Sunday, September 26, 2010

mari bersama-sama



perempuan wajib tahu masak.
perempuan wajib turun dapur.
kalau tak pandai masak,tak boleh kahwin.

ok.perempuan kena perfect segala-galanya.
perempuanlah katakan.
kena pandai masak.
kena tahu buat kerja.
kena pandai mengemas.
kena sopan santun.ayu gitu.

ok.betullah tu.
aku tak cakap salah pun.
andai perempuan teramatlah perfect memenuhi
kriteria2 di atas(bohonglah kalau aku)
lalu
dia meminta seorang suami menjadi imam untuknya.
adakah si suami mampu menjadi imam untuk si isteri?
mungkin ini alasan yang akan diberi:
tidak confident menjadi imam sebab takut
bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah
tajwid atau pun dia merasakan isterinya
lebih handal. Ada yang kata lebih elok
dia dan isteri sembahyang
sendiri-sendiri.
mungkin?

renung-renungkan dan selamat beramal.

p.s:
sorrylah kaum sentuh sensivity kaum.
sekadar renungan.memperbaiki diri.
maka,marilah kita belajar sama-sama.
aku belajar masak.
kau belajar jadi imam.

Friday, September 24, 2010

peraturan mana penah adil.


dunia terlalu kejam untuk kita berjalan sambil menutup mata.
tapi lagilah kejam kalau kita dah tahu.
tapi masih mahu berjalan dengan menutup mata.
peraturan manusiawi memang mana pernah adil.
mungkin adil bagi kau.
tapi tidak adil untuk aku.
mungkin adil untuk aku.
walhal tidak adil untuk mereka.
fikiran aku dengan fikiran kau mungkin tak sama.
masing2 ada kepala masing.
nak puaskan hati semua pihak bukan senang.

so the moral of the story:
hidup sehabis baik.
sebab dalam dunia tanpa sempadan
memang tak pernah wujud menda ini:
Rewind
Play back
Pause
Fastfoward

kalau ada.tak tahulah jadi apa.
entah,
aku tak tahulah aku tulis ape.
macam takde kimia je entry aku.

p.s:
tapi kalau takde peraturan.
memang hancurlah dunia.

Thursday, September 23, 2010

bertatih dengan revolusi

manusia boleh berubah.
mungkin.tapi tak semua.
ada benar2 berubah.ada sekerat jalan.
ada hanya manis dimulut.
macam buat kilang gula dalam mulut.
semua orang boleh berubah.
dulu sekarang lain-lain.
nak berevolusi tak perlulah berlari.
tak perlu pecut 200km/j.
tak perlu laju-laju macam pergi kelas lambat.
perlahan-lahan pun boleh.
perlahan-lahan pun tapi..
janganlah sampai lembap sangat sampai terlepas.
sebab mungkin tiada hari esok untuk kita.
ikut kemampuan.ukur baju di badan sendiri.
kita mesti tahu apa yang kita inginkan
kena tetapkan matlamat.
hati kena tekad.
semangat kena kuat.
tepuk dada,tanya iman.
dalam revolusi.
biarlah bertatih.janji akhirnya
kita boleh berdiri.boleh berlari.

p.s:
revolusi.oh revolusi.
akulah mangsa terkandas ditengah jalan.
tulisan budak di bawah ni pun boleh berubah.
kalau kena cara.





Wednesday, September 15, 2010

raya dulu-dulu vs raya sekarang

raya dulu-dulu,nak tunggu pengesahan raya memang susah..
pegi tgk rumah jiran.radio tiada.tv pun tiada.
sekarang ngadap jela tv lepas maghrib.
pakai hp pun boleh blackberry la.hp ada tv la.
raya dulu-dulu.
bila dah nak habis puasa.
ada malam 7 likur.
semua rumah pakai pelita.
sekarang.rumah semua pakai lampu liplap.
lampu neon kelip-kelip
mak saya cerita.
dulu dia buat sendiri pelita pakai botol esen terpakai.
raya dulu saya boleh je join main mercun.main bunga api.
tgk abang saya main meriam.
tapi sekarang dah besar panjang.
takkan nak buat lagi kot.
raya dulu-dulu
nak dapat baju baru susah.
baju biasa-biasa aja.
nak dapat kasut raya lagi lah.
tapi budak-budak zaman sekarang..
dapat baju baru hampir setiap bulan.
berjenama pulak tu.
so diorang takdelah teruja sangat bab membeli baju baru.
raya dulu-dulu.
hari raya orang buat kuih tradisional.
kuih bahulu.kuih bangkit.kuih koya.halwa maskat.
semprit.dan entah apa-apa lagi.
semua buat.
tapi sekarang.orang hidang kuih almond london.mama carey.
kek coklat.biskut cornflakes.
dah tu semua kuih ,main tunjuk-tunjuk aje.
raya dulu-dulu..
kalau pakcik tu bagi duit raya 10 sen pun sudah main girang.
sebab zaman tu.takde lagi tradisi bagi duit raya.
zaman sekarang.
bila orang bagi rm1.diorang dah tak heran.
diorang bawak duit pergi sekolah pun rm5.oo sehari..
dulu-dulu bila nak sambut raya.
mesti teruja.girang.semua ada.
sekarang dah besar.semua dah rasa lain.
Align Centerzaman dah berubah.dunia dah maju.

p.s:
soalan yang sering orang tanya bila beraya:
Bila la kau nak habis belajar?
jawapan paling sesuai:
dua kali raya makcik/pakcik baru saya habis makcik.
maksud tersirat:
dua kali raya la makcik n pakcik kena hulur:duit raya kat saya.;P

Thursday, September 2, 2010

dunia sekarang


kisah ragam manusia di dunia nak kiamat.
mana-mana ada je mereka..
menari macam orang sakit kaki.
terlompat-lompat macam jalan atas bara api.
menyanyi macam orang melalak.
kadang-kadang macam bercakap.
tak le sedap pun lagu tu.
berhibur macam orang kena sampuk hantu.
iman lebur.fikiran hanyut.
manusia terus hanyut di luar kawalan fikiran yang siuman.
mati kerana hanyut dengan angan-angan.
terlalu asyik dengan khayalan sampai tiada masa untuk beriman.
cuma ada masa untuk gali tanah.
buang bayi.
selepas tu,pura-pura tak salah.

p.s:aku tak tahu nak letak gambar ape.
tu gambar josef stalin.
kejam jugak..keh3.