Showing posts with label entri ringkas. Show all posts
Showing posts with label entri ringkas. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

pro kontra


"Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam.Kami angkut mereka di daratan dan di lautan,Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna mengatasi kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan."
(Surah al-Isra' : 70)

sedangkan binatang yang tidak punya fikiran ,
tiada akal bertungkus lumus meneruskan kehidupan,
si semut merah berkerjasama mengangkat sisa makanan.
si ayam pula terkial-kial mengais makanan,
sedangkan kita manusia,
sebaik-baik ciptaan,
masih bersenang lenang mengharapkan bidadari datang.
masih malas membanting tulang mencari rezeki yang halal.
masih tidur mengharapkan rezeki datang dari kayangan.

Sunday, December 26, 2010

mati

kita sebenarnya sedang tidur,
dan hidup cuma ibarat sebuah mimpi,
dan hakikatnya,
mati adalah hidup yang sebenarnya,
kerana ia kekal sampai bila-bila.
kalau sampai masanya,
kita mati,
maksudnya
kita kembali.
kembali
pada yang pasti.
kembali
kepada realiti.
kembali
kepada 'dunia' yang abadi.


p.s:
aku belum bersedia untuk mati.
maafkan aku,
kalau aku ada melaku dosa terhadap kalian.

Wednesday, November 24, 2010

seguni gula

gula mahal,
tapi kenapa kau bazirkan.
kau taburkan seguni gula,
bahaya,
nanti dikerumuni semut,
kalau manis itu sesuai,tepat,bertujuan baik,
tak mengapa,
kopi yang pahit boleh jadi manis,
tapi kalau salah guna,
teh extra gula boleh jadi pahit.

p.s:memang terlebih mengarut.


Tuesday, November 23, 2010

renungan

Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal. Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap. Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal. Medan berjihad yang hakiki tidak sama dengan medan jihad yang palsu. ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ramai yang mampu bercakap namun hanya sedkit yang mampu bersabar ketika beramal.dan sedikit di antara yang sabar ini yang mampu memikul beban jihad yang sukar dan amal nekad-( Hasan Al-Banna)

kisah picisan

masih terngiang-ngiang berita tersebut
di kotak fikiran,
aku terkesima dan terpana,
tapi aku cuba untuk tidak ambil kisah.
dan pura-pura tidak kisah.
kerana ia sekadar kisah picisan.
mungkin.

belogku dalam koma


belogku dalam koma.
sihatkah dia?aku dah antibiotikkan dia.
memberi paracetamol supaya sihat kembali.
amin,semoga bebas malware selamanya.
jangan takut-takut baca belog aku ,
walaupun memang sememangnya tiada yang mahu membacanya.

p.s:aku tak tahu kenapa kena malware,dan dalam keadaan kebingungan
aku reset semua belog aku jadi paling basic,tanpa gadget pelik-pelik.
semoga ia betul-betul sembuh dan tidak sakit lagi
.


Saturday, November 20, 2010

zero.below zero.infinity.

ezero.below zero.infinity.
serius.kosong.tak tipu.
RESET




p.s:kenalah menabung baru tak kosong.

Wednesday, November 17, 2010

Happy Eid-Ul Adha.

Happy Eid-Ul Adha.
For My Parent,May Allah provide them the health and strength to perform the Hajj and acquire Haji.wish you all the best
Labbaikallahumma labbaik..
Labbaika la sharika laka labbaik..
Innalhamda wanni'mata laka walmulk la sharikalak.

Abu Hurayrah narrated that the Prophet SAW said,
“Those who perform the Hajj and those who perform the umrah are people who have come to visit Allah. If they supplicate Him He will respond to them, and if they ask Him for forgiveness He will forgive them.” (Tirmidhi 2536 and Ibn Majah

Insyaallah ,i hope,i will there as Allah's guest in Allah's house,hopefully.

Tuesday, May 11, 2010

kiri dan kanan


Aku selalu dengar orang cakap..
jangan pandang belakang…
terus pandang depan..
memang betul..aku sangat sokong…
tanpa sebarang konspirasi..
tapi..dalam sesetengah situasi..
yang aku sendiri tak tahu
bagaimana hendak mengkonklusi..
aku tak boleh pandang belakang..
aku tak boleh pandang depan..
aku kena pandang semua sudut..
kiri dan kanan..=(

p/s:Orang yang kuat bukan mereka selalu menang.
tetapi mereka yang masih kuat walaupun mereka telah jatuh..