Showing posts with label dearest abang. Show all posts
Showing posts with label dearest abang. Show all posts

Sunday, July 29, 2012

Andai ini Ramadhan terakhirku.

Puasa tahun lepas(2011) , Aminah rasa ,puasa yang paling disia-siakan oleh Aminah .Mungkin atas faktor terlalu mengejar urusan dunia , bebanan kerja dunia ,Aminah hanya puasa sekadar puasa.Kurang ibadat sunat lain yang dilaksanakan. Aminah jadi leka menyiapkan tugasannya. Aminah tak stabilkan urusan dunia dan urusan akhirat.Setiap kali dia tidak berkesempatan untuk solat terawih , Aminah mesti berasa kesal dihatinya. Aminah terdetikdihatinya  "Andailah ini ramadhan terakhirku...." .. ah,Aminah tak sanggup untuk memikirkannya.Begitulah hidup Aminah sehingga ramadhan berakhir.Dalam tempoh sebulan ramadhan ,hidup Aminah dirasakan kosong. Aminah rasa sedih sangat mengenangkan ramadhannya dan sifatnya.

Aminah selalu terbayangkan betapa dia menyesalnya untuk ramadhannya yang lalu , andai itu adalah ramadhan yang terakhir untuknya.

Tapi , siapa sangka , Allah itu terlalu banyak rahsia. Sehingga kadangkala , kita tak dapat jangka apa yang akan berlaku. Sebab kita hanya merancang dan hanya Allah yang akan menentukan. Bila Allah kata Jadilah. maka Jadilah.

Selepas bulan ramadhan berakhir.maka datanglah bulan shawal dan tanpa disangka-sangka , didalam bulan shawal tersebut seorang dan hanya seorang abang Aminah telah pergi meninggalkan Aminah dan keluarganya. Kiranya ramadhan yang lalu ,adalah ramadhan terakhir untuk abang Aminah.

Dengan baki Ramadhan yang masih ada ini , Aminah  tak tahu adakah ini ramadhan terakhir untuk Aminah, adakah ini ramadhan terakhir untuk orang-orang yang Aminah sayang? Aminah tak sanggup untuk memikirkannya. Tapi Aminah kena kuat , Aminah kena bersedia , yang ajal maut semua ditangan tuhan. Aminah hanya mampu berdoa dan berdoa. 

Aminah harap ada lagi ramadhan untuk Aminah bersama -sama orang-orang yang Aminah sayang dan menyayangi Aminah. Amin.


Andai ini ramadhan terakhir ku ,Adakah ibadatku telah berjaya menebus dosa-dosaku.Andai ini ramadhan terakhirku.Akan ku maafkan segala kesalahan buat kawan-kawanku dan keluargaku yang disengajakan atau tidak,dan aku mohon kemaafan dengan penuh rasa rendah diri dengan apa yang telah aku lakukan secara sengaja atau tidak sengaja.

Untuk abang ,adik doakan abang
Semoga abang tenang bertemu Ar-Rahim di mahsyar nanti. Semoga roh abang ditempatkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman & ber'amal soleh. Amin.


Sunday, February 19, 2012

tuhan tolong nyatakanlah.


dulu ,masa saya kecil-kecil.kehidupan saya cuma ada emak,abah,dan abang saya sahaja.Abang saya tempat saya bergaduh.Abang saya tempat saya main sama-sama.Walaupun kami selalu gaduh-gaduh,tapi gaduh main-main je.Saya pernah demam satu hari.teruk sangat.lama tak boleh bangun.terbaring je.sampai jiran sebelah datang melawat.abang saya pergi sekolah agama(petang) abang saya belikan saya biskut teddy bear yang ada alphabet untuk saya.Abang saya pernah belikan jam untuk hari jadi saya.Abang saya yang selalu akan protect saya kalau saya kena kacau.Abang saya yang belikan nombor maxis saya yang saya guna sampai sekarang,sebab nombor sebelum ini macam haram sikit.Abang saya yang sentiasa akan jaga saya ,yang selalu ambil berat bila mak saya pergi umrah atau pergi haji.

masa saya darjah empat saya kira,abang saya masuk tingkatan ,bersekolah asrama di serom muar.saya melalak habis-habis.setiap kali hantar atau melawat dia.sampaikan saya pernah tulis surat cinta kononnya khas untuk dia.Saya tak ingat isi kandungannya tapi lebih kurang begini .

kepada:abang

4.01.1999

Hari ini abang masuk asrama,adik sedih sangat.
adik sayang abang,adik rindu abang.Adik janji taknak gaduh dengan abang.Adik janji akan dengar cakap abang.Adik rindu bila abang masuk asrama.adik nak minta maaf dengan abang.

daripada: adik.


lepas itu saya tak ingat apa yang berlaku,saya terlupa saya pernah tulis surat begini ,tetapi saya tak bagi.barangkali sengaja tak bagi,barang kali tidak berkesempatan hendak bagi sampai bila-bila.


saya cuma ingat setelah setahun dua,saya terjumpa surat ini,dalam kamus bergambar milik saya,dan setelah membaca surat tersebut dalam gelak-gelak hati saya berkata 'tak sangka aku pernah tulis macam ni.nasib baik abang tak baca,kalau tak dia mesti gelakkan aku' . Lalu saya buang surat tersebut dalam tong sampah.

