Showing posts with label entri merapu. Show all posts
Showing posts with label entri merapu. Show all posts

Friday, March 20, 2015

BELOGKU SUDAH DARJAH 1



Blog saya dah tahun ke 7. Maksudnya dah darjah 1.Makin lama,makin malas nak update.
Lebih-lebih lagi kat sana waktu sekolah je ada line.Waktu sekolah saya mengajar.
Dekat quater mana ada line.

Last Entry berkaitan makhluk asing pulak tuh.Entah apa-apa.Tapi tidak mengapa.Sekarang saya dah MOVE ON  & GROW UP!


Biasalah tu kecewa sikit-sikit.

Nanti saya update pasal sekolah.



Friday, January 6, 2012

jangan nampak




kalau aku boleh pilih.
aku akan pilih untuk tidak mengambil kisah.
tapi sekarang,
pilihan yang ada,
adalah pura-pura tak kesah,
sambil tersenyum riang.
ah,semua orang tak perlu tahu.
cukup sahaja buat senyuman gedik,
semuanya akan tertutup rapat.
simpan kedap-kedap.
Alkisah,pura-pura tak kisah itu amatlah perit.
kau boleh menipu segenap manusia lain.
tapi kau tak boleh tipu diri sendiri.
maka pesan dalam hati.
jangan ambil kisah.
semuanya akan baik-baik sahaja seperti sedia kala.
pekak telinga,butakan mata.
jangan sampai buta hati.
Sakit.

PS:
kepura-puraan yang sakit
dari menjadi identiti seribu dalam seorang.

Wednesday, November 23, 2011

awan kupu-kupu


gambar ihsan google

Manusia bila sudah berada diatas.
selalunya akan lupa dibawah.
lupa diri ,lupa segalanya.
turunlah,
turunlah
jangan terbang terlalu tinggi
jika langsung tidak ingat untuk menyembah ilahi.
turunlah..
sebelum awan kupu-kupu datang.
lalu terduduk menyembah bumi.

di puji.di puji.dipuji.
dilambung-lambung
sampai lupa diri.
tajam ibarat mata pisau.


Friday, November 11, 2011

Dua alam.


Ah,ngantuknya ,rasa nak menguap.

Eh,kamera datang,sopan sikit

Setiap manusia boleh berubah,
berubahlah,
tiada siapa akan menghalang.
lebih-lebih lagi kalau ke arah kebaikan.
itu lebih bagus.
orang suka.Allah lagi suka.
orang sayang,allah lagi sayang.
kalau orang tak suka,peduli orang kata.
janji kau tahu,niat kau baik dan ingin menuju ke arah baik.
cukup.

tapi,setiap orang mesti buat kesalahan.
termasuk diri kau.kau.dan kau.
aku ,aku,aku,aku,aku,dan tetap aku.
Semua,tak terlepas.
kau pernah buat,pernah rasa.
jangan pura-pura tak pernah buat.
macam kain putih baru beli kat kamdar.
padahal kita macam baju sekolah yang terkena sambal kantin.
cuci-cuci dengan clorox .pasti hilang.
putih bersih semula macam dalam tv.

'err..eh,tak ..aku memang tak pernah kesah '

'erh..eh takdalah aku mana pernah '

jangan.jangan.jangan sesekali.
nanti orang bukan kata kau berubah.
nanti orang akan tuduh kau hipokrit.
orang akan tak suka.
dan orang pasti akan mengata.
pedulilah apa orang kata.

dan kau pun mula akan kata..
'aku tak kesah,apa orang kata '
dengan muka paling suci.

mula-mula orang percaya.
lama-lama orang menyampah.

kawan aku cakap.
berbanggalah anda menjadi hipokrit
demi menjaga hati orang lain daripada menjadi orang lain.
berbeza tu.

situasi:

Nurul Alza pakai baju zaman mak nenek ,lalu berbangga yang kononnya bajunya sangat cantik di alam semesta.

Nurul alza :cantikkan baju aku?pakwe aku baru beli semalam.aku suka sangat,cantik sangat.

siti toyota :Err..Errr..memang cantik sangat,sesuai dengan kau.pandai kau pilih
(dalam hati euw...)

Situasi :

Fauzan seorang kaki marah ,kaki pukul dan banyak kaki.sedang menginsafi diri.

Fauzan :kau rasa aku ni teruk sangat tak?

Mamat :Eh,tak r ,kau biasa aje,normal lah tu..takpe,aku dah faham kau.


renungan untuk diri sendiri.

