Showing posts with label entri aku. Show all posts
Showing posts with label entri aku. Show all posts

Friday, January 27, 2012

bersedia.


kita selalu mengharapkan yang bahagia dan gembira akan selalu kekal dalm hidup,hidup sampai mati bersama-sama dengan orang yang disayangi dalam hidup.Hidup macam seolah-olah tiada lagi untuk hari esok.Kalau boleh moment kita yang ada dalam diari hidup tiada cacat cela dengan cerita-cerita duka.

kalau boleh,hidup ini macam realplayer,kita edit video bahagian-bahagian sukacita dan sukahati sahaja dan akan direwindkan banyak kali sampai mati.Kalau boleh kita rasa kita nak hidup semati dengan orang -orang yang kita sayang terutama keluarga.Mungkin sebab manusia secara lumrahnya memang mahukan terbaik dalam hidupnya.

tapi kita lupa tak semua apa yang kau rancang itu akan berlaku.Sebab itu semua terpulang pada nasib dan ujian Allah kepada kita.Kita terlupa yang jarum itu akan sentiasa bergerak dari masa ke semasa.dan akhirnya bila sampai ke pusingan yang sama,Ia dah menjadi hari esok ,atau mungkin langit yang cerah dengan kepekatan cahaya matahari bertukar ditemani dengan kegelapan malam diterangi dengan cahaya bulan.

kita terlupa yang kadang kala perkara yang paling kita tidak mahu dalam hidup kita ,boleh berlaku bila-bila masa sahaja.Kun fayakun,bila Allah kata jadi akan jadi.Sepandai mana kita jaga dia,Sesayang mana kita pada dia,Sebagaimana rasa anda yang ada ada untuk dia,Sehebat mana anda menjaga hati anda untuk tidak berduka cita dengan urusan dunia,tapi kita lupa,yang kita hanya merancanga dan Allah yang menentukan.

Oleh itu,ingat dan pesan baik-baik pada hati pada diri yang kita kena bersedia dan hadapi satu kejadian yang mungkin kita tak pernah terfikir atau terlintas langsung dalam hidup kita.Perkara yang kita tak mahu langsung hadapi sebab bila sampai masa kita akan hadapi juga.Sediakan minda,akal,hati dan semua walaupun payah...dan memang sangat payah,tapi kita harus redha.

p.s:cakap memang senang,kau tak rasa ,kalau kau sendiri tak lalui.


Tuesday, May 10, 2011

tribute khas untuk dia,

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

kita cakap.kita sayang dia.
tapi kita lawan cakap dia.
kita cakap kita perlukan dia.
tapi kita cari dia bila perlu.
kita cakap kita rindu dia.
tapi kita balik jarang-jarang.
telefon pun jarang-jarang.
kita janji nak jadi anak soleh anak solehah.
tapi kita jarang doakan dia.
kita cakap nak jaga dia,
tapi dia sakit sikit kita merungut.
kita cakap kita nak dia bangga dengan kita.
tapi dalam separuh sedar,
kita conteng arang dekat muka dia
dengan perangai kita.
Hari esok
entah ada entah tidak
untuk dia atau mungkin untuk kita.
berubah sebelum terlambat.
sebelum semuanya tamat.
kita ingat.
masihkah dia berpeluang
menjadi si ibu yang bangga dengan anaknya.
yang tahu anaknya kita menjadi soleh solehah.
yang dapat melihat kejayaan dan kebahagiaan.
yang anak berubah dari hari ke hari.

cukup cukup
kita lawan cakap dia.
cukup cukup
kita malukan dia
cukup cukup
kita tipu dia.
cukup cukup
kita sakitkan hati dia
cukup-cukup
kita buat dia risau
berhenti sebelum terlambat.
Pergi sebelum melarat


selamat hari ibu.

p.s:kalau sayang.cakap sayang!buktikan.