Sekarang,saya tak pasti abang saya tahu atau tak yang saya sayang sangat pada dia.Saya harap dia tahu.Tapi takpe,dunia ini tak lama lagi untuk kita.Saya teringat pesan sahabat baru-baru ini,
tak apa dia ada disisi kita,cuma jasad je kita tak nampak .sabar,tak lama lagi,insyallah kita akan berjumpa dengan dia.





Friday, January 20, 2012

4bulan


Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati. Sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptaNya. Sekuat mana pun kita lari, sejauh mana pun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita. Sampai waktunya dan ketikanya kita tetap akan pergi.

Dearest abang,hari ini genap 4bulan abang meninggal.
masa rasa macam kejap je masa berlalu.
maksudnya dah hampir lebih 120 hari adik tak jumpa satu-satunya saudara sedarah adik.satu-satunya abang dan adik beradik dalam hidup adik.

adik dah kena isi borang posting.
adik harap sangat adik dapat posting balik negeri.
barulah adik dapat jaga emak ayah kita

dari:adikmu jauh dimata dekat dihati.

Friday, December 30, 2011

100 days.

Dearest abang.
mati itu pasti.cara,bila,bagaimana kita mati mungkin berbeza.Hari ini 30hb,dah genap 100 hari aku tak nampak abang aku kerana dia telah pergi buat selama-lamanya.Segar dalam ingatan,rasa macam tak percaya.Rasa macam baru je.Tak sangka ,raya hari itu ,raya terakhir untuk kami.Dan aku tak sangka,selepas ini,aku akan menjalani hidup sebagai anak tunggal.Tapi biasa hidup,terlalu banyak perkara yang kita taknak dan tak percaya akan berlaku.Sebab semuanya milik Allah.Janji Allah pada manusia bahawa mati itu benar, alam barzakh itu benar, dibangkitkan di padang masyhar itu benar.

Bila fikir-fikir balik,memang tak percaya,masa mula dengar berita tu,rasa macam kepala kena hempam dengan kereta kancil,tapi Allah mesti lagi tahu yang terbaik untuknyakan.Dah ditakdirkan macam itu,Allah uji kami,mesti Allah tahu kami boleh mengharunginya.Aku sedih sebab mak aku nampak sangat sedih,tapi sejak akhir-akhir ini ok sikitlah.Tapi bila cerita pasal arwah abang,siapa-siapa ajelah yang bercerita atau mencerita mengingati kenangan-kenangan rasa something,tak tahu lah rasa apa,sebab cerita pasal dia takde,tak sama feel cerita masa dia ada.

Rasa-rasa,abang aku tahu tak aku sayang dia?
Abang,adik sayang sangat dekat abang.Abang pergi dulu,dan nanti,kita semua akan menuju ke tempat yang sama dengan tujuan dan seruan yang sama.Cuma cepat atau lambat sahaja.Semoga kita berjumpa kembali bila masa sudah ditetapkan.Adik kena jaga mak dengan abah betul-betul,sebab tinggal seorang je.Kawan adik kata,abang mesti tahu,adik boleh buat,tu sebab abang boleh pergi.Adik akan jaga mak dan abah kita macam mana mereka jaga kita.Sayang abang,emak dan abah.Semoga roh abang tenang di sana.



video ni,kecik-kecik dah pandai bercinta.

Tuesday, October 11, 2011

surat dari hati khas untuk abang 3

Apabila nyawa seorang Islam yang beriman itu hendak diambil, Allah mewahyukan kepada malaikat maut, "Kirimkan salam-Ku kepadanya.'' Maka apabila malaikat itu datang kepadanya untuk mengambil rohnya, malaikat akan berkata: "Tuhanmu kirim salam padamu.''

