Menjadi tua itu pasti,manakala menjadi 'dewasa' itu pilihan.
Matang.suatu yang subjektif.ada matang fikiran.ada matang tingkah laku.ada matang dari paras rupa.ada yang matang dalam berbicara.ada matang dari segi pemilihan pakaian.Dulu-dulu aku fikir,bila budak besar mesti matang.tapi ini sebenarnya bergantung pada faktor persekitaran yang mencepatkan kematangan atau membantutkan kematangan semua individu.
bukti matang bersifat universal dan subjektif dan apa-apalah lagi yang sesuai.
1.Jika anda perhatikan sekeliling,anda akan lihat,ada makhluk muka bumi yang badan atau muka macam mak bapak orang,besar gajah tapi perangai atau fikiran tak matang langsung.memang out of service.
2.Jika anda perhatikan sekeliling,anda akan jumpa ,budak tu nampak macam tak matang,keanak-anakan,terkinja sana,terkinja sini,tapi fikiran matang dan boleh diterima ,dan mungkin berpandang jauh.atau apa-apalah.Yang menyebabkan hati kau berdetik 'matang budak ni,tak sangka aku'.Fikiran dia macam mahathir.Eh,mahathir mana yang matang ni?
3.Jika anda perhatikan sekeliling.anda budak-budak baru je darjah 6,tapi mak aih,muka matang habis.hah,ini matang dari paras rupalah .
4.Ada yang baru umur setahu jagung,kecil lagi,sekolah lagi barangkali,tapi fikiran matang mungkin kalah kita yang berumur berdekad-dekad .
Alkisah matang bermula.minggu lepas,aku pergi terengganu.Sedara aku berkahwin.kahwin sama tarikh dengan hari jadi aku.(promote sekejap).seperti yang anda ketahui ataupun tidak ketahui,abang aku baru meninggal dunia hampir 3bulan yang lepas.Oleh itu,adalah saudara aku yang bertanyakan perihal kemalangan yang meragut nyawa abang aku kepada mak aku.
Lepastu,aku hanya mendengar je dari jarak lebih kurang 2 meter.Tetiba anak buah aku (anak kepada sepupu aku) datang dekat kepadaku.Budak ini umur baru je darjah 2,baru balik oberse 2tahun lepas.Kira dia tak begitu mengenali akulah,sebab dia menetap di kelantan.
Sofiya :Mak Usu (nama gelaran aku) ,mak usu ada abang ke?(barangkali dia terdengar dari
perbualan mak aku).
Aku :Hmmm,ada tapi dah meninggal.Accident.Baru je.Kalau dia ada,awak panggil dia 'pak
long'.
Sofiya:ooh,saya ingat,saya ada pergi rumah awak masa tu,tapi masa tu,saya tak kenal awak lagi.
Aku :hah ,betullah,sofiya anda datang dengan umi dan abah,dan tokmi kan?
Sofiya:Ya,tapi masa tu saya tak kenal awak,saya nampak masa saya sampai rumah awak,mak awak menangis sambil peluk tok mi(nenek dia merangkap makcik saya).
Aku :Diam ,no respon...lepastu aku jawab 'ooooo'
Sofiya:Tu,(sambil menunjukkan ke arah mak aku),saya tengok mak awak macam sedih je,macam nak nangis je.Mesti dia sedih.Dia jangan cerita pasal abang awak lagi,kalau dia cerita mestilah dia sedih.Kasihan dia.
Aku :aku memandang ke arah mak aku,ada riak wajah kesedihan apabila menjawab persoalan dari saudara aku(yela,aku nak buat apa,takkan nak suruh satu dunia jangan tanya soalan sedih-sedih dekat mak aku kan?).llalu,aku memandang ke arah sofiya dan mengusap kepala dan badannya.
Sofiya:abang awak eksiden macam mana?naik apa?
(dan selepas tu ,soalan dari sofiya berkisarkan abang aku,eksiden dan sebagainya,yang tak berapa nak penting dan tak berkaitan dengan entri)
Jadi aku dapat simpulkan,awalaupun sofiya masih dan baru je darjah 2,masih main pondok-pondok bersama adik dan sepupu sepapat beliau,tapi fikiran dia sangat matang untuk kategori budak darjah 2.kagum masa aku dia dengar petah berbicara.
jadi.Dimanakah paras kematangan anda?yah,aku tahu aku belum cukup matang.
Nota hati :menjadi matang atau dewasa tidak cukup sekadar pengucapan dalam kata.Semua orang tidak perfect,jadi memang ada yang mungkin matang part ni,dan tak berapa nak matang part ni.tapi apa-apa pun ,pastikan ia dibawah level 'masih boleh diterima,atau di maafkan '.
Belajarlah menjadi dewasa.buka mata,buka minda,buka hati.Semoga Allah tunjuki kita jalan yang lurus.
5 bom bom:
matang macam aku. Aku rasa kematangan aku dihargai apabila membaca tulisan entri kau kali ni.
*sengih separuh masak*
Nice..tp,ble sebut psl matang,kte sndri kdg2 xtahu yg kita dh matang sbnrnya..hehehe..kdg2,smpi kena berpura matang semata-mata nk nmpk matang selaras usia..hahaha..
kdg2 dpn student bleh kluar perangai xmatang.^_^
hehehehe....
bisikan rahsia :lalalalala~~~lallalalala~~
chenta:betul2...nthlah sy pun xpsti sy ckup matang ke tak..kadang2 tgk cikgu ngn budak sama je tak matang.hehe
nice entry!
kaer...
Post a Comment