travel on 12th december.So excited.Thanks alot to my parent because selalu bawak adik jalan-jalan since i was young.

Thounsand congrats to Harimau Malaya . Ngaum.Ngaum kerana berjaya menjejakkan diri ke semi final. Good luck and let's improve to become a champion once again.

Last but not least Happy december everyone♥

♥ MJ . Good Luck MJ. bluerk .

Thursday, November 15, 2012

November 2012

Bulan november , bulan perpisahan.
Dalam Bulan November,
ada satu hari, hari terakhir kita berjumpa
untuk tahun ini...
Bulan-bulan depan,tahun-tahun depan,
insyallah boleh jumpa lagi.
Kalau ada jodoh,kalau ada rezeki,kalau ada umur.

Bulan November,bermula tahun ni,
tak sama macam bulan november 5tahun lepas.4tahun lepas.3tahun lepas,2 tahun lepas dan tahun lepas,

Selamat tinggal kawan2 terutama adik beradik 5tahun setengah PISMP 8F .
Kita cuba sedaya upaya buat reunion lagi tau :)

Wednesday, October 24, 2012

tiada tajuk 2

kena percaya janji tuhan seratus tujuh puluh peratus bila dia kata "minta-- dan aku bagi".
dan jangan sekadar minta sekali.

kalau sungguh apa yang kita mau itu yang terbaik untuk kita--
lambat laun sampai juga ke tangan kita.
kalaulah tak kunjung tiba--
ajarlah hati untuk terima yang tuhan itu maha tahu.

sesungguhnya dia pencipta segala.
dari yang terzahir sehingga ke yang paling dalam hati--
dia tahu kenapa kita mahu apa yang kita mahu.
kalau mak abah kita sanggup kerja siang malam demi anak yang mahukan sesuatu, apa lagi tuhan yang mencipta setiap zarah yang wujud sejak azali dulu.

dan yang penting--
sabar dalam menunggu.

c&p dari fynn jamal

Monday, October 22, 2012

tiada tajuk 1


Ya Allah, lubang di hatiku ini sangat menyakitkan. Dan ini juga bukan kemahuanku.”

“Wahai hambaKu, barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [2]

“Yang penting lubang di hati ini sangat dalam. Dan aku mohon pertolonganMu,kau tutupkan sahaja kalau ianya memberi kemudaratan kepadaku.



Tiada masa untuk kita.

Friday, September 21, 2012

Kenapa masa terlalu sekejap.
Setahun.
Tahun Lepas mesti abang tengah sakit sekarang.
Hilang Darah , patah pinggang.
Semoga abang bahagia di sana.
Adik sayang abang.

Monday, September 10, 2012

1 TAHUN

Kematian adalah rehat daripada kedukaan dunia .

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. 
Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.”
(Al-'Ankabuut:57)

Kenapa harus ada kematian?

Allah mengasihi dia dan mengambilnya lebih awal dalam dakapan kasih-Nya. Allah lebih mengetahui untuk membalas hamba yang dikasihi-Nya, lebih daripada apa yang kita boleh lakukan untuknya, kerana Allah itu M
aha Pengasih Lagi Penyayang yang tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang manusia.

`Jangan dukacita terhadap dunia dan penghuninya, iaitu keluargamu. Gembirakan dengan nikmat syurga, di mana segala kebimbangan akan lenyap. Jangan berdukacita, kamu pasti akan meninggalkannya, padahal ketika itu, iaitu sebelum meninggal, Allah telah pun menenangkan hatinya.''

Tidak mudah mengikis rasa rindu kehilangan orang yang dikasihi. Demikianlah di antara tanda-tanda kasih sayang. Tidak mudah memujuk kesunyian hilang teman, hilang tempat bergurau senda dan mengadu kasih, tempat harapan. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

23 Shawal 1432- 23 shawal 1433 .
Semoga Arwah Khairul A'riffin Bin Mazlan rohnya dicucuri limpahan rahmat dari Allah, dan digolongkan di kalangan orang-orang yang diredhai Allah. Dari Dia kita datang dan dari Dia kita kembali.

AL-FATIHAH

Saturday, September 8, 2012

hanya sekali.
sudah cukup  untuk dijadikan pengajaran.

Saturday, September 1, 2012

Hati orang.

kita percaya seseorang.
kita percaya sangat.
Tapi mungkin kita tak tahu.
Dia orang yang paling kita tak boleh percaya.

Kita rasa orang tak marah.
Tapi mungkin tak sedar ,
mungkin orang tu marah.

Kita mungkin rasa orang tu ,
macam suka dengan cara kita.
tapi kita tak sedar.
mungkin orang tu meluat dengan kita,

Mungkin kita rasa ,
kita dah buat paling baik
tapi orang lain rasa kita buat
macam melepaskan batuk di tangga.

Kita rasa macam orang lain  boleh terima cara kita.
tapi kita tak sedar.
yang itu hanya sekadar kita rasa.



orang lain tetap orang.
orang lain  tak macam kita.
kita mana tahu hati orang lain.
sebab hati dia.
bukan hati. hati sendiri pun susah nak baca.
inikan hati orang lain.
mungkin tu sebab kita hendaklah sentiasa
bersederhana.
rambut sama hitam hati lain -lain.
Kita rasa.kita rasa.
hanya rasa ,
buat semesti betul.
kadang jauh tersasar dari apa kita fikirkan.
Ingat,
orang tak sama macam kita
Kita tak sama macam orang.

renungan untuk diri sendiri.



lastly,
memang betul.
menda ni kita tak jangka




Wednesday, August 22, 2012

Raya

raya,
bagi aku raya ni seronok bila kita kecil-kecil.
Main bunga api.main mercun segala bagai.
Pergi rumah atok naik motor.
Dapat duit raya banyak.
apa-apalah di masa kecil.
semua dirasakan NICE.

bila dah besar.
dan makin besar.
Rasa seronok berhari raya
semakin berkurangan.