Friday, December 31, 2010

nota hati seorang aku


kadang -kadang aku selalu rasa
aku bukan seorang hamba allah yang baik,
kadang-kadang aku rasa aku jarak denganNYA
Mungkin sebab aku sibuk dengan urusan dunia
aku rasa aku tidak berhak mengimpikan syurga,
sedangkan di dunia fatamorgana ini,
aku banyak lakukan dosa kepada Allah.
ibadat kurang,berdakwah lagi jauh.
bila semua hamba Allah bangun solat sepertiga malam,
aku masih menarik selimut.
ketika hamba Allah yang lain sibuk mendengarkan Ayat suci Alquran,
aku sibuk mendengarkan lagu - lagu tak jejak bumi.
ketika Allah menguji aku,
aku terlalu mudah melatah.

aku bukan anak yang baik,
bukan seorang anak yang soleh dan solehah.
seorang doa anak yang soleh,
mampu membantu ibu-bapanya mendapat tempat di akhirat kelak,
kadang aku rasa,
aku selalu melukakan hati ibu bapaku,
aku susahkan mereka dengan pelbagai karenah,
aku ingkar dan melengahkan apa yang mereka suruh.
aku tidak pernah mengembirakan mereka,
malahan mengecewakan mereka dengan mendapat keputusan yang teruk,
mengecewakan mereka dengan kenakalanku.
aku ingin menjadi anak yang soleh,
menjadi anak yang solehah untuk kedua-dua orang ibu bapaku.
doa anak yang soleh dapat menebuskan dosa ibu-bapa
yang akan masuk kedalam neraka berpindah ke syurga.
aku ingin menjadi seorang anak yang soleh-solehah,
sebab ibu bapa hanya memiliki dua cahaya mata,
tida seperti yang lain,
mempunyai ramai anak yang soleh solehah yang boleh mendoakan mereka,
kalau bukan aku yang membantu kedua-dua ibu bapaku,
siapa lagi?pada siapa yang boleh mereka harapkan selain aku.

aku bukan seorang muslimah,
apatah lagi seorang muslimah yang baik,
bukan seorang yang muslimah yang solehah,
yang tidak pernah membicarakan hal dunia di bibirnya,
yang berpakaian litup,sejuk mata memandang.
yang sentiasa menjaga pandangan mata,
sentiasa menjaga tutur kata.ketika muslimah yang lain,
sibuk melabuhkan tudungnya,
aku masih rasa selesa dengan tudung yang aku sarungkan.
aku bukan seorang muslimah yang baik,
yang mampu menjadi penguat bagi seorang ikhwan.
aku bukan seorang muslimah yang baik,
yang berhak mengidamkan seorang yang soleh dan baik,
yang melebihkan MU dalam segala sesuatu.untuk membimbing aku.

kadang-kadang aku rasa,
aku bukan sahabat yang baik untuk seorang sahabat
bukan seorang rakan sebilik yang yang baik untuk rumetnya.
bukan seorang rakan kelas yang baik untuk classmatenya.
ketika sahabat-sahabat lain sibuk menjaga tutur katanya
untuk menjaga hati seorang sahabat
aku sering menyakiti hati orang lain dengan lisanku.
sering membincangkan kejelekan orang lain.
aku bukan sahabat yang baik,
aku rasa aku tidak pernah membantu sahabat-sahabatku ketika susah,
kadang-kadang aku rasa,
aku terlalu pentingkan diri sendiri.
kadang-kadang bila kita bersengketa dengan sahabat karib,
kita tidak sabar dengan mereka.
marilah wahai sahabat,kita jalan berpimpin tangan.
mengukuhkan lagi ukhwah yang terbina.

aku bukan seorang hamba Allah yang baik,
bukan seorang muslimah yang sejati,
bukan seorang anak yang baik,
bukan seorang sahabat yang baik,
tapi....
aku berusaha untuk menjadi yang lebih baik.
agar hidupku lebih baik daripada semalam.
aku tak layak untuk masuk ke syurgamu,
tapi aku tak sanggup untuk ke nerakamu.
Aku adalah hamba yang mengharapkan belasmu.
jadikan aku hamba Allah yang bertaqwa
ampunkanlah dosa-dosaku,
dosa-dosa ibu bapaku,
dosa umat islam samada yang masih hidup,
mahupun yang telah meninggal dunia.
berikanlah kami petunjuk,
seperti mana orang yang telah kau tunjuki.
Amin

p.s:belog aku dah berusia dua tahun.

