Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi
Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba untuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban
Tetapi baru kusedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbananmu tiada ternilai
Hanya Tuhan kan membalasnya
Namun wajahmu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibirmu kan menguntum senyum
Andainya anak-anakmu bahagia
(sebahagian daripada lagu Salam aidilfitri buat ayah bonda,HUJAN feat RAIHAN)
Dulu-dulu,sebelum abang saya meninggal lagi,saya selalu terfikir ,yang bahawanya Mak dan abah saya bagi saya sepasang ibu -bapa yang paling sempurna dalam hidup saya.Saya rasa,mereka bagi semuanya cukup,Kasih sayang,tempat berlindung,ilmu agama ,dunia semua stabil.Ambil berat,hantar balik KL setiap dua minggu kadang-kadang seminggu sekali.Semua cukup.Saya dan abang dihantar ke sekolah agama walaupun mungkin saya tidaklah sebaik mana.Masing-masing ingin anak mereka berjaya.Kehidupan selesa,walaupun mungkin tak semewah orang lain,yang penting kami cukup makan,ada tempat tinggal.walaupun mungkin rumah kami tak de astro,tak ber 'econ' ,tv tak besar ,tapi syukur alhamdullillah,lebih dari cukup.
Saya anak bongsu daripada dua orang adik beradik.Seorang anak tunggal perempuan dan sekarang anak tunggal juga kepada abah dan mak saya.Segala pergerakan saya sentiasa dikawal.Masa sekolah dulu,saya pergi dan balik sekolah ,berhantar ,berambil.Kawan sekolah petang semua naik basikal.kecuali saya.Akhirnya selepas bodek2 dapat juga merasa naik basikal pergi sekolah.Tapi sekejap je.Lepastu naik berhantar berambil jugak.Sepanjang saya di kuala lumpur,Tahun pertama maksud saya,sepanjang saya 'persediaan @ foundation'saya tak pernah balik ke melaka atau pulang dari melaka naik bas.dan sekarang saya hanya pulang ke melaka menaiki bas dan balik semula ke Kuala Lumpur menaiki kereta dihantar oleh mak ayah saya.Saya tidak pernah minta,dan kadang-kala ,kawan-kawan serik mengejek saya,tak boleh hidup berdikari dan sebagainya.Tapi mereka apa tahu.Mulut orang memang macam tu.Kadang-kadang saya rasa cemburu melihat mereka semua bebas melakukan apa sahaja.Ada sesetengah mereka. 'untunglah kau,mak kau hantar' 'untunglah kau,kalau aku jadi kau ,mesti best,tak payah susah payah naik bas.'..tapi kadang-kadang rasa rasa saya serba salah sangat,Saya rasa macam menyusahkan hidup mak abah saya sahaja.Tapi saya bukukan dalam hati.Diorang apa tahu.Malas nak explain lebih-lebih pada budak-budak macam tu.
Pernah sekali,saya bodek punya bodek mak saya,kecek-kecek nak balik Kuala Lumpur naik bas dengan kawan.Mak saya sampaikan kepada abah saya.Abah saya benarkan dua kali sahaja saya pernah merasa sepanjang 4tahun di KL.Tapi kali ketiga dah tak dapat.Saya tanya mak saya 'kenapa abah tu?' Mak saya cakap 'Hari tu,abah kau cakap ,dia lagi tak sedap hati ,lagi rasa susah hati kalau kau naik bas.Kalau boleh,dia nak tengok kau masuk betul-betul sampai pagar IB dengan selamatnya baru dia rasa lega'. ..oh,serius sebak sungguh rasanya.Lepastu saya tidak pernah bertanya.Ikut jela...sampai satu kejadian.10.10.10 eksiden bas Delima dari Melaka ke Kuala lumpur,saya baru benar-benar rasa faham dengan tindakan ayah saya.Ya,saya tahu,ajal dan maut ditangan tuhan.Tapi abah saya betul-betul nak jaga saya.
Saya selalunya tak pernah tinggal seorang dalam rumah,maksud saya,kalau ada kenduri mesti saya dikehendaki ikut.kadang-kadang je tinggal rumah.Tu pun pesanan panjang lebar dan saya boleh hafal pesanan ayah saya..'kunci rumah,selak rumah,mangga rumah,pasang alarm,jangan keluar rumah,kalau orang tak kenal ,jangan buka pintu' Pesanan tu saya masih mendengarnya walaupun sudah hampir 22 tahun.
Bagi saya juga mak ayah cukup sempurna sebab mereka turut berikan saya agama.Tapi saya sedar,saya taklah sebaik mana.masih jahil dan masih mencari-cari kehidupan yang sebenar.Saya cukup berasa bertuah kerana dilahirkan dari rahim seorang ibu beragama Islam.Dihantar mengaji.Mak saya selalu cakap,zaman saya dikira beruntung,nak cari agama senang sahaja,semua dah ada,banyak alim ulama,dan tempat boleh pergi untuk menuntut agama ,cuma niat sahaja yang perlu ada.Zaman dulu,kalau niat ada tapi susah sangat nak cari ilmu agama sebab masa mereka tidak dedahkan lagi seperti zaman kita.Mak dan abah saya pernah berniat,untuk membawa kami adik beradik (saya dan arwah abang) untuk pergi menunaikan umrah.Akhirnya,kami semua dipanggil untuk menjadi tetamu Allah pada tahun 2003.Hasil daripada tanggungan ibu dan abah serta duit tabung haji yang kami menabung sejak kecil.Alhamdulillah,bersyukur sangat.Mak dan abah saya juga sering mengingatkan untuk menabung samada untuk keperluan hidup,atau menunaikan Ibadah haji satu hari nanti, kalau ada rezeki dan umur yang panjang.
