aku bukanlah baik apatah lagi yang terbaik untuk memberikan nasihat,menghulurkan pendapat,menyatakan buah fikiran dan sebagainya ,bukan wanita yang perfect seperti mawar berduri yang kuat imannya,cuma tadi ketika aku 'mengusha' website-website di internet,aku tertarik dengan artikel tersebut dan berniat untuk berkongsi dengan kalian.
Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua MUSLIMAH
Wahai puteriku…..
Aku seorang bapa yang sedang berjalan memasuki usia 50 tahun. Usia mud telah aku lewati, aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan Haq(kebenaran) yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.
Wahai puteriku….
Banyak akau menulis, sering aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.
Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan aku khutbahkan… sehingga pena yang aku gunakan tumpul dan lidahku menjadi kelu. Namun, tetap tiada hasil yang aku perolehi. Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.
Di setiap pelusuk Negara, perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda Negara demi Negara, tanpa satu pun Negara Islam yang mampu mengelak.
Sebagai contoh, Negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yang sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang Masya-Allah!!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya???
Wahai puteriku,
Pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu ada di tanganmu. Jika engkau menyakini dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik. Engkau benar puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.
Engkau berkata kepada pencuri: “Silakan masuk”…. Dan setelah engkau kecurian barulah engkau sedar. Ketika itu barulah engkau berteriak…. “Tolong…. Tolong….. aku kecurian”.
Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu serigala dan engkau ialah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.
Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki itu adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspadanya seorang yang kikir terhadap pencuri.
Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki menginginkan lebih dari sekadar dari daging kambing….dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.
Lelaki menghendakinya yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragur kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.
Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab. Bohong…. Bohong…. Bohong…. Demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan di antara mereka, pasti engkau akan takut dan ngeri.
Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu, berbicara lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.
Apakah sesudah itu wahai puteriku?
Renungkanlah!!!
kredit for:http://serikandiumar93.blogspot.com/
0 bom bom:
Post a Comment