Monday, November 15, 2010

in the end.

semester yang memenatkan.
akhirnya kau habis jua.
ujian yang memenatkan.
akhirnya kau tamat jua..
nota campak tepi..
buku simpan rapi-rapi..
otak yang serabut...
boleh tenang -tenang saja.
kau rehat cukup-cukup cuti ini..
pasal itu..kau tamat juga..
seiring semester yang hampir tamat..
jangan datang-datang lagi
Ya Allah..
kau sentiasa tolong Aku..
terima kasih kerana memberi petunjuk.
Hari berganti hari..
masa sungguh cepat berlalu..
berhentilah daripada bayangan mati.
janganlah jadi jahil..
janganlah berkasih dengan khayalan.
cuti..cuti..
aku menanti..
tilam empuk dan air liur basi..
untuk tidur ganti..
hahahaha...

p.s:
saya sayang emak saya.
saya sayang ayah saya.
saya sayang rumah saya.
saya sayang kucing2 saya.
saya rindu emak ayah saya.
saya rindu rumah saya.
kucing2 saya...
kamu makan apa?



Sunday, May 9, 2010

dia yang istimewa.


dia memang istimewa.
saya sayang dia.
dia yang saya maksudkan ialah emak saya
sayang sangat-sangat.
saya tahu..kalau emak saya tiada ..
tiada orang yang akan sayang saya macam mana dia sayang saya.
tiada orang yang jaga saya macam mana dia sanggup saya
tiada orang yang sanggup layan saya macam mana dia layan saya.
tiada orang yang akan menerima saya seadanya macam mana dia menerima saya adanya.
dia takkan tinggalkan saya walau apa jua keadaan
kecuali Allah menarik nyawa salah satu dari kami bila sudah sampai masa kelak.
bila tiba saat itu.
saya tidak tahu apa yang berlaku pada saya.
bagaimana saya harus menghadapi dengannya.
sebab dalam dunia saya.saya hanya ada ayah dan emak saya sahaja.
saya masih ingat lagi masa saya naik cable car dekat langkawi.
emak saya memang gayat.dia memang cakap.dia memang tak nak naik cable car tu.
saya tahu dia memang gayat.kalau dia naik jejantas atau bangunan tinggi pun dia takut.
inikan nak naik cable car yang teramatlah curam+tinggi+gerun.
mula-mula dia kata dia tak nak naik.dia hendak tunggu dekat bawah sahaja.
pastu tetiba je ..bila dah sampai dekat kaunter tiket.
dia hendak ikut sama.saya pelik.ramai juga pelik.semua orang pelik.
dan saya mak cik saya tanya.
"kenapa tiba-tiba nak naik"?
lepas tu..mak saya cakap:
'tak sampai hati hendak biarkan saya naik.dia tak sedap hati.dia kata kalau tiba-tiba berlaku sesuatu kat saya .dia takut dia akan menyesal seumur hidup.dia rasa tak sedap hati.dia kata atleast,kalau dia temankan saya,kalau berlaku pape dengan izin tuhan terhadap saya,sekurang-kurang dia sentiasa bersama saya,dan apa yang saya rasa,dia akan rasa juga'
lebih kurang macam nilah.saya pun tak ingat sangat.sebab dah lama.masa tu disember 2007.
sedih masa dengar mak saya cakap macam tu.
mak saya selalu cakap:
'anak mak tak banyak,anak mak ada dua je.anak perempuan mak pun tak ramai,hanya ada saya seorang sahaja,tak macam orang lain.yang ada ramai anak.
yang ada anak perempuan ramai,3-4 orang......
mak tak mahu tengok saya sedih-sedih,sakit-sakit...dan seterusnya banyak lagi dia nasihat..'