"Kematian itu sebuah permulaan utk satu hikayat yang tak berpenghujung"-Meor,Pesta Jiwa

Dearest abang,

21 september 2011 3.00 a.m
Mak sedih sangat.Adik tengok mak lemah sangat.rasa sedih sangat.rasa macam tak percaya semua ada.kita baru je jumpa hari tu,masa adik balik kmpung,tapi takde rasa apa-apa yang pelik.tapi abang sangat rajin masa malam rumah kita marhaban,selalunya abang tak rajin macam tu.tapi hari tu abang siap kemas semua,pasang karpet,gulung karpet balik,angkat pinggan semua,sampai adik rasa hari tu tak penat langsung.Rasa macam tak percaya abang adik yang terlantar sekarang ni yang terlantar atas katil ICU dengan keadaan sangat-sangat kritikal.Darah hilang 4liter.Adik rasa tak sanggup nak bayangkan kehidupan yang mendatang selepas ni,adik harap sangat abang boleh buka mata walaupun sekejap.adik tahu,hanya keajaiban dan kuasa tuhan Allah sahaja ,abang boleh sedar seperti sediakala,tapi adik masih ada harapan untuk abang sembuh semula dan sihat seperti sediakala,paling kurang abang mampu clik mata untuk kami.Adik nak minta maaf dengan abang,adik nak cakap adik sayang sangat dekat abang.Adik mana ada sesiapa.Adik ada abang je.Kami semua tak henti-henti teman dan sedekah yasin dan mengaji untuk abang.

21 september 2011-3.45 pagi.
Kami semua dikehendaki keluar dari wad,sebab doktor nak buat check up.Doktor suruh datang balik pukul 3.45.Sedara kita semua dah balik.Kitaorang tidur atas kerusi hari tu,tapi semua tak boleh tidur.Mak sentiasa baca yasin dan berdoa.

21 september 2011-6.00 pagi.
Hari ini,rasanya subuh paling syahdu dalam hidup adik.rasa macam-macam .Bercampur baur,selalunya kalau subuh-subuh sebelum ni,mesti ada rasa mamai-mamai,ada rasa mengantuk.Tapi hari ini rasa tenang sangat.

21 september 2011-6.30 pagi.
adik ,mak dengan abah dah ready nak masuk wad.Kami tunggu je Mak guard tu bagi kami masuk.Mak guard tu tanya dekat abah 'anak you ke dalam?' abah pun cakap.."anak saya,kami sekeluarga ada 4orang je,tak ramai.Suara abah sebak sangat.Adik tahu abah mesti sedih.tapi abah kuat,sebab kalau abah tak kuat.Mak lagi lemah.Bila kami dah masuk.Adik tengok abang macam lagi teruk.Nafas macam lagi kuat,Adik tengok air mata abang meleleh je.Mesti abanh sedih.Mesti abang rasa sakit sangat.Abah bisik dekat telinga abang "Khairul,mengucap nak..ikut abah:"Ashadu Allah ila ha ilallahu wa shadu ana Muhammadu rasulullah".
Lepas tu,abah pesan lagi:'Khairul,kita sembahyang subuh ye nak,khairul ikut bacaan abah'
.Lepas tu,abah pun bisik-bisik bacaan dan sembahyang pada abang.Lepas tu,abah pun pergi kedai bawah sekejap.Abah beli tisu banyak-banyak dengan towel muka.Abah bagi pada adik dengan mak.

21 september 2011-8.00 pagi.
Ramai sedara mara,jiran kita,jauh-jauh datang dari terangganu,Sintok,Kl datang nak melawat abang.Nak bagi kata-kata semangat untuk abang.Untuk mak dan untuk kita sekeluarga.Adik pun terpaksa rotate giliran masuk.Tapi mak sentiasa ada disisi abang.Mak tak makan langsung dari semalam.

Nota hati :Tak boleh menulis.Akan bersambung.

Sunday, October 9, 2011

surat dari hati khas untuk abang 2

Dearest abang
rasa rindu sangat dekat abang.
kadang otak rasa tak dapat fikir bila teringat abang dah tiada di sisi.
tapi adik pasrah,itu mesti yang terbaik untuk abang.
dah Allah janjikan macam tu,Dia lebih tahu yang terbaik untuk umatnya.
adik sayang abang.semoga abang baik-baik disana.

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.Sama-sama kita renungkan.-ohislam.com

Monday, September 26, 2011

surat dari hati khas untuk abang 1

Dearest abang,

adik redha dengan pemergian abang.
cuma teringat kenangan bersama abang.
adik sedih,rasa macam tak percaya.
yang lepas ini,
adik kena membesar seorang.
dengan mak dengan abah.
rasa macam tak percaya.
tapi adik redha.
sebab allah lagi mengetahui sesuatu.

21 september 2011 12.30 a.m
adik tengah buat assignment,rehat sekejap ,teman jaja pergi ambil toto di bilik dia.

