Friday, December 31, 2010

nota hati seorang aku


kadang -kadang aku selalu rasa
aku bukan seorang hamba allah yang baik,
kadang-kadang aku rasa aku jarak denganNYA
Mungkin sebab aku sibuk dengan urusan dunia
aku rasa aku tidak berhak mengimpikan syurga,
sedangkan di dunia fatamorgana ini,
aku banyak lakukan dosa kepada Allah.
ibadat kurang,berdakwah lagi jauh.
bila semua hamba Allah bangun solat sepertiga malam,
aku masih menarik selimut.
ketika hamba Allah yang lain sibuk mendengarkan Ayat suci Alquran,
aku sibuk mendengarkan lagu - lagu tak jejak bumi.
ketika Allah menguji aku,
aku terlalu mudah melatah.

aku bukan anak yang baik,
bukan seorang anak yang soleh dan solehah.
seorang doa anak yang soleh,
mampu membantu ibu-bapanya mendapat tempat di akhirat kelak,
kadang aku rasa,
aku selalu melukakan hati ibu bapaku,
aku susahkan mereka dengan pelbagai karenah,
aku ingkar dan melengahkan apa yang mereka suruh.
aku tidak pernah mengembirakan mereka,
malahan mengecewakan mereka dengan mendapat keputusan yang teruk,
mengecewakan mereka dengan kenakalanku.
aku ingin menjadi anak yang soleh,
menjadi anak yang solehah untuk kedua-dua orang ibu bapaku.
doa anak yang soleh dapat menebuskan dosa ibu-bapa
yang akan masuk kedalam neraka berpindah ke syurga.
aku ingin menjadi seorang anak yang soleh-solehah,
sebab ibu bapa hanya memiliki dua cahaya mata,
tida seperti yang lain,
mempunyai ramai anak yang soleh solehah yang boleh mendoakan mereka,
kalau bukan aku yang membantu kedua-dua ibu bapaku,
siapa lagi?pada siapa yang boleh mereka harapkan selain aku.

aku bukan seorang muslimah,
apatah lagi seorang muslimah yang baik,
bukan seorang yang muslimah yang solehah,
yang tidak pernah membicarakan hal dunia di bibirnya,
yang berpakaian litup,sejuk mata memandang.
yang sentiasa menjaga pandangan mata,
sentiasa menjaga tutur kata.ketika muslimah yang lain,
sibuk melabuhkan tudungnya,
aku masih rasa selesa dengan tudung yang aku sarungkan.
aku bukan seorang muslimah yang baik,
yang mampu menjadi penguat bagi seorang ikhwan.
aku bukan seorang muslimah yang baik,
yang berhak mengidamkan seorang yang soleh dan baik,
yang melebihkan MU dalam segala sesuatu.untuk membimbing aku.

kadang-kadang aku rasa,
aku bukan sahabat yang baik untuk seorang sahabat
bukan seorang rakan sebilik yang yang baik untuk rumetnya.
bukan seorang rakan kelas yang baik untuk classmatenya.
ketika sahabat-sahabat lain sibuk menjaga tutur katanya
untuk menjaga hati seorang sahabat
aku sering menyakiti hati orang lain dengan lisanku.
sering membincangkan kejelekan orang lain.
aku bukan sahabat yang baik,
aku rasa aku tidak pernah membantu sahabat-sahabatku ketika susah,
kadang-kadang aku rasa,
aku terlalu pentingkan diri sendiri.
kadang-kadang bila kita bersengketa dengan sahabat karib,
kita tidak sabar dengan mereka.
marilah wahai sahabat,kita jalan berpimpin tangan.
mengukuhkan lagi ukhwah yang terbina.

aku bukan seorang hamba Allah yang baik,
bukan seorang muslimah yang sejati,
bukan seorang anak yang baik,
bukan seorang sahabat yang baik,
tapi....
aku berusaha untuk menjadi yang lebih baik.
agar hidupku lebih baik daripada semalam.
aku tak layak untuk masuk ke syurgamu,
tapi aku tak sanggup untuk ke nerakamu.
Aku adalah hamba yang mengharapkan belasmu.
jadikan aku hamba Allah yang bertaqwa
ampunkanlah dosa-dosaku,
dosa-dosa ibu bapaku,
dosa umat islam samada yang masih hidup,
mahupun yang telah meninggal dunia.
berikanlah kami petunjuk,
seperti mana orang yang telah kau tunjuki.
Amin

p.s:belog aku dah berusia dua tahun.

Sunday, December 26, 2010

mati

kita sebenarnya sedang tidur,
dan hidup cuma ibarat sebuah mimpi,
dan hakikatnya,
mati adalah hidup yang sebenarnya,
kerana ia kekal sampai bila-bila.
kalau sampai masanya,
kita mati,
maksudnya
kita kembali.
kembali
pada yang pasti.
kembali
kepada realiti.
kembali
kepada 'dunia' yang abadi.


p.s:
aku belum bersedia untuk mati.
maafkan aku,
kalau aku ada melaku dosa terhadap kalian.

