Monday, September 26, 2011

surat dari hati khas untuk abang 1

Dearest abang,

adik redha dengan pemergian abang.
cuma teringat kenangan bersama abang.
adik sedih,rasa macam tak percaya.
yang lepas ini,
adik kena membesar seorang.
dengan mak dengan abah.
rasa macam tak percaya.
tapi adik redha.
sebab allah lagi mengetahui sesuatu.

21 september 2011 12.30 a.m
adik tengah buat assignment,rehat sekejap ,teman jaja pergi ambil toto di bilik dia.

21 september 2011 12.52 a.m.
roomate adik kata,handphone banyak kali bunyi,bila adik tengok ada 17 miscall dari busu bermula pukul 12.35.dan massage dari busu pukul 12.42 suruh adik angkat telefon dan suruh bangun.Lepas baca massage,busu call lagi,busu suruh siap cepat,abah suruh busu bawa adik balik,sebab ada hal kecemasan.masa tu adik rasa berdebar sangat-sangat.adik tanya 'Hal kecemasan apa?'busu pun jawab dengan serba salah 'abang accident '.adik dengan keadaan tiba-tiba tak tahu nak buat apa,otak terus jadi kosong.Jaja dengan amani yang tolong kemas barang dan call warden sementara adik tengah siap.

21 september 2011 1.00 a.m
adik siap turun bawah,menyelesaikan masalah hendak keluar malam,pagar tak boleh buka,pak guard tidak beri masuk,pukul 1.30 baru selesai.nasib baik ada encik husin.

21 september 2011 1.30 a.m
bertolak ke melaka.adik diam je dalam kereta,tak tanya busu pun apa yang berlaku,sebab takut dan berdebar sangat.macam-macam rasa ada.adik rasa mesti teruk.adik ada dengar telefon busu bunyi,lepastu busu cakap perlahan-perlahan,adik macam nak tanya,tapi adik takut.adik terus diam dalam kereta sampai tiba di hospital.

21 september 2011 3.00 a.m.
kami selamat sampai di hospital besar melaka.berdebar sangat,tangan rasa sejuk untuk tahu apa yang berlaku sebenarnya.adik sampai wad kecemasan,busu bawa adik jumpa uda dulu.nampak je uda,uda terus lari dekat adik dan terus peluk adik dan bagi pesanan..

'banyakkan bersabar adik,banyakkan bersabar..tahu tak keadaan abang macam mana?'

adik hanya mampu geleng je...

uda sambung lagi ...
'abang teruk sangat,kritikal sangat-sangat,abang naik motor,accident dengan kereta dekat Alai,head injury,doktor kata tiada harapan,tekanan darah dia 4 aje,kalau orang meninggal 3.nak hantar dekat kuala lumpur,tapi tadi baru sahkan,KL tak mahu tanggung risiko..banyakkan bersabar,kita doakan terbaik untuk dia,hidung dia,telinga dia banyak sangat darah,tak henti-henti,kepala dia teruk,tadi jahit-jahit dekat wad kecemasan,lama sangat,sekarang baru masuk ICU'

Uda memeluk,sambil mengusap belakang.

"Mak mana?' adik bertanya lagi.

'Mak ada dengan abang,dalam wad.Uda harap adik kuat lebih-lebih lagi depan mak,mak lemah sangat,dari petang tadi tak nak makan.mak adik hampir pengsan,tadi macam nak pengsan,sampai duduk atas wheel chair.Kalau adik lemah,mak mesti lagi lemah.Jadi adik kena kuat untuk mak adik.'

Bila adik masuk ICU,adik tengok,keadaan abang teruk sangat,dada berombak-berombak,banyak mesin pasang,banyak wayar,telinga dengan hidung kena sumbat sebab banyak darah.adik terus menangis.abah suruh adik cakap dekat telinga abang 'adik dah sampai,abang kuat' adik cium dahi abang,adik pegang tangan abang.rasa sedih sangat.doktor kata tiada harapan,tapi adik harap sangat abang boleh sedar,walau apa jua pun keadaan abang nanti.paling kurang,abang dapat celik mata dari koma.