Manusia semua pernah hipokrit.
cuma sedar atau tak je.
dan ada level.
jumpa bakal mertua mesti sopan-sopan je kan?
hah,jangan tipu...

please.

nota kaki:
aku ada tipu lecturer aku pasal nama tertinggal dalam buku program,aku cakap kesalahan teknikal,tapi sebenarnya sebab aku cuai.adoi..5 markah tak berkat


Thursday, November 10, 2011

rintihan hati manusia .Allah selayaknya.

Bila orang memerlukan telinga untuk mendengar atau untuk bercerita masalah,kita sebagai sahabat,sedaya upaya untuk menjadi pendengar yang baik,memberi nasihat yang baik,dan cuba menghilangkan keluh resah dihati sahabat kita dam berusaha untuk memahami dia.Dan ,bila kita pula memerlukan telinga,kita harapkan sahabat-sahabat lain cuba memahami apa yang terbuku dihati,dapat menghilangkan resah dan cuba memberikan ketenangan,tapi ada sesetengah diantaranya objektif yang kita kehendaki tidak tercapai.Dah si sahabat mula berasa duka cita akan sahabatnya lain.dan didalam hati terdetik :

‘masa dia susah,aku cuba untuk memahami dia sampai dia dapat kembali tenang.tapi kenapa dia tidak buat begitu pada aku seperti aku buat padanya?

Dan kita hampir terlupa yang sahabat kita itu juga manusia,banyak silap dan salah ,dia cuba anak manusia yang lahir dari perut manusia.dan manusia tipikal memang selalunya memang ada sifat mementingkan diri sendiri walaupun tidak sebanyak mana.dan erti kata lain,mereka hanya tahu apa yang mereka rasa,sakit yang mereka alami tanpa memikirkan kita.manusia tak perfect.

Kita terlupa ,tak semua orang dapat membaca hati kita,sebab setiap manusia mempunyai pendapat dan persepsi yang berbeza.

Kita terlupa yang mungkin,kita telah buat sebaik mungkin untuk sahabat kita,tapi mungkin kita hanya perasan yang kita telah membantu dia,padahal kita makin menyusahkan dia.dan nasihat kita langsung tak membantu dia.ataupun dia ada terasa dengan kita ,bukan kita tahukan.

Dan paling kita terlupa,kita tersalah mengadu. Sesungguhnya Allah taala adalah tempat kita mengadu dan memohon. Ianya adalah sebagai satu jalan terbaik untuk menentukan pilihan dan ikhtiar makhluk agar sentiasa dipandu dengan petunjuk dan hidayah Allah taala. Sebab Allah sentiasa tahu apa yang manusianya rasa.

Thursday, January 6, 2011

pro kontra


"Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam.Kami angkut mereka di daratan dan di lautan,Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna mengatasi kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan."
(Surah al-Isra' : 70)

sedangkan binatang yang tidak punya fikiran ,
tiada akal bertungkus lumus meneruskan kehidupan,
si semut merah berkerjasama mengangkat sisa makanan.
si ayam pula terkial-kial mengais makanan,
sedangkan kita manusia,
sebaik-baik ciptaan,
masih bersenang lenang mengharapkan bidadari datang.
masih malas membanting tulang mencari rezeki yang halal.
masih tidur mengharapkan rezeki datang dari kayangan.

Wednesday, December 22, 2010

blind itu buta



orang selalu bilang
cinta buta,Ya
semua orang tahu.

benci itu buta,
ramai tak tahu.
yang buta bukan
cinta,bukan benci,
tapi perasaan.
bila kau terlampau benci,
bila kau terlampau sayang
walaupun salah tapi nampak wajar.
gerhana mentari kau kata malam.
cahaya bulan kau kata siang.

kau suka artis A,
kau puja dia,kau sanjung dia,
suara macam katak,
kau kata suara dia memukau,
kalah Micheal Jackson,
bila masuk akhbar,
kisah sosial dia,
kau tepis jauh-jauh.
konon pelanduk serupa,
walaupun bodoh mana aksi dia.
bagi kau,
sweet macam lolipop,
kau suka lagu dia,
kau pasang volume
macam nak pecah gegendang telinga,
perasan,
macam semua makhluk dibumi,
suka sangat mahu meminjam telinga.

kau benci artis B,
kau kutuk dia,
habis-habis,
dressup die cantik,
kau kata nenek kau lagi cantik,
dia derma satu juta,
kau kata dia nak menunjuk,
kau dengar lagu si B,
kau rasa mahu campak radio,
kau kutuk-kutuk dia.