21 september 2011 12.52 a.m.
roomate adik kata,handphone banyak kali bunyi,bila adik tengok ada 17 miscall dari busu bermula pukul 12.35.dan massage dari busu pukul 12.42 suruh adik angkat telefon dan suruh bangun.Lepas baca massage,busu call lagi,busu suruh siap cepat,abah suruh busu bawa adik balik,sebab ada hal kecemasan.masa tu adik rasa berdebar sangat-sangat.adik tanya 'Hal kecemasan apa?'busu pun jawab dengan serba salah 'abang accident '.adik dengan keadaan tiba-tiba tak tahu nak buat apa,otak terus jadi kosong.Jaja dengan amani yang tolong kemas barang dan call warden sementara adik tengah siap.

21 september 2011 1.00 a.m
adik siap turun bawah,menyelesaikan masalah hendak keluar malam,pagar tak boleh buka,pak guard tidak beri masuk,pukul 1.30 baru selesai.nasib baik ada encik husin.

21 september 2011 1.30 a.m
bertolak ke melaka.adik diam je dalam kereta,tak tanya busu pun apa yang berlaku,sebab takut dan berdebar sangat.macam-macam rasa ada.adik rasa mesti teruk.adik ada dengar telefon busu bunyi,lepastu busu cakap perlahan-perlahan,adik macam nak tanya,tapi adik takut.adik terus diam dalam kereta sampai tiba di hospital.

21 september 2011 3.00 a.m.
kami selamat sampai di hospital besar melaka.berdebar sangat,tangan rasa sejuk untuk tahu apa yang berlaku sebenarnya.adik sampai wad kecemasan,busu bawa adik jumpa uda dulu.nampak je uda,uda terus lari dekat adik dan terus peluk adik dan bagi pesanan..

'banyakkan bersabar adik,banyakkan bersabar..tahu tak keadaan abang macam mana?'

adik hanya mampu geleng je...

uda sambung lagi ...
'abang teruk sangat,kritikal sangat-sangat,abang naik motor,accident dengan kereta dekat Alai,head injury,doktor kata tiada harapan,tekanan darah dia 4 aje,kalau orang meninggal 3.nak hantar dekat kuala lumpur,tapi tadi baru sahkan,KL tak mahu tanggung risiko..banyakkan bersabar,kita doakan terbaik untuk dia,hidung dia,telinga dia banyak sangat darah,tak henti-henti,kepala dia teruk,tadi jahit-jahit dekat wad kecemasan,lama sangat,sekarang baru masuk ICU'

Uda memeluk,sambil mengusap belakang.

"Mak mana?' adik bertanya lagi.

'Mak ada dengan abang,dalam wad.Uda harap adik kuat lebih-lebih lagi depan mak,mak lemah sangat,dari petang tadi tak nak makan.mak adik hampir pengsan,tadi macam nak pengsan,sampai duduk atas wheel chair.Kalau adik lemah,mak mesti lagi lemah.Jadi adik kena kuat untuk mak adik.'

Bila adik masuk ICU,adik tengok,keadaan abang teruk sangat,dada berombak-berombak,banyak mesin pasang,banyak wayar,telinga dengan hidung kena sumbat sebab banyak darah.adik terus menangis.abah suruh adik cakap dekat telinga abang 'adik dah sampai,abang kuat' adik cium dahi abang,adik pegang tangan abang.rasa sedih sangat.doktor kata tiada harapan,tapi adik harap sangat abang boleh sedar,walau apa jua pun keadaan abang nanti.paling kurang,abang dapat celik mata dari koma.

Bila adik tengok mak sedih sangat-sangat,menangis-nangis adik pun jadi sedih.kami semua tidak putus jaga abang,sedekah yasin ,alfatihah dan kata-kata semangat untuk abang.Adik sayang sangat dekat abang,sebab adik ada seorang abang sahaja......


MATI ITU PASTI.YANG PERGI TIDAK AKAN KEMBALI
Al fatihah untuk Khairul Ariffin bin Mazlan.

Bersambung...



Saturday, September 24, 2011

surat dari hati khas untuk abang

assalamualaikum abang,
alfatihah untuk abang.

Sekiranya kematian itu satu tidur yang panjang,
maka bermimpi indahlah engkau disana...

Sleep
Sleep tonight
and may your dreams
be realize
if the thunderclouds
passes rains
so let it rain
rain down on you

Go on
Sleep like a baby.


Mungkin setelah emosi dan realiti dah berada di level yang sama, dan sedar akan hukam hakam dan ketentuan Ilahi dan apa yang berlaku merupakan keputusan terbaik dari Allah, kita akan dapat meneriman keadaan ini dengan lebih baik...insyaallah.

Kematian menyedarkan saya kepada betapa besarnya Kekuasaan Allah. Dia yang menentukan segala-galanya. Dia mampu melakukannya pada bila bila masa saja......
Adakah kita sudah bersedia?
Adakah kita sudah bersedia?
Allahhuakbar,
Allahhuakbar,
Allahhuakbar,
Sama-samalah kita saling ingat mengingati antara satu sama lain...

Wassallam.