she love me like no others.
There is no love, like my mother's love
without you, there would be no me
Without you, I would be lost
Without you, there would be an empty space
The thousands of things you did for me
I'm so glad you're my mother
Thankyou for being there when I needed you
Thank you for believe me
Thank you For being the one person I could trust
No matter what, no matter where
But most of all thank-you for being you,my mom



p/s:dia hanya anugerah dan pinjaman daripada Allah
selagi dia mahu memberikan pinjaman kepada kita.
selagi dia masih ada.
hargailah dia.
kenanglah jasa mereka.
doakan kesejahteraan mereka sentiasa.Amin.

Monday, January 18, 2010

hari esok tetap ada..

kematian merupakan masalah yang sudah pasti..
dan kita harus menghadapinya..
walaupun sekaya mana pun kita...mungkin sekaya bill gate @ donald trumph ..
walaupun seberkuasa mana pon kita diatas muka bumi ini..
kita tetap akan menghadapi hari kematian.
sebab kematian itu pasti...cuma masa dan waktu je kita tak tahu...
dan semua itu berlaku dengan qada' dan qadar Allah
tiada seorang pun dapat mengaturnya dan tiada siapa dapat menghalangnya..

Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Qura’an.


'hari kelmarin sudah berlalu dengan keresahan dan kebimbangan..dan mungkin juga anda berjumpa dengan kegembiraan di hari kelmarin..ianya sudah selesai..
dan TIDAK MUNGKIN SAMA SEKALI akan berulang..
ia tidak akan berulang sekalipun walaupun seluruh dunia bersatu untuk mengubahnya.."


hari esok pula..masih berada di dalam keghaiban..
ianya masih belum datang walaupun pada ketika ini..
tak perlu meminta..tak perlu mengharap..
kerana
Hari Esok tetap akan datang dengan sendirinya..

dan ingatlah..kita hadapi hari esok dengan tenang dan yakin..
sebab Allah sendiri sudah berfirman..
"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya"
(albaqarah ayat:286)

dan saya berharap dan selagi saya mampu..
saya boleh menghadapi hari esok.
walaupun mungkin esok menjanjikan kepahitan dan kesedihan tidak teduga untuk saya..
say mengharap sangat saya boleh menghadapi dengan tenang..
walaupun begitu sukar untuk saya menerima kenyataan...
walaupun pada saat itu saya kurang beryakinan..
mungkin juga pada saat itu saya rasa hilang segalanya..
mungkin saya rasa kehilangan..
mungkin pada saat itu ..saya rasa saya sudah penat..
walaupun pada hari esok mungkin hati saya di siat-siat dan di carik-carik..
mungkin saat itu saya sudah bertongkat..
dan mungkin juga saya sudah terjelepuk dan tertumus ditanah..
walaupun begitu payah, tapi saya tetap akan berdiri tegak.
sebab saya yakin mesti ada sinar untuk hari yang berikutnya.

dan pada saat itu saya berharap sangat rakan-rakan disekeliling...
dapat membantu saya seadanya dalam menghadapi hari2 yang mendatang..
dan walaupun apa pun terjadi pada hari esok..
mungkin pada hari esok..atau hari2 yang mendatang..
disaat saya meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya..
dan pergi saya tidak akan kembali..
saya berharap saya akan mati sebagai
seorang muslimah yang taat pada Allah..
seorang anak yang mengasihi dan taat pada ibu-bapanya..
dan baek2 belaka
supaya saya dapat pergi dengan tenang..
AMIN

Monday, December 28, 2009

looking for a true love~ i miss that time...

actually it is love between us and the Creator,Allah..not love about men and women or boy to a girl..

