Friday, September 21, 2012

Kenapa masa terlalu sekejap.
Setahun.
Tahun Lepas mesti abang tengah sakit sekarang.
Hilang Darah , patah pinggang.
Semoga abang bahagia di sana.
Adik sayang abang.

Monday, September 10, 2012

1 TAHUN

Kematian adalah rehat daripada kedukaan dunia .

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. 
Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.”
(Al-'Ankabuut:57)

Kenapa harus ada kematian?

Allah mengasihi dia dan mengambilnya lebih awal dalam dakapan kasih-Nya. Allah lebih mengetahui untuk membalas hamba yang dikasihi-Nya, lebih daripada apa yang kita boleh lakukan untuknya, kerana Allah itu M
aha Pengasih Lagi Penyayang yang tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang manusia.

`Jangan dukacita terhadap dunia dan penghuninya, iaitu keluargamu. Gembirakan dengan nikmat syurga, di mana segala kebimbangan akan lenyap. Jangan berdukacita, kamu pasti akan meninggalkannya, padahal ketika itu, iaitu sebelum meninggal, Allah telah pun menenangkan hatinya.''

Tidak mudah mengikis rasa rindu kehilangan orang yang dikasihi. Demikianlah di antara tanda-tanda kasih sayang. Tidak mudah memujuk kesunyian hilang teman, hilang tempat bergurau senda dan mengadu kasih, tempat harapan. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

23 Shawal 1432- 23 shawal 1433 .
Semoga Arwah Khairul A'riffin Bin Mazlan rohnya dicucuri limpahan rahmat dari Allah, dan digolongkan di kalangan orang-orang yang diredhai Allah. Dari Dia kita datang dan dari Dia kita kembali.

AL-FATIHAH

Saturday, September 8, 2012

hanya sekali.
sudah cukup  untuk dijadikan pengajaran.

Saturday, September 1, 2012

Hati orang.

kita percaya seseorang.
kita percaya sangat.
Tapi mungkin kita tak tahu.
Dia orang yang paling kita tak boleh percaya.

Kita rasa orang tak marah.
Tapi mungkin tak sedar ,
mungkin orang tu marah.

Kita mungkin rasa orang tu ,
macam suka dengan cara kita.
tapi kita tak sedar.
mungkin orang tu meluat dengan kita,

Mungkin kita rasa ,
kita dah buat paling baik
tapi orang lain rasa kita buat
macam melepaskan batuk di tangga.

Kita rasa macam orang lain  boleh terima cara kita.
tapi kita tak sedar.
yang itu hanya sekadar kita rasa.



orang lain tetap orang.
orang lain  tak macam kita.
kita mana tahu hati orang lain.
sebab hati dia.
bukan hati. hati sendiri pun susah nak baca.
inikan hati orang lain.
mungkin tu sebab kita hendaklah sentiasa
bersederhana.
rambut sama hitam hati lain -lain.
Kita rasa.kita rasa.
hanya rasa ,
buat semesti betul.
kadang jauh tersasar dari apa kita fikirkan.
Ingat,
orang tak sama macam kita
Kita tak sama macam orang.

renungan untuk diri sendiri.



lastly,
memang betul.
menda ni kita tak jangka