cinta dan benci ,
boleh sesama membutakan hati,
membutakan mata,
mana manikam,
mana pertama,
kau tak tahu,
kau macam pakai kaca mata gelap,
tak nampak keindahan ciptaan sebenar,
kau tanggal akan dia sebentar,
sumpah kau akan nampak,
langit warna biru,
bukan kelabu.
bush itu kulitnya cerah,
bukan gelap.

p.s:
ada kisah cinta itu buta di sini.
yang bodoh lagi lawak


Friday, December 17, 2010

pasanglah pagar

pasanglah pagar,
yang kukuh dan utuh,
yang tidak akan diceroboh pada mereka yang tidak sepatutnya
pada mereka yang tidak mengerti,
pada mereka yang tidak layak.
pada mereka yang tidak memahami,

pasanglah pagar,
agar kita bisa berdiri dengan gagah,
tidak terjerumus,
tidak terjelepok,
pada yang bukan sepatutnya,
agar kita tidak hilang segalanya,
harga diri,maruah,keimanan,dan kasih Ilahi,

pasanglah pagar jeriji ,
pagar berduri sekalipun,
agar kita dapat lindungi hati,
daripada bisikan syaitan dan iblis,
hendak membina benteng hati,
harus beriman kepadaNYA,
selalu baca membaca Alquran,
tidak lupa solat dan sebagainya.

pasanglah pagar,
kerana ia begitu berharga,
kerana maruah kita,kita sendiri genggam,
kerana benteng hati kita,
kita yang harus jaga,
bukan sesiapa.

pasanglah pagar,
binalah yang utuh,
usahlah terlalu tinggi,
agar kita masih mampu melihat dunia luar,
disebalik pagar..

pasanglah pagar,
agar kita sedar akan janji Allah...
pasanglah pagar,
agar ia tidak begitu mudah di ceroboh...

p.s:jangan bina pagar dari ranting kayu,sebab tak kukuh,hazim pijak je dah patah

ciri-ciri pagar yang kukuh

nota lutut:
jangan mudah tertouching.

Saturday, November 27, 2010

kanvas kehidupan

aku harap kanvas putih itu tidak rosak,
tidak rabak dan tidak pernah lusuh,
dan aku tidak kehabisan cat untuk mewarna,
entah putih,entah hitam,
barangkali warna pelangi,
yang akan aku calitkan.
mari kita mulakan!
dengan warna-warna indah,
agar ia tidak usang di akhirat.

p.s:ajarilah aku mencipta warna .

Friday, November 26, 2010

kata nenek

suis lampu ku petik,
cahaya kalimantang memenuhi segenap ruang
kata nenek
kau bertuah,
tiada lagi pelita minyak tanah,
yang harus dipasang,
yang harus ditiup,
dikibas-kibas dengan tangan
terima kasih thomas edison !
mentolmu begitu berharga.


Wednesday, November 24, 2010

untuk awak

Saya ada kawan.kawan saya . akan kalau nampak . suka .dalam bilik dia ,penuh hadiah . cakap dia princess. tinggi.kalau dia lagilah tinggi.tapi saya lagi tinggi. suka makan . suka makan .Saya suka dengan sebab nanti saya boleh pau princess. tak suka . suka cikgu midon(bukan nama sebenar).cikgu tu ajar add .kalau berminat dengan bagitahu saya.saya dah tak tahu ,nak apa.saya buat ni,sebab suruh saya .


seguni gula

gula mahal,
tapi kenapa kau bazirkan.
kau taburkan seguni gula,
bahaya,
nanti dikerumuni semut,
kalau manis itu sesuai,tepat,bertujuan baik,
tak mengapa,
kopi yang pahit boleh jadi manis,
tapi kalau salah guna,
teh extra gula boleh jadi pahit.

p.s:memang terlebih mengarut.


Tuesday, November 23, 2010

kisah picisan

masih terngiang-ngiang berita tersebut
di kotak fikiran,
aku terkesima dan terpana,
tapi aku cuba untuk tidak ambil kisah.
dan pura-pura tidak kisah.
kerana ia sekadar kisah picisan.
mungkin.

Saturday, November 20, 2010

zero.below zero.infinity.

ezero.below zero.infinity.
serius.kosong.tak tipu.
RESET




p.s:kenalah menabung baru tak kosong.

