Thursday, November 10, 2011

rintihan hati manusia .Allah selayaknya.

Bila orang memerlukan telinga untuk mendengar atau untuk bercerita masalah,kita sebagai sahabat,sedaya upaya untuk menjadi pendengar yang baik,memberi nasihat yang baik,dan cuba menghilangkan keluh resah dihati sahabat kita dam berusaha untuk memahami dia.Dan ,bila kita pula memerlukan telinga,kita harapkan sahabat-sahabat lain cuba memahami apa yang terbuku dihati,dapat menghilangkan resah dan cuba memberikan ketenangan,tapi ada sesetengah diantaranya objektif yang kita kehendaki tidak tercapai.Dah si sahabat mula berasa duka cita akan sahabatnya lain.dan didalam hati terdetik :

‘masa dia susah,aku cuba untuk memahami dia sampai dia dapat kembali tenang.tapi kenapa dia tidak buat begitu pada aku seperti aku buat padanya?

Dan kita hampir terlupa yang sahabat kita itu juga manusia,banyak silap dan salah ,dia cuba anak manusia yang lahir dari perut manusia.dan manusia tipikal memang selalunya memang ada sifat mementingkan diri sendiri walaupun tidak sebanyak mana.dan erti kata lain,mereka hanya tahu apa yang mereka rasa,sakit yang mereka alami tanpa memikirkan kita.manusia tak perfect.

Kita terlupa ,tak semua orang dapat membaca hati kita,sebab setiap manusia mempunyai pendapat dan persepsi yang berbeza.

Kita terlupa yang mungkin,kita telah buat sebaik mungkin untuk sahabat kita,tapi mungkin kita hanya perasan yang kita telah membantu dia,padahal kita makin menyusahkan dia.dan nasihat kita langsung tak membantu dia.ataupun dia ada terasa dengan kita ,bukan kita tahukan.

Dan paling kita terlupa,kita tersalah mengadu. Sesungguhnya Allah taala adalah tempat kita mengadu dan memohon. Ianya adalah sebagai satu jalan terbaik untuk menentukan pilihan dan ikhtiar makhluk agar sentiasa dipandu dengan petunjuk dan hidayah Allah taala. Sebab Allah sentiasa tahu apa yang manusianya rasa.

3 bom bom:

k.h.a.l.i.l.a said...

betul tu. sangat betul... kadang2 kita sendiri x sedar ap yg kita dah buat selama ni, orang suka atau tidak.

eh, ye sy student IB. Tuan blog pun IB ke?

::KAKAIRINA:: said...

yups.IB,sem 6.hehe..

k.h.a.l.i.l.a said...

la yeke?? hehe... yg mana 1 ni. jenuh cari gmbar x jumpe. huhu

Post a Comment