Friday, November 11, 2011

Dua alam.


Ah,ngantuknya ,rasa nak menguap.

Eh,kamera datang,sopan sikit

Setiap manusia boleh berubah,
berubahlah,
tiada siapa akan menghalang.
lebih-lebih lagi kalau ke arah kebaikan.
itu lebih bagus.
orang suka.Allah lagi suka.
orang sayang,allah lagi sayang.
kalau orang tak suka,peduli orang kata.
janji kau tahu,niat kau baik dan ingin menuju ke arah baik.
cukup.

tapi,setiap orang mesti buat kesalahan.
termasuk diri kau.kau.dan kau.
aku ,aku,aku,aku,aku,dan tetap aku.
Semua,tak terlepas.
kau pernah buat,pernah rasa.
jangan pura-pura tak pernah buat.
macam kain putih baru beli kat kamdar.
padahal kita macam baju sekolah yang terkena sambal kantin.
cuci-cuci dengan clorox .pasti hilang.
putih bersih semula macam dalam tv.

'err..eh,tak ..aku memang tak pernah kesah '

'erh..eh takdalah aku mana pernah '

jangan.jangan.jangan sesekali.
nanti orang bukan kata kau berubah.
nanti orang akan tuduh kau hipokrit.
orang akan tak suka.
dan orang pasti akan mengata.
pedulilah apa orang kata.

dan kau pun mula akan kata..
'aku tak kesah,apa orang kata '
dengan muka paling suci.

mula-mula orang percaya.
lama-lama orang menyampah.

kawan aku cakap.
berbanggalah anda menjadi hipokrit
demi menjaga hati orang lain daripada menjadi orang lain.
berbeza tu.

situasi:

Nurul Alza pakai baju zaman mak nenek ,lalu berbangga yang kononnya bajunya sangat cantik di alam semesta.

Nurul alza :cantikkan baju aku?pakwe aku baru beli semalam.aku suka sangat,cantik sangat.

siti toyota :Err..Errr..memang cantik sangat,sesuai dengan kau.pandai kau pilih
(dalam hati euw...)

Situasi :

Fauzan seorang kaki marah ,kaki pukul dan banyak kaki.sedang menginsafi diri.

Fauzan :kau rasa aku ni teruk sangat tak?

Mamat :Eh,tak r ,kau biasa aje,normal lah tu..takpe,aku dah faham kau.


renungan untuk diri sendiri.

Manusia semua pernah hipokrit.
cuma sedar atau tak je.
dan ada level.
jumpa bakal mertua mesti sopan-sopan je kan?
hah,jangan tipu...

please.

nota kaki:
aku ada tipu lecturer aku pasal nama tertinggal dalam buku program,aku cakap kesalahan teknikal,tapi sebenarnya sebab aku cuai.adoi..5 markah tak berkat


2 bom bom:

k.h.a.l.i.l.a said...

huhuu... teringat dulu penah mengaku ape sebab apply masuk maktab.

penilai : kenapa mohon jadi cikgu
saya : sebenarnye, mak ngan ayah suruh.

huhuu

::KAKAIRINA:: said...

haha..saya tipu dioerang..sebab saya cakap saya memang minat sangat jadi cikgu..buwekkk..memang hipokrit betul cikgu kakai ni..hehehe :)

Post a Comment