Thursday, August 5, 2010

rumah itu rumah aku

rumah itu.dunia aku.
kisah aku.semua tersimpan rapi disana.
rumah aku dunia aku.
ibu bapaku adalah syurgaku.
mungkin rumah aku tak macam rumah orang lain
rumah aku tiada astro.
tiada tv plasma.
tiada macam-macam.
tapi aku suka rumah aku.
sebab itu syurga aku.
kalau boleh
aku tidak mahu cemburu dengan duniawi orang lain
rumah aku sumber ketenangan.
aku hidup aman-aman di sana.
aku dibesarkan disitu lama.
mungkin kamu kata,
rumahku tidak best.
tapi itu rumah aku.
bagi aku ia tetap best.
mungkin rumahku sunyi.
sebab tiada orang.
tapi aku dah biasa dengannya.
semuanya lengkap.
aku ada ibu -bapa,abang yang menyayangi aku.
perhatian,kasih sayang aku dapat.
rumah yang indah itu
menjadi tempat yang nyaman bagi aku.
dan aku pasti.
kehidupan sentiasa akan berubah.
dan pasti berubah.
hidup itu pasti akan berubah.
seperti pastinya kematian itu.
aku rindu rumah aku.
rumah yang ada orang yang paling penting dalam hidup.
aku ingin selalu pulang,
sementara mereka masih ada.
selagi aku masih sempat.
mungkin malam yang panjang ini tidak akan habis.
dan siang yang panjang untuk esok aku tidak sempat hadir.
sebab untuk esok.
aku tidak tahu apa berlaku.
Dalam dunia..
walaupun apa pun yang berlaku.
aku harap..
aku boleh lalui dengan tabah.
dengan tenang.
sebab aku tahu aku lemah.
aku harap aku boleh terima kenyataan
walaupun kenyataan itu pahit.
rumah itu dunia aku.

p.s:aku sudah lama tidak pulang.sob3.sob3.sob3
dunia kita tidak sama.
rumah aku ada banyak kucing.
rumah kau ada?
(secara tiba-tiba)






2 bom bom:

pungkar said...

dari bela kucing bek bela kambing....boleh wat rendang raya nanti...haha

:misz kakai khairina :: said...

aku nak bela singa..

Post a Comment