Paling tidak best.
Tahun ni,

Sayang abang.



Monday, August 6, 2012

Anggapan

kadang kita anggap lain.
Tapi orang anggap lain.
Kita tak boleh baca fikiran orang
dan orang tak boleh baca fikiran kita.

Hidup kita ada sempadan.

Sunday, July 29, 2012

Andai ini Ramadhan terakhirku.

Puasa tahun lepas(2011) , Aminah rasa ,puasa yang paling disia-siakan oleh Aminah .Mungkin atas faktor terlalu mengejar urusan dunia , bebanan kerja dunia ,Aminah hanya puasa sekadar puasa.Kurang ibadat sunat lain yang dilaksanakan. Aminah jadi leka menyiapkan tugasannya. Aminah tak stabilkan urusan dunia dan urusan akhirat.Setiap kali dia tidak berkesempatan untuk solat terawih , Aminah mesti berasa kesal dihatinya. Aminah terdetikdihatinya  "Andailah ini ramadhan terakhirku...." .. ah,Aminah tak sanggup untuk memikirkannya.Begitulah hidup Aminah sehingga ramadhan berakhir.Dalam tempoh sebulan ramadhan ,hidup Aminah dirasakan kosong. Aminah rasa sedih sangat mengenangkan ramadhannya dan sifatnya.

Aminah selalu terbayangkan betapa dia menyesalnya untuk ramadhannya yang lalu , andai itu adalah ramadhan yang terakhir untuknya.

Tapi , siapa sangka , Allah itu terlalu banyak rahsia. Sehingga kadangkala , kita tak dapat jangka apa yang akan berlaku. Sebab kita hanya merancang dan hanya Allah yang akan menentukan. Bila Allah kata Jadilah. maka Jadilah.

Selepas bulan ramadhan berakhir.maka datanglah bulan shawal dan tanpa disangka-sangka , didalam bulan shawal tersebut seorang dan hanya seorang abang Aminah telah pergi meninggalkan Aminah dan keluarganya. Kiranya ramadhan yang lalu ,adalah ramadhan terakhir untuk abang Aminah.

Dengan baki Ramadhan yang masih ada ini , Aminah  tak tahu adakah ini ramadhan terakhir untuk Aminah, adakah ini ramadhan terakhir untuk orang-orang yang Aminah sayang? Aminah tak sanggup untuk memikirkannya. Tapi Aminah kena kuat , Aminah kena bersedia , yang ajal maut semua ditangan tuhan. Aminah hanya mampu berdoa dan berdoa. 

Aminah harap ada lagi ramadhan untuk Aminah bersama -sama orang-orang yang Aminah sayang dan menyayangi Aminah. Amin.


Andai ini ramadhan terakhir ku ,Adakah ibadatku telah berjaya menebus dosa-dosaku.Andai ini ramadhan terakhirku.Akan ku maafkan segala kesalahan buat kawan-kawanku dan keluargaku yang disengajakan atau tidak,dan aku mohon kemaafan dengan penuh rasa rendah diri dengan apa yang telah aku lakukan secara sengaja atau tidak sengaja.

Untuk abang ,adik doakan abang
Semoga abang tenang bertemu Ar-Rahim di mahsyar nanti. Semoga roh abang ditempatkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman & ber'amal soleh. Amin.


Thursday, June 28, 2012

kau tak rasa apa aku rasa.


kadang-kadang saya hampir tak faham apa yang terdetik dalam fikiran setiap fikiran manusia.
diaorang tak rasa apa rasa kehilangan adik beradik meninggal  lepastu jadi anak tunggal.
diaorang tak tahu apa rasa .apa kami rasa.
cuma dalam kepala mereka .
"untunglah aset semua ada"
"untung rumah dah dapat semua dah ada"
"sure semua jadi milik kau"
"sure ayah kau dapat kereta sebiji senang-senang je nanti"
"bestnya jadi kau ,mak ayah hantar tiap-tiap kali balik kampung"

orang cakap memang senang.
cakap main bedal je.
tapi orang tak tahu apa kita rasa.
kau tahu tak .
macam mana aku nak accept yang aku jadi anak tunggal.
kau tahu macam mana nak accept yang takde abang ,adik beradik lain lagi.
kau tak macam mana aku nak accept
yang satu hari nanti  orang aku lihat sejak aku lahir .
orang yang aku  sayang lebih dari separuh nyawa aku ,
aku tinggalkan aku selama-selamanya cuma tak tahu bila .
dan akhirnya aku akan jadi sebatang kara
kau tahu tak apa rasa setiap kali aku tengok kubur abang aku.
kau tahu tak apa rasa setiap kali tengok mak aku menangis.
kau tahu tak apa aku rasa setiap kali mak menangis macam mana aku nak tenangkan dia.
kau tahu tak betapa aku rasa macam aku menyusahkan parent aku hantar aku balik KL 
sebab aku tak minta ,aku lebih suka balik sendiri.
tak payah ayah aku susah-susah hantar sini.
tapi dah mereka kata .
mereka akan susah hati 
selagi tak hantar aku sampai
"PAGAR IB "
nak buat macam mana.
aku ikut ,since itu menyenangkan hati mereka.


kenapa sesetengah manusia 
hanya berfikiran meterialistik semata-mata.
serius ,aku  sangat kecewa dengan sesetengah mentaliti manusia disekeliling.
terutamanya kalau manusia itu orang sahabat kita sendiri.
yang kita harap boleh faham kita.
TAPI



sahabat?