Wednesday, December 22, 2010

blind itu buta



orang selalu bilang
cinta buta,Ya
semua orang tahu.

benci itu buta,
ramai tak tahu.
yang buta bukan
cinta,bukan benci,
tapi perasaan.
bila kau terlampau benci,
bila kau terlampau sayang
walaupun salah tapi nampak wajar.
gerhana mentari kau kata malam.
cahaya bulan kau kata siang.

kau suka artis A,
kau puja dia,kau sanjung dia,
suara macam katak,
kau kata suara dia memukau,
kalah Micheal Jackson,
bila masuk akhbar,
kisah sosial dia,
kau tepis jauh-jauh.
konon pelanduk serupa,
walaupun bodoh mana aksi dia.
bagi kau,
sweet macam lolipop,
kau suka lagu dia,
kau pasang volume
macam nak pecah gegendang telinga,
perasan,
macam semua makhluk dibumi,
suka sangat mahu meminjam telinga.

kau benci artis B,
kau kutuk dia,
habis-habis,
dressup die cantik,
kau kata nenek kau lagi cantik,
dia derma satu juta,
kau kata dia nak menunjuk,
kau dengar lagu si B,
kau rasa mahu campak radio,
kau kutuk-kutuk dia.

cinta dan benci ,
boleh sesama membutakan hati,
membutakan mata,
mana manikam,
mana pertama,
kau tak tahu,
kau macam pakai kaca mata gelap,
tak nampak keindahan ciptaan sebenar,
kau tanggal akan dia sebentar,
sumpah kau akan nampak,
langit warna biru,
bukan kelabu.
bush itu kulitnya cerah,
bukan gelap.

p.s:
ada kisah cinta itu buta di sini.
yang bodoh lagi lawak


Friday, December 17, 2010

pasanglah pagar

pasanglah pagar,
yang kukuh dan utuh,
yang tidak akan diceroboh pada mereka yang tidak sepatutnya
pada mereka yang tidak mengerti,
pada mereka yang tidak layak.
pada mereka yang tidak memahami,

pasanglah pagar,
agar kita bisa berdiri dengan gagah,
tidak terjerumus,
tidak terjelepok,
pada yang bukan sepatutnya,
agar kita tidak hilang segalanya,
harga diri,maruah,keimanan,dan kasih Ilahi,

pasanglah pagar jeriji ,
pagar berduri sekalipun,
agar kita dapat lindungi hati,
daripada bisikan syaitan dan iblis,
hendak membina benteng hati,
harus beriman kepadaNYA,
selalu baca membaca Alquran,
tidak lupa solat dan sebagainya.

pasanglah pagar,
kerana ia begitu berharga,
kerana maruah kita,kita sendiri genggam,
kerana benteng hati kita,
kita yang harus jaga,
bukan sesiapa.

pasanglah pagar,
binalah yang utuh,
usahlah terlalu tinggi,
agar kita masih mampu melihat dunia luar,
disebalik pagar..

pasanglah pagar,
agar kita sedar akan janji Allah...
pasanglah pagar,
agar ia tidak begitu mudah di ceroboh...

p.s:jangan bina pagar dari ranting kayu,sebab tak kukuh,hazim pijak je dah patah

ciri-ciri pagar yang kukuh

nota lutut:
jangan mudah tertouching.

Monday, December 6, 2010

hijrah

salam maal hijrah,
'Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka'

sabda Rasullah s.a.w lagi bermaksud.

'Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Mekah,tetapi Hijrah yang tetap ada ialah jihad dan niat untuk berhijrah,dan apabila dipanggil untuk berjihad atau sebagainya,hendaklah kamu bersedia'

Mari berhijrah!



Sunday, December 5, 2010

dinar emas


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham." (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

p.s:simpanlah emas dari sekarang,mungkin ia akan belaku dalam masa terdekat,wang tunai boleh menjadi matawang bagi beberapa buah negara ,tetapi emas boleh menjadi matawang seluruh dunia.Allah juga telah mengangkat martabat emas sebagai barangan yang berharga ,bukan sekadar didunia malahan diakhirat juga.Firman Allah

"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera "-(Surah Al-Hajj:23)

p.s:wallahuaalam,sekadar perkongsian

Thursday, December 2, 2010

tribute khas:peragut

anak muda bernafsukan material,
sanggup buat apa sahaja,
walaupun bukan dari rezeki halal,
kau ragut sana,kau ragut sini,
kau bunuh sana,kau bunuh sini,
kau tamak,kau malas,
sampai nyawa melayang,
kau penyebab,
anak kehilangan ibunya,
suami kehilangan isteri,
muka yang cantik menjadi parut,
anggota yang sihat jadi cacat
masa kau kecik,bila ditanya...
dah besar mahu jadi apa?
kau bagi jawapan,baik-baik sahaja.
kau kata,kau nak jadi doktor,
kau kata kau mahu jadi orang berjaya,
kata kau lagi,kau nak jadi arkitek,nak jadi cikgu,
tapi sekarang,kau meragut,
bahkan,kadang-kadang,kau turut membunuh,
kau tak usaha mencari rezeki yang halal,
kau tak nak jadi tukang kebun,
kau taknak kerja kilang,
kau taknak bercucuk tanam
kau kata tak stendet,nampak tak cool,takde class,tapi...
kau berlagak,tapi kau memang bodoh,
ah...ingatlah wahai anak muda,
walaupun pekerjaan kau,
carilah rezeki yang halal,
jadilah pekerja yang beriman,
wahai anak muda,
insaflah,sebelum terlambat.
kau harapan masyarakat.

p.s:
mari kita meragut rumput dipadang,kata lembu hitam kepada lembu tak berapa nak hitam