Tuesday, June 28, 2011

KIMIA


kadangkala mulut menafikan
tapi perilaku mengiyakan.
kadangkala hati menafikan .
tapi perilaku mengiyakan.
kadangkala hati mengiyakan.
tapi perilaku menafikan.
apa-apapun,
dan
selalunya aku percaya apa yang aku lihat.
hati,mulut,perilaku memang tidak pernah ada kimia.

ps:
tapi kadang-kadang apa yang kita lihat,
apa yang kita anggap memang jauh melencong dari kejadian sebenar.
aku tahu.tapi itu jugak yang aku percaya.
HARI AKU TERNAMPAK 'SESUATU'
DAN AKU MULA PERCAYA.
APA YANG AKU PERCAYA SEJAK DAHULU.



Tuesday, June 21, 2011

150



kita memang suka memang kesimpulan sendiri berdasarkan apa yang kita rasa bukan apa yang bahu yang memikul rasa.

ps:cuba dalami lirik dia..lagu ini tak berkaitan dengan aku pun sebab dalam lirik ni cakap dia kasar.aku kan lemah lembut.haha.gelak guling-guling.

Saturday, June 18, 2011

dunia terbentang luas

Dan kami hamparkan bumi itu dan kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh dan kami tumbuhkan padanya segala macam tanaman yang indah dipandang mata.(Qaaf: 7)

Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda(kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin,dan (juga) pada dirimu sendiri.Maka apakah kamu tidak memperhatikan?(az zariyat:20-21)












lihatlah yang dunia tua.
dan ambillah pengajaran darinya.
mungkin esok lusa,kita tidak berpeluang.
mungkin umur kita tak panjang.
atau umur dunia yang tidak panjang.
atau semuanya ranap akibat tangan rakus manusia

seperti kata farhana sukre 'tadahlah hujan emas dinegeri orang itu kemudian bawa pulang ke negeri sendiri.

p.s:uplod gambar di blogspot amatlah tidak masyuk.untuk melihat lebih banyak gambar sila klik FLICKR

Thursday, June 16, 2011

qoute 1:Tetap ada

Setiap orang telah diciptakan untuk dirinya.mungkin lambat atau cepat.kalau di dunia tidak ada sampai bila-bila ataupun selama-lamanya.yang ada ialah di Syurga Dia.Walau apa pun berlaku,hanya DIA sahaja yang tahu.


Wednesday, June 15, 2011

merapu 2:macam itu

aku tidak macam itu.
untuk yang dulu.mahupun sekarang.
ataupun untuk masa hadapan.
aku berani janji
jiwa aku memang bukan macam itu.
aku tidak akan buat macam itu pada kau.
pada siapa-siapa pun.
tapi.kau macam itu.
dari dulu.yang aku dengar.
dan aku lihat juga.
tapi aku percaya.
manusia boleh berubahkan.
dan aku harap.
kau tidak buat macam itu pada aku,
tapi aku silap.
akhirnya.
macam itu juga aku dapat.
mungkin bagi orang lain.
itu normal.biasalah.
ataupun apa-apalah.
tapi sebab aku tidak macam itu.
aku tidak faham.
kenapa kau macam itu.
serta kau-kau yang lain juga macam itu.
mungkin aku terlupa.
tidak semua orang macam kita.

ps:siapa faham?

Tuesday, June 14, 2011

sang pencinta



konon sayang.
tetap terus di ingatan.
walaupun telah ditinggal-tinggalkan.
sejuta kali dipunah-punahkan.

cinta pada DIA.
di tinggal-tinggal.
di sayang-sayang
bila memerlukan.
mengaku DIA hanya di bibir.
tapi di hati tidak.
jangan mengaku sang pencinta.
kalau tingkahlaku tidak seiringan jalan.

cinta si dia hilang.
kau tersedu-sedan.
menangis bukan kepalang.
tapi bila cinta SI DIA hilang?
ibarat tiada apa-apa berlaku.
dan mengharap
masih ada hari esok.
untuk kau bertaubat.

Sunday, June 12, 2011

filem


aku rasa sekarang
aku macam david teo.
mahu jadi pengarah filem.
kalau aku ada kuasa.
mahu sahaja .
aku cut-cut filem hidup aku
untuk untuk setahun terakhir ini.
macam sunting video guna ulead.
sebab baru aku sedar.
pelakon tambahan tidak diperlukan.
cukup pelakon sedia ada
di samping aku.

ps:jangan pernah menyesal.

Saturday, June 11, 2011

grvyrd

(gambar sekadar hiasan)

hari ini,pakai padini.
esok lusa ,
pakai top shop.
kita milik segala,
sebut sahaja.
semua material kita ada.
prada,rayban,gucci?
petik jari,memang dapat.
hari ini,
'minum petang di starbuck '
kita lupa itu semua nikmat Allah.
kalau DIA tarik,
habis papa dibuatnya.
dan paling kita lupa.
cara kita mati tetap sama.
mati terbaring.
tiada lagi topshop,oldnavy.
dan seangkatan dengannya.
kapan menjadi pakaian rasmi.
tiada lagi mithubishi,mahupun kancil,
yang ada cuma keranda.
apartment mewah.banglo 5 tingkat.
mahupun pondok buruk.
janganlah bermimpi.
itu semua tidak bawa mati.

ps:kita semua mati baring,kalau mati berdiri itu bukan orang tapi pokok

Wednesday, June 8, 2011

merapu 1

walaupun habis kool di lakonkan.
sehabis comel dipamerkan.
tapi setiap sesuatu yang comel dan kool itu.
makhluk tuhan itu masih manusia biasa.
tidak semua keadaan kita dapat
pamerkan apa yang kita rasa.
sebab kadang-kadang.
pura-pura tidak kesah dan tidak tahu.
itu amatlah diperlukan.
walaupun berpura-pura itu memanglah tidak sihat.

p.s:muka yang lagend itu pun boleh ada hati yang kiut kan?

re p.s:aku tahu entri aku memang sampah dan banyak merapu.tapi oleh kerana aku memang idea kontang untuk meletakkan title. aku namakan sahaja sebagai merapu 1.seolah-olah baru festime aku merapu.nak kira balik dari belakang untuk kira rapuan aku ,memang tak laratlahh kan?

Monday, June 6, 2011

mata hati

kalau hati baik.
hati bersih.
kita akan nampak banyak kebaikan.
memerhati menggunakan mata hati.
kalau mata hati bersih.
insyallah.
kita akan melihat banyak kebaikan.
apa yang kita lihat,
bergantung pada diri kita sendiri.

p.s:
ianya memang susah nak memiliki.
nak hati bersih-bersih,aku kena mop selalu.

Wednesday, June 1, 2011

doa#


Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami
sembunyikan mahupun yang kami nyatakan". Engkaulah tuhan yang terdahulu dan tuhan yang
terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul'alamin. Tiada daya dan kekuatan
melainkan dengan Allah"

kita selam dalam-dalam,
fikir baik-baik,
dari mana asal kejadian kita,
dari mana sekalian tubuh kita datang,
apa matlamat hidup kita.