Sunday, August 8, 2010

kita semua ada

siang tadi..
aku pergi rumah orang kurang upaya.
aku tengok..
mereka masih terurus..
masih boleh hidup berdikari.
masih ada ibu bapa yang akan berjumpa dengan mereka.
sebab mereka di sana masuk berbayar..
mereka cuma duduk asrama..
belajar cara hidup berdikari..
datang untuk dipulihkan..
mungkin kehidupan mereka tidak macam
rumah titian kasih yang aku pergi dahulu..
handphone canggih je..
flip lagi..

siang tadi..
aku rasa bersyukur aku manusia normal..
walaupun aku tidak sempurna orang lain..
tapi paling kurang..
aku boleh hidup berdikari..
boleh tengok dunia..
boleh berlari..
boleh berjalan..

siang tadi..
saya jumpa Mas..
Mas cakap dia suka faizal..
faizal dah keluar dari situ..
sebab dah berjaya dipulihkan
Faizal dah balik rumah..
faizal dah takde datang tengok dia lagi
Dia kata Faizal handsem..
Selepas itu..
Mas pun mula buat muka touching..

Siang tadi..
tiba-tiba teringat cerita Yana
Yana yang hidup dia berubah 100%
lepas dia terjun bangunan 2 tingkat.
sebab putus cinta masa umur dia 18 tahun.

siang tadi.
saya jumpa ramai orang..
saya jumpa Kak Asmah..Jumpa Manja..
walaupun dia nampak zahir tidak serupa dengan kita.
dengan kelainan upaya mereka..
walaupun mereka seperti kanak-kanak
yang tidak boleh hidup berdikari..
yang masih buang air merata..
tapi mereka masih ada hati..
masih ada perasaan..
sebab mereka itu manusia..
sama macam aku,sama macam anda,
dan sama macam kita.

siang tadi,
mereka sangat seronok..
mereka nyanyi..
mereka ketawa..
mereka nampak riang..
itu kehidupan mereka sebelum Jam 1.
selepas Jam 1..
ketika kami pulang.
kehidupan mereka kembali normal.
Ada yang melalak.
ada yang touching.
ada yang tidak kasi pulang.
sebab selepas ini..
mereka akan menunggu..
menunggu ada ibu -bapa yang melawat mereka.
menunggu ada adik beradik yang menjemput mereka.|
ada tetamu yang gembirakan mereka..
hingga hari ahad.
habis hujung minggu..
mereka berhenti menunggu..
dan bila minggu hadapan..
mereka menunggu lagi..
*what about anger, love and pain..
and all the things you're feeling
can you touch them with your hands?
so are they really there?

let's start question in ourselves
isn't this proof enough for us*

credit for maher zain for open your eyes song..

p.s:
berjalan ,melihat,mentafsir
di jalanan..
kadang2 niat kita hendak bergurau.
tapi gurauan kita kasar.
sampai melukakan hati org..
mungkin orang tu cakap
dia tak kesah..
tapi macam mana dia betul-betul kesah?
Gambar tiada kena mengena dengan entri.

4 bom bom:

Bisikan Rahsia said...

Btol2...sgt menyukai entri kamoo...
~~dan gambar tiada kena mengena itu...hee...

aien said...

bersyukur... ^__^

::khrnmzln:: said...

bisikan rahsia:
hehe..thanks..
aku uplod gambar ko je tuh..

::khrnmzln:: said...

ain:
bersyukur

Post a Comment