Sunday, January 29, 2012

kawan saya


Saya tahu saya memang panas baran .maksud saya temperature saya memang cepat sikit naik.saya selalu cuba.tapi peneguhan paling saya berjaya saya untuk elak.saya malas nak layan mana-mana pihak,Selain daripada emak saya ataupun mungkin Allah tempat paling tepat untuk mengadu,dalam banyak-banyak kawan saya.ada seorang yang mampu kurangkan meter saya pada paras normal.kembalikan mood saya pada mood asal.kalau tidak seperti mood asal.tapi baik sikit dari sebelumnya.Boleh kembali semula fikiran saya kembali positif.dapat ingatkan saya supaya bersangka baik semula daripada berburuk sangka.Yang boleh turun ego dia untuk meminta maaf walaupun saya buat silap.Yang mampu mengurangkan kesedihan saya bila saya sangat sedih..Yang sentiasa ada untuk saya kalau saya sedih.Yang sudi jawab apa-apa pertanyaan pelik dari saya tanpa rasa bosan.Yang mampu bersabar dengan saya dari pelbagai aspek kelemahan diri saya.yang tak pernah cakap 'bye' dahulu sebelum saya cakap 'bye' bila kami bersua di facebook atau mana2 seangkatannya .dan paling penting ,walaupun apa nasihat dia atau cara dia,saya boleh terima sebab dia langsung tidak melukakan hati saya ,menyebabkan saya sakit hati semula dan sebagainya.tapi saya rasa dia macam malang ada kawan yang entah apa-apa macam saya dengan segala sifat buruk saya :(

kawan yang sebegitu tak semestinya yang berada disekeliling kita.dia boleh berada dimana-mana sahaja.

ps:saya harap-harap bakal suami akan sentiasa maklum dengan saya,dan dapat bersabar dengan saya :)

jadi kepada kawan-kawan saya ,saya minta maaf sangat-sangat sebab selalu sangat melukakan hati kawan-kawan saya dengan sifat saya.maafkan saya sebab tak dapat jadi kawan yang terbaik untuk sahabat-sahabat saya :(

Friday, January 27, 2012

bersedia.


kita selalu mengharapkan yang bahagia dan gembira akan selalu kekal dalm hidup,hidup sampai mati bersama-sama dengan orang yang disayangi dalam hidup.Hidup macam seolah-olah tiada lagi untuk hari esok.Kalau boleh moment kita yang ada dalam diari hidup tiada cacat cela dengan cerita-cerita duka.

kalau boleh,hidup ini macam realplayer,kita edit video bahagian-bahagian sukacita dan sukahati sahaja dan akan direwindkan banyak kali sampai mati.Kalau boleh kita rasa kita nak hidup semati dengan orang -orang yang kita sayang terutama keluarga.Mungkin sebab manusia secara lumrahnya memang mahukan terbaik dalam hidupnya.

tapi kita lupa tak semua apa yang kau rancang itu akan berlaku.Sebab itu semua terpulang pada nasib dan ujian Allah kepada kita.Kita terlupa yang jarum itu akan sentiasa bergerak dari masa ke semasa.dan akhirnya bila sampai ke pusingan yang sama,Ia dah menjadi hari esok ,atau mungkin langit yang cerah dengan kepekatan cahaya matahari bertukar ditemani dengan kegelapan malam diterangi dengan cahaya bulan.

kita terlupa yang kadang kala perkara yang paling kita tidak mahu dalam hidup kita ,boleh berlaku bila-bila masa sahaja.Kun fayakun,bila Allah kata jadi akan jadi.Sepandai mana kita jaga dia,Sesayang mana kita pada dia,Sebagaimana rasa anda yang ada ada untuk dia,Sehebat mana anda menjaga hati anda untuk tidak berduka cita dengan urusan dunia,tapi kita lupa,yang kita hanya merancanga dan Allah yang menentukan.

Oleh itu,ingat dan pesan baik-baik pada hati pada diri yang kita kena bersedia dan hadapi satu kejadian yang mungkin kita tak pernah terfikir atau terlintas langsung dalam hidup kita.Perkara yang kita tak mahu langsung hadapi sebab bila sampai masa kita akan hadapi juga.Sediakan minda,akal,hati dan semua walaupun payah...dan memang sangat payah,tapi kita harus redha.

p.s:cakap memang senang,kau tak rasa ,kalau kau sendiri tak lalui.


Tuesday, January 24, 2012

daydreaming


day dreaming atau bermimpi disiang hari.

sejak 1,2,3,4, hari yang lepas.sejak pukul 4pagi baru tak tutup mata.aku sering bermimpi disiang hari.bukan berangan ke apa.tapi aku bermimpi sampai ke siang.daydreaming yang paling tak boleh blah,aku berhajat nak kurus.kurus sikit je dari sekarang.dalam mimpi hingga ke siang hari itu.Aku jogging 2,3 round taman aku.setiap hari lagaknya dan akhirnya aku boleh kurus.doakan aku kawan-kawan.agar aku tidak hanya bermimpi disiang hari.

untuk kepada sesiapa yang selalu bermimpi disiang hari.janganlah bermimpi kalau kita tiada usaha ke arah itu.sebab apa yang diimpikan itu takkan datang bergolek-golek.mengharapkan bulan jatuh ke riba.tapi kita tak pergi pun ke bulan untuk memetiknya .

