Tuesday, March 30, 2010

manusia selagi bergelar manusia

manusia selagi bernama manusia tidak boleh lari daripada kehendak dan naluri manusia.
manusia selagi bernama manusia akan mempunyai akal,ego dan maruah,harga diri dan perasaan.
manusia selagi bernama manusia,tidak akan sempurna
manusia selagi bernama manusia,selagi bernafas dimuka bumi tidak dapat lari daripada masalah.
manusia selagi bernama manusia,selagi bernafas tidak lari daripada melakukan kesilapan.
manusia selagi bernama manusia,akan sentiasa mencari kesempurnaan.
manusia selagi bernama manusia,tidak akan puas dengan nikmat yang diberikan.
manusia selagi bernama manusia mana ada yang pandai,kalau dah pandai,mereka tak perlu belajar.
manusia selagi bernama manusia ,memang sukar untuk mengaku kesalahan diri.




p/s:aku manusia jugak..dan semua di atas aku buat.

Wednesday, March 24, 2010

keterlupaan

Dia kadang kala lupa.Lupa untuk mengingati Allah..
tolong ingatkan dia kalau dia terlupa.
Dia tenggelam dalam permasalah hidup.
Dia memang sudah tersasar jauh.
Dia sedar.tapi masih mengulangi kesalahan yang sama.
Dia harus ingat Allah..
Sebab hanya Allah sahaja yang dapat mententeram hatinya.
Bukan orang lain.bukan sahabat dia.bukan kekasih dia.dan bukan sesiapa.
Dia dijadikan dalam keadaan lemah.sebab dia hanyalah manusia biasa.
Manusia sememangnya makhluk lemah.
Dia harus kembali kepada Tanah.bukan terbang di langit biru
kerana disitulah(Tanah) sebenarnya tempat dia diciptakan.
Dia harus percaya Allah akan memberi kesenangan selepas melalui kesusahan


p/s:dia a.k.a diri sendiri la ye

Wednesday, March 17, 2010

every moment is lesson

Get out from the sorrow
happiness will always follow you
wherever you go..
because Allah is always be with you right
Every moment is learning rite?
So never stop learning..

Even sometimes,
You lost your direction,
You lost your compass
You lost your way
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.
You are coming from Allah
and you are returning back to Allah

Come back to Allah before its too late ,bebe…do the best you can ^_^ because you are responsible for all your experiences life.your attitude is under your control rite?tepuk dada ,tanya selera la~selera aku makan satay is nice~


p/s:aku tahu aku ada banyak buat salah ada banyak dosa.banyak sangat.tak terhingga~tapi masih tidak menginsafkan diri.hik3.jahatnya aku~Yakinlah kepada Allah yang menguasai dunia.Yang mengawal empunya cerita dan segala isi alam

Monday, March 15, 2010

c.a.p.t.u.r.e s.k.b.c














advice to the muslimah woman

aku bukanlah baik apatah lagi yang terbaik untuk memberikan nasihat,menghulurkan pendapat,menyatakan buah fikiran dan sebagainya ,bukan wanita yang perfect seperti mawar berduri yang kuat imannya,cuma tadi ketika aku 'mengusha' website-website di internet,aku tertarik dengan artikel tersebut dan berniat untuk berkongsi dengan kalian.

Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua MUSLIMAH


Wahai puteriku…..
Aku seorang bapa yang sedang berjalan memasuki usia 50 tahun. Usia mud telah aku lewati, aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan Haq(kebenaran) yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku….
Banyak akau menulis, sering aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan aku khutbahkan… sehingga pena yang aku gunakan tumpul dan lidahku menjadi kelu. Namun, tetap tiada hasil yang aku perolehi. Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.

Di setiap pelusuk Negara, perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda Negara demi Negara, tanpa satu pun Negara Islam yang mampu mengelak.

Sebagai contoh, Negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yang sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang Masya-Allah!!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya???

Wahai puteriku,
Pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu ada di tanganmu. Jika engkau menyakini dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik. Engkau benar puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Engkau berkata kepada pencuri: “Silakan masuk”…. Dan setelah engkau kecurian barulah engkau sedar. Ketika itu barulah engkau berteriak…. “Tolong…. Tolong….. aku kecurian”.

Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu serigala dan engkau ialah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki itu adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspadanya seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki menginginkan lebih dari sekadar dari daging kambing….dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendakinya yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragur kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.


Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab. Bohong…. Bohong…. Bohong…. Demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan di antara mereka, pasti engkau akan takut dan ngeri.

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu, berbicara lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu wahai puteriku?

Renungkanlah!!!



kredit for:http://serikandiumar93.blogspot.com/

Saturday, March 6, 2010



aku bukan yang terbaik ..
aku tidak layak untuk mendapat terbaik..
aku tidak pernah sekali pun terlintas untuk mencari yang terbaik
mahupun yang lebih baik..
tidak perlulah mencari yang terbaik
tetapi jadilah yang terbaik..
aku cuba untuk menjadi yang baik...
walaupun tidak terkesan
sekurang-kurangnya aku melakukannya
untuk diriku sendiri
dan untuk Tuhan
memperbaiki kelemahan diri yang sememang serba kekurangan
aku bukan yang terbaik..
kalau aku bersalah..