Masa itu berlalu sangat cepat tanpa kita sedari.Dulu masa mula-mula menubuhkan blog ini,umur saya baru belasan tahun,ketika saya masih bergelar pelajar Program Persediaan di IPG.Masa terus berlalu,dari saya bergelar seorang penganggur dan akhirnya saya kini telah pun bergelar seorang pendidik. Jika dilihat entri saya kali terakhir ditulis semasa saya mengetahui keputusan penempatan saya yang nun jauh disana. Hati siapa tidak gundah gulana,bukan risau keadaan pendalaman disana ,kesusahan atau apa,cuba apa yang dirisaukan adalah "siapa yang akan menjaga Ibu bapa saya kelak?" .Tapi tidak mengapa kerana saya yakin Allah akan sentiasa ada disisi.Jadi saya berpegang 'Takpe Allahkan ada'. Kan kebergantungan kepada Allah itu penting .
Masa terus berlalu,masih saya ingat berperasaan yang bercampur baur ketika menyemak keputusan. Perasaan itu hanya Allah yang tahu. Perasaan semasa berpisah dan lambaian terakhir ketika berlepas.Jika dikenang, memang terasa sebak. Iyalah, saya anak tunggal , walaupun mungkin saya bukan anak yang soleh,dan kadang kala nakal dan degil juga,tapi saya sayang ibu bapa saya lebih dari segalanya.Kerana saya hanya ada mereka dan meraka hanya ada saya . Itulah hakikatnya, mungkin sesetengah orang tidak faham.Takpa,dah biasa.Alah bisa tegal biasa .
Selepas tahu penempatan di Sarawak,saya masih belum tahu dimanakah penempatan untuk sekolah,tapi Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan,oleh kerana ,dunia siber yang tiada sempadan,saya tahu sekolah penempatan melalui facebook. Untung mak Jemah tak delete fesbuk lagi.Punyalah busy menyiap segala kelengkapan dan dokumen, sebab kami diberi masa tak sampai 5 hari untuk bersedia. Setelah semua selesai,kami perlu tahu tarikh penerbangan kami kerana kami perlu diorentasikan di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum diterbangkan di bumi kenyalang. Setelah itu,kami perlu di orentasikan di Bumi Kenyalang pula.Dari Kuala Lumpur,kami di kumpulkan di Hotel Grand Magherita,Kuching,disini kami orentasi dan taklimat lagi sampai pukul 3pagi. Keesokkannya pula, saya diterbangkan lagi ke Sibu .Sampai di Sibu kami di jemput oleh orang PPD sambil memegang kertas yang menulis 'PPD SONG'. Setelah itu,kami perlu mengambil teksi untuk pergi ke wharf/Jeti untuk menaiki bot ekspress.Perjalanan ke jeti mengambil masa kira-kira 30 minit.Selepas itu dari Wharf ke pekan Song mengambil masa tidak kurang dari dua jam. Di pekan Song,kami di bawa ke PPD sebentar dan selepas itu ,kami akan di jemput oleh gb/gpk untuk di bawa ke sekolah. Saya dan rakan saya pula,telah di jemput oleh GPK HEM dan GPK KOKU.Dari Pekan Song saya perlu menaiki perahu lebih kurang 20 minit untuk sampai ke sekolah.Akhirnya sampailah kami di sekolah yang paling cantik ini :)
Kini,pejam celik pejam pelik sudah 4 bulan saya disana. Ingat lagi masa bulan pertama,alahai terasa masa begitu lambat berlalu,maklum hati menunggu nak balik raya.So far, sekolah saya ok sahaja,happy,enjoy,kawan -kawan best, biasalah kalau ada masalah ,dekat mana -mana ada masalah,mesti ada prokontra.Kadang-kadang rasa ok,kadang-kadang rasa tak sabar nak pindah (Jujur sangat kau). tapi sejujurnya ,saya suka juga sekolah ini,kawan-kawan saya,kalau andai tiba masanya saya berpindah(berangan lebih) ,saya berani jamin,saya confirm saya menangis.
0 bom bom:
Post a Comment