Bila cuti sekolah,mak dan abah saya sering bawa saya dan arwah abang pergi berjalan-jalan,bercuti di dalam malaysia,dan sebagainya.Abah saya pernah cakap ketika saya masih bangku sekolah .Dia nak bawa anak-anak berjalan agar dapat lihat dunia ciptaan allah,bersyukur dengan diatas nikmat,belajar dari cara hidup orang lain (yang positif sahaja,negatif buang jauh-jauh).Abah saya juga cakap,dulu-dulu hidup dia susah sangat,anak seorang penoreh getah,ibu seorang suri rumah,dan mempunyai enam orang anak.jadi,kadang-kadang bila tengok kawan-kawan pergi berjalan timbul rasa didalam hati,bila dia nak besar,dia nak pergi berjalan,bawa anak-anak sebab dia tak mahu anak-anak rasa macam mana dia rasa dulu-dulu.Dulu-dulu,masa kecik-kecik,abah saya cerita mana ada 'feel',sekarang bila dah besar, ada perasaan baru ada 'feel'.Abah dan emak saya ada cakap baru-baru ini,sebenarnya kadang -kadang bila bawa kami berjalan,mereka bukannya senang @banyak duit sangat,biasa dan sama sahaja macam orang lain.cuma mereka kuatkan semangat untuk bawa kami berjalan-jalan dan semuanya berserah dan bertawakal pada Allah.Masa diaorang muda-muda,dia pegang prinsip semuanya untuk kami semua dan duit itu akan habis juga walaupun tidak bawa kami berjalan-jalan.Kadang-kadang dalam ingatan saya,bila hujung bulan,masa saya kecik-kecik ,mak dan abah saya sering puasa,dan saya sahaja yang akan makan dirumah.Tapi masa itu,saya kecil lagi,saya mana tahu hujung bulan,tengah bulan ke apa.bila abah dan emak saya cerita,saya cuma membuat kesimpulan berdasarkan apa yang saya lihat @ ingat semasa masih kecil.sob..sob..sob..
Masa saya kecil-kecil lepas balik pergi jalan-jalan,saya dan abang saya mesti ada tugasan,kononnya macam lawatan sambil belajar ,setiap kali lepas berjalan dan sampai rumah abah saya suruh kami lukis,satu pintu gerbang salah satu negeri yang pernah kami lawati.dan tugasan terakhir,paling saya ingat,abah kami,suruh kami senaraikan nama-nama masjid yang pernah kami pergi sebelum-sebelum ini.Darjah berapa saya tak ingat tapi lepas itu,tak de tugasan yang diberi.
dulu-dulu,saya selalu sakit sana,sakit sini,tapi degil sangat nak makan ubat,degil sangat-sangatlah.Bila mak saya tanya,dan makan ubat ke belum? saya pasti akan jawab 'nantilah,kejap lagilah' ada je alasannya,sampai kadang-kadang terlupa makan.Sampai sekali tu,ayah saya cakap 'adik,cuba pergi makan ubat tu,jangan buat abah risau,adik dari kecik selalu sakit-sakit,kecik-kecik lagi dah selalu masuk klinik.masa kecik-kecik ,tak nak makan ubat takpa,baby lagi,ni dah besar panjang,cuma pergi makan tu ,jangan buat abah risau' .saya terus pergi dapur ,makan ubat...
Abah saya memang garang,takut,tapi sempoi juga kadang-kadang.Kalau dia bagi nasihat,mesti menusuk kalbu,sebab saya lebih rapat dengan emak,kalau nak kecek pape, nak pape mesti cakap dengan emak.Emakkan selalunya lembut hati.Mak dan abah saya,masa saya kecik-kecik dulu,sebelum tidur,mesti ada bedtime story,sebelum saya dan abang saya tidur,mak dan abah mesti datang tidurkan kami ,cerita,tutup lampu,selimutkan,baru kami tidur.Gilir-gilir,kalau hari ini abah yang datang bilik saya ,mak pula kat bilik abang,esok mak ke bilik saya,abah ke bilik abang.macam gitulah,sebab saya tadika lagi dah asing bilik tidur.
Betapa banyaknya mak abah saya bersusah payah sampai saya pun sendiri tidak ingat dan takkan dan cerita semuakan?privacy tetap privacy dan nanti orang bosan pula.Dan begitulah ibu bapa anda di luar sana,macam sangat pergorbanan,kelelahan dan kesempitan mereka demi membersarkan kita.Cuma kita je tak hargai.Kita sering calarkan hati mereka,membuatkan mereka malu dengan tindakan kita.Anak muda,darahnya panas.
Saya selalu terfikir(ini sebenar isi sebenar yang saya ingin sampaikan setelah berpusing-pusing ) adalah satu hari nanti,bila saya sudah mempunyai keluarga sendiri,ada anak dan sebagainya ,saya dapat memberi pendidikan,kasih sayang,dan sebagainya sama baik atau lebih baik seperti ibu bapa saya lakukan kepada saya?sebab saya sendiri kurang yakin dengan kemampuan saya kepada anak saya.Adakah bila saya sudah berkeluarga ,saya dapat menjalankan tanggungjawab seorang anak yang baik untuk mak dan abah saya?saya akan jaga dan emak dan abah saya,saya kena berkorban untuk mak dan abah saya,sebab mereka cuma ada saya seorang sahaja.Saya akan berusaha selagi kudrat masih ada.
Ya Allah Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka
dan Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah, Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
0 bom bom:
Post a Comment