Friday, November 19, 2010

mukabuku.

zaman urban ,zaman digital
sepupu sepapat-sepapan
kecik-kecik sudah ada muka buku( facebook).
maka..si ipah kecik merengek-rengek
bondanya mahu facebook juga.
setelah melihat sepupu sepapan.kakak,abang ada facebook.
hanya dia dan budakhalus sahaja tiada akaun facebook
akibat dilarang oleh bondanya.
cerita hot sekalian alam,di rumah hjh rodziah,
di raya kurban,
aduan si ibu akan anak-anak tak ingat dunia main facebook.
teknologi dan alam maya dan jaringan sosial
mungkin sebab mereka lahir
dalam era digital serba urban dan lain-lain.
masa zaman aku,
kecik-kecik.
masa kanak-kanak riang
petang-petang,
sibuk main basikal,
main masak-masak.
main patung kertas.
main pondok-pondok.
nak ada komputer pun susah.
nak tekan keyboard komputer pun takut-takut.
nak main facebook,tak salah.
janji kita pandai guna.
pandai kawal adik-adik.
kalau akak takpe..
akak dah besar.haha..

p.s
nasib baik budak halus.tak pandai cakap lagi.kalau tak.dia mesti nak jugak.

Monday, November 15, 2010

in the end.

semester yang memenatkan.
akhirnya kau habis jua.
ujian yang memenatkan.
akhirnya kau tamat jua..
nota campak tepi..
buku simpan rapi-rapi..
otak yang serabut...
boleh tenang -tenang saja.
kau rehat cukup-cukup cuti ini..
pasal itu..kau tamat juga..
seiring semester yang hampir tamat..
jangan datang-datang lagi
Ya Allah..
kau sentiasa tolong Aku..
terima kasih kerana memberi petunjuk.
Hari berganti hari..
masa sungguh cepat berlalu..
berhentilah daripada bayangan mati.
janganlah jadi jahil..
janganlah berkasih dengan khayalan.
cuti..cuti..
aku menanti..
tilam empuk dan air liur basi..
untuk tidur ganti..
hahahaha...

p.s:
saya sayang emak saya.
saya sayang ayah saya.
saya sayang rumah saya.
saya sayang kucing2 saya.
saya rindu emak ayah saya.
saya rindu rumah saya.
kucing2 saya...
kamu makan apa?



Wednesday, November 10, 2010

.

arahan :
soalan mengandungi empat pilihan jawapan .pilih jawapan yang tepat dan jawab satu sahaja.

hidup ini pilihan.
ada banyak pilihan.
dan menentu kita buat keputusan.
macam pilihan jawapan soalan objektif.
hari-hari kena buat keputusan.
terpulang jalan mana mahu pilih.
orang zaman sekarang cakap.
hidup berani untuk gagal.
walau apa pun pilihan dan keputusan.
semoga itu pilihan yang terbaik untuk kita.
walaupun apa kesan keputusan.
semoga itu yang terbaik.
hadapilah walaupun tak semanis madu.
mungkin tak manis sekarang.
tapi manis dimasa akan datang.
dan saya harus juga.
manusia dahagakan perubahan.

p.s:
keputusan yang terbaik dalam hidup saya.
saya hanya studi soalan spot.
saya....
sayakan brainscan..haha..

Thursday, September 23, 2010

bertatih dengan revolusi

manusia boleh berubah.
mungkin.tapi tak semua.
ada benar2 berubah.ada sekerat jalan.
ada hanya manis dimulut.
macam buat kilang gula dalam mulut.
semua orang boleh berubah.
dulu sekarang lain-lain.
nak berevolusi tak perlulah berlari.
tak perlu pecut 200km/j.
tak perlu laju-laju macam pergi kelas lambat.
perlahan-lahan pun boleh.
perlahan-lahan pun tapi..
janganlah sampai lembap sangat sampai terlepas.
sebab mungkin tiada hari esok untuk kita.
ikut kemampuan.ukur baju di badan sendiri.
kita mesti tahu apa yang kita inginkan
kena tetapkan matlamat.
hati kena tekad.
semangat kena kuat.
tepuk dada,tanya iman.
dalam revolusi.
biarlah bertatih.janji akhirnya
kita boleh berdiri.boleh berlari.

p.s:
revolusi.oh revolusi.
akulah mangsa terkandas ditengah jalan.
tulisan budak di bawah ni pun boleh berubah.
kalau kena cara.





Tuesday, May 11, 2010

kiri dan kanan


Aku selalu dengar orang cakap..
jangan pandang belakang…
terus pandang depan..
memang betul..aku sangat sokong…
tanpa sebarang konspirasi..
tapi..dalam sesetengah situasi..
yang aku sendiri tak tahu
bagaimana hendak mengkonklusi..
aku tak boleh pandang belakang..
aku tak boleh pandang depan..
aku kena pandang semua sudut..
kiri dan kanan..=(

p/s:Orang yang kuat bukan mereka selalu menang.
tetapi mereka yang masih kuat walaupun mereka telah jatuh..