Bila adik tengok mak sedih sangat-sangat,menangis-nangis adik pun jadi sedih.kami semua tidak putus jaga abang,sedekah yasin ,alfatihah dan kata-kata semangat untuk abang.Adik sayang sangat dekat abang,sebab adik ada seorang abang sahaja......


MATI ITU PASTI.YANG PERGI TIDAK AKAN KEMBALI
Al fatihah untuk Khairul Ariffin bin Mazlan.

Bersambung...



Saturday, September 24, 2011

surat dari hati khas untuk abang

assalamualaikum abang,
alfatihah untuk abang.

Sekiranya kematian itu satu tidur yang panjang,
maka bermimpi indahlah engkau disana...

Sleep
Sleep tonight
and may your dreams
be realize
if the thunderclouds
passes rains
so let it rain
rain down on you

Go on
Sleep like a baby.


Mungkin setelah emosi dan realiti dah berada di level yang sama, dan sedar akan hukam hakam dan ketentuan Ilahi dan apa yang berlaku merupakan keputusan terbaik dari Allah, kita akan dapat meneriman keadaan ini dengan lebih baik...insyaallah.

Kematian menyedarkan saya kepada betapa besarnya Kekuasaan Allah. Dia yang menentukan segala-galanya. Dia mampu melakukannya pada bila bila masa saja......
Adakah kita sudah bersedia?
Adakah kita sudah bersedia?
Allahhuakbar,
Allahhuakbar,
Allahhuakbar,
Sama-samalah kita saling ingat mengingati antara satu sama lain...

Wassallam.

Wednesday, September 14, 2011

kotak fikiran

penat..
serius penat sangat
bila kau kena paksa memikirkan
sesuatu yang diluar kotak fikiran kau.
sampai rasa pengsan.
sampai otak boleh kosong tahap infiniti.
kesian otak terpaksa berkerja keras.
dan dipaksa berfikir sesuatu yang diluar kotaknya.

Saturday, September 10, 2011

merapu:AKAL

Di harapkan semua tindakan atau keputusan difikirkan dengan akal yang waras agar menimbulkan seribu satu kebaikan bukan kemudaratan.Mungkin kebaikannya tidak terzahir sekarang tetapi untuk masa depan.Ingat,akal yang mengawal segalanya.Termasuk hati.Percaya atau tidak,hati sebenarnya turut di di kawal oleh akal.

ps:sehabis fikir.

Monday, September 5, 2011

BUAYA.

Dulu-dulu,
ada orang pesan dengan aku.
Buaya ada banyak.
tapi cukup kalau kenal dua buaya
satu jenis buaya,kita memang boleh nampak dia buaya.
memang terang-terang dia buaya.
memang terang-terang kasanova.
memang terang lagi bersuluh.
ada satu buaya.
kita tak nampak.
nampak macam tak melayan.
tapi cuma nampak.
sekadar nampak.
rupanya hebat gila.
senyap-senyap ja.
tu sebab orang kata
jangan judge by its cover.
dan yang ini paling bahaya.
senyap-senyap..sedar-sedar kena tembak.
tak bestkan kena tembak senyap-senyap?
aku dah lama dah dapat pesanan ni.
aku pun tak tahu napa nak post.
just because je.
tapi,
bukan niat akulah nak scan
mana buaya mana tak.
tapi kalau kantoi nak buat macam mana.

aku berdoa semoga aku jauh dari buaya-buaya
dari dulu hingga sehingga aku mati.
tak kiralah mana-mana buaya.
aku hanya boleh berdoa dan bertawakal aja.
yang lain urusan DIA.
AMIN.

ps:entri tiada kaitan dengan siapa-siapa .hidup gua tak pernah ada kaitan bukan dengan
mana-mana buaya.Buaya ini sebenarnya tak kira jantina.laki perempuan sama sahaja.tak kira sexiestlah kiranya.

Ada sebatang sungai sebelum masuk kampung aku,nama sungai tersebut SUNGAI LUBUK BUAYA.




Saturday, September 3, 2011

simple

manusia memang tidak pernah terlepas menilai sesuatu.cuma,beringat-ingatlah.kita semua manusia ordinari.