dan kepada sang pemimpi-pemimpi sekalian,bermimpi-mimpi disiang hari pun,pastikan jejak bumi dan dialam nyata.dengan kemampuan dan usaha kau walaupun payah,kau pasti boleh buat.contohnya aku bermimpi untuk membeli skyline.itu tolong hindarkan,sebab langsung tidak realistik.

dan setelah anda bermimpi-mimpi disiang hari.jangan terlalu mengharap.kalau tak dapat.taklah sakit sangat nanti.contohnya,aku tak mengharapkan aku dapat 4 rata dalam peperiksaan dalam usaha aku yang ciput.ok,tak lawak.sebab aku tak pernah nak dapat 4 rata pun.

pastikan kita semua dapat bezakan yang nama berlian yang perluan disimpan.dan yang mana sarap yang perlu dibuang.

ps:aku tak suka bermimpi disiang hari sangat.kah3.Aku cuma berharap aku boleh kurus tanpa kawal makan,tanpa perlu berjoging,tanpa perlu kurangkan tidur dan sebagainya. "___"

Friday, January 20, 2012

4bulan


Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati. Sesungguhnya kematian tetap akan menjemput insan untuk kembali kepada penciptaNya. Sekuat mana pun kita lari, sejauh mana pun kita cuba hindari, namun kematian akan tetap mengekori kita. Sampai waktunya dan ketikanya kita tetap akan pergi.

Dearest abang,hari ini genap 4bulan abang meninggal.
masa rasa macam kejap je masa berlalu.
maksudnya dah hampir lebih 120 hari adik tak jumpa satu-satunya saudara sedarah adik.satu-satunya abang dan adik beradik dalam hidup adik.

adik dah kena isi borang posting.
adik harap sangat adik dapat posting balik negeri.
barulah adik dapat jaga emak ayah kita

dari:adikmu jauh dimata dekat dihati.

lepaskan saja.


Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja.

Thursday, January 19, 2012

i'm sorry



Maafkan saya dari hujung rambut ke hujung kaki kalau saya tak dapat jadi seperti yang awak-awak harapkan.

Maafkan saya dari segenap hati saya ,dari hujung rambut ke hujung kaki,kalau saya tak dapat beri seperti yang awak-awak harapkan.

Serius,ikhlas.


Tuesday, January 17, 2012

Bulat.


jangan kerana kau bersahabat baik dengannya.
Maka dengan itu kata-katanya adalah benar-benar belaka.
dan kau terima bulat-bulat.
walaupun kau sendiri tahu hakikatnya.
Jangan kerana kau begitu membenci dirinya.
kau menolak bulat-bulat kata-katanya.
Ini tidak adil untuk dia.dan untuk dia.
Kalau kau hanya dengar sebelah pihak sahaja.
Pleasa jangan cakap banyak.
Buat tambah dosa sahaja.
buat renungan aku ,aku dan aku ,serta kalian diluar sana.

PS:kalau dengar sebelah pihak sahaja.elemen menyelamatkan diri sendiri lebih banyak akan diterapkan.

Monday, January 9, 2012

kepercayaan

aku hampir-hampir percaya pada sesuatu.
tapi aku sedar sebelum terlambat.
dan aku baru sedar.
aku telah mensia-siakan diri aku.
ah,benci sungguh aku pada kau.
Penipu.

p.s:sebagai kawan sejati kau jangan ragut kepercayaan aku.

Sunday, January 8, 2012

orang luar.


orang luar tetap orang luar.
Jangan nak melebih.
Aku tak suka.
sebab aku memang tak akan anggap kau lebih.



definisi orang luar?

Friday, January 6, 2012

jangan nampak




kalau aku boleh pilih.
aku akan pilih untuk tidak mengambil kisah.
tapi sekarang,
pilihan yang ada,
adalah pura-pura tak kesah,
sambil tersenyum riang.
ah,semua orang tak perlu tahu.
cukup sahaja buat senyuman gedik,
semuanya akan tertutup rapat.
simpan kedap-kedap.
Alkisah,pura-pura tak kisah itu amatlah perit.
kau boleh menipu segenap manusia lain.
tapi kau tak boleh tipu diri sendiri.
maka pesan dalam hati.
jangan ambil kisah.
semuanya akan baik-baik sahaja seperti sedia kala.
pekak telinga,butakan mata.
jangan sampai buta hati.
Sakit.

PS:
kepura-puraan yang sakit
dari menjadi identiti seribu dalam seorang.

Sunday, January 1, 2012

duegibuduabelas

Bila masuk tahun,status Facebook masing-masing sibuk nak tulis pasal Azam.Tahun baru,jadi kononnya mahu semangat baru.Azam tahun baru ini,sebenarnya ikut-ikutan,atau memang betul untuk muhasabah diri perkara-pekara yang lalu depands pada individulah.Kalau nak berazam tu,biarlah ikut logik akal dan ikut kemampuan diri,jangan heboh segala bagai,bagai rak atau apa-apa bagai,tapi last-last tak buat langsung dan takde usaha ke arah itu.Tak da hasil takpe,sebab yang dipandang adalah usaha.Apapun azam baru anda,katakan pada diri anda setiap hari,bahawa hari esok lebih baik dari hari ini "__".