Thursday, May 5, 2011

semalam kelmarin


selalunya benda kalau kita tak nak sangat itulah selalu kita dapat.
benda yang kita caci.kita kutuk
taklah semua.cuma kebanyakkannya.
contoh,tak payah tengok jauh-jauh.
dulu,masa mahu pilih sekolah praktikum.
bukan contoh hati bertaman-taman ok.
aku kaji sepuluh hari sepuluh malam.
sebab tak mahu sekolah yang budak ramai-ramai.
entah kenapa.aku pun tak pasti.
aku pilih sekolah sikit-sikit aje.
pilih satu sekolah dekat pj,
tup.kena rejek.
pilih satu sekolah dekat k.langat,
bersakan-sakan,sebab dekat dengan rumah.
budak tak ramai.
akhirnya,
last minute,kena tukar.pergi sekolah lain.
budak 1300.satu sesi pulak tu.

dulu kala,zaman muda-muda,
aku tak pernah terfikir nak jadi cikgu.
selisih malaikat 44.
tapi sekarang cikgu juga aku jadi.

dulu-dulu,
masa menengah rendah,
gila-gila aku benci belajar akaun dalam KH.
benci sangat.memang tak pernah fokus.
entah apa-apa.
imbangan duga,kredit
debit,belanjawan tunai,lejar.
siap poyo-poyo koya koya ,
janji taknak ambil akaun lagi,
akhirnya,kelas 4ar -razi tu jugak aku masuk.
lepas tu,orang sibuk apply tukar kelas.
aku boleh pulak relax-relax.

jadi,kesimpulannya,
kalau benci atau taknak.
tak payah kecoh-kecoh.
tak payah duduk overconfident.
simpan-simpan aje.
sebab esok lusa.
kita memang tak tahu.
waktu boleh terbalik dan berbalik.
agak-agaknya,
kalau aku kutuk nickhun,
caci maki dia,kutuk bakul-bakul,benci-benci dia,
keberangkalian aku ada jodoh dengan dia tinggi tak?

p.s:nickhun,aku benci kau.
benci sangat-sangat.lalala~

2 bom bom:

Farhana Sukre said...

Betul. benda yang kita tak suka tu, akan kena kat kita. Lumrah.

p.s:nickhun? heheh

::khrnmzln:: said...

betul lumrah.

nickun calon suami soleh.haha

Post a Comment