i'm smka student..i admit i not very 'alim' student at my school..but every night (not every la..but always) especially when i being a exam candidate (spm,pmr) i will do solat hajat n solat taubat at surau after i finished my prep( about 10.30 p.m) with my frenz...i will read yassin every day...n every thurday nite at my school..we all together will pray solat hajat n read a yassin..n every friday morning..all the student n muslim teachers will read yassin together when assembly and after that,before P n P just for a few minute we had 'usrah'...

when i be a upper form...(form 4 form 5) i learned alquran sunnah n syariah islamiah subject ...i learned about hadis..i learned about hukum syarak..n many more..i really miss that time...

when i at secondary school.even i have a lot of homework..have many problem..but i still feel calmness ..'heart' is the of everything in our lives and we need to maintain cleanliness of our hearts and afterthat we will happy in the world and hereafter..

now..after 3 years..sometimes..i feel stress..feel empty..even i pray n solat every day..maybe because now..i not same like 4 or years ago..i'm not solat hajat n solat taubat every day...i 'm not read yassin everyday..n many more..now,sometimes..i feel i'm so far from Allah...

The Mercy of Allah in Regard to Forgiveness

forgive me Ya Allah...
forgive me and my family Ya Allah..
Please forgive me for the sins I committed in the past
And those I will commit in the future.
I ask You to strengthen my iman and those around me
I ask that You help me for I am weak
And will only grow stronger by Your strength,
So Allah please strengthen me


Ameen! Ya Rabbal A'alameen.

Sunday, December 28, 2008

"Aku hanya insan biasa.. "Tiada sempurna..."

aku hanya insan biasa..hidup bese2..sederhana..tak kaya..tak miskin..zaman persekolahan pon bese2 je..result bese2 je..kalu ikutkan tak de mende r nk dibggekn ngn aku ni..aku hepi ngn kehidupan aku..dikelilingi keluarga & sanak saudara yang menyayangi aku..aku tahu Allah s.w.t & Nabi Muhammad s.a.w Tanpamu Ku Mati. Aku hanya insan biasa. Yang sering kali melakukan kesilapan. Yang tak sempurna. Walau banyak kekurangan pada diri, tapi aku sedang berusaha untuk menjadi lebih baik.aku perlukan kesungguhan utk berjaya..perlukan kesabaran utk dapatkn kemenangan..seorang yg percaya akn nasib dan rezeki.aku tidak terlepas dari melakukan dosa..tidak terlepas dari merasa marah berasa dukacita..merasa gembira..aku dilahirkan didunia dengan izin Allah untuk merasai nikmat kehidupan..dan kesempatan ini hanya sementara..ketika Allah mahu lagi meminjamkn nyawa untukku..

BIASA

Hari baru tiba
Dan membawa janji-janjinya
Semalam yang berlalu
Beribu yang tak kesampaian
Oh ada yang ku genggam
Cicir dari celahan jari
Dan ada yang ku dakap
Meronta ingin lepas pergi

Ku terus meniti
Tinggi rendah ku terokai
Ku sangkakan ku jumpa
Rupanya disenda bayangan
Aku masih berdiri
Walau hanya tunduk ke bumi
Perlahan-lahan aku
Engsot ke ruang yang terbuka

Korus:
Aku hanya insan biasa
Yang mungkin tak kau kenali
Mungkin kau pandang aku asing
Mungkinpun kita serupa

Aku hanya insan biasa
Punya cerita sendiri
Aku juga turut merasa
Sejuk panas lapar dahaga…

Ku lihat ke depan
Sesekali ku toleh jua
Apa yang ku tinggalkan
Ingatan buat seseorang

Korus:
Aku hanya insan biasa
Yang mungkin tak kau kenali
Mungkin kau pandang aku asing
Mungkinpun kita serupa

Aku hanya insan biasa
Punya cerita sendiri
Aku juga turut merasa
Sejuk panas lapar dahaga…


Nikmat didunia ini hanyalah sementara...
“SESUNGGUHNYA kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (al-Baqarah:156)