Saturday, August 28, 2010

entah


jangan ambil kesempatan ..
jangan guna-gunakan aku..
jangan dekati aku sebab sesuatu..
aku tak suka.
pergi jauh..
pergi..
berhenti..berhenti..
sebelum kau dibenci dari sedalam-dalam hati..
segenap-genap jiwa..
sampai bila-bila..

Saturday, August 21, 2010

tiga kali satu


dalam sesetengah situasi
kita selalu nampak salah orang.
tapi salah kita langsung tak nampak.
kita kata orang tu lebih.
tapi diri kita sama je dua kali lima.
silap haribulan lagi teruk pun ada.
kadang bila kita cakap memang tanpa rasa sensitivity.
main cakap.main bedal je.
cakap siang pandang-pandang.
cakap malam jeling-jeling.
kadang-kadang kita cakap lebih dari action.
kadang-kadang bergurau pun ada hadnya.
inikan pula nak melabelkan orang lain.
mungkin sebab masing-masing ada persepsi sendiri.

"Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok),
dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olok) perempuan yang lain, (kerena) boleh jadi perempuan (yang diperolok-olok) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olok). "

kadang-kadang terfikir adakah itu karma?
What goes around, comes around.
atau kita sebenarnya tak cermin diri kita dulu..
Selalunya apa yang kita tak mahu jadi,
itu lah yang akan terjadi. Tuhan nak uji.
Mahu tak mahu, kuat tak kuat,
masa inilah kita tahu.
entah.
aku pun tak tahu.
tak tahu.
tak mahu komen apa2.
sebab kita.
aku,kau,dan anda.
memang selalu buat macam ni.
apa yg berlaku kt sekeliling
kita jadikan panduan
selagi kta boleh elakkan
kita akan elakkan ;)

p.s:
apa yang aku cari.
selalunya lain dengan apa yang aku jumpa.
dan aku akan berhenti mencari.

Friday, August 13, 2010

ramadhan datang lagi


masa cepatnya berlalu..
kini allah bagi lagi ramadhan untuk aku.
masih ingat kenangan puasa masa kecik-kecik.
betapa susah nak bangun sahur.
cengelat sembahyang terawih.
dulu setiap petang bila hampir waktu berbuka
mesti abah akan bawa jenjalan naik motor kapcai
ronda kampung..
jadi..bila masa berbuka taklah rasa lama sangat.
dulu masa kecik-kecik..
suka sangat makan putu mayam..
hari-hari nak makan putu mayam..
sebab kedai tu bukak bulan puasa sahaja.
ingat dulu..
masa mula-mula belajar puasa..
selalu kecek mak nak berbuka..
tapi mak suruh sabar..
dulu belajar puasa dapat upah.
masa kat asrama..
buka puasa dengan kawan-kawan.
dapat aiskrim..
bila buka puasa je..
mesti main cop meja untuk semember..
bawak botol air besar-besar..
nak pau air sirap dewan makan..
ramadhan kini kembali lagi.
aku masih diberi kesempatan ..
dan aku tidak pasti ia sampai bila.
ramadhan adalah bulan umat islam.
yang ada segala kebaikan.
yang ada lailatul qadar.
yang ada nuzul quran.
ramadhan patut menyedarkan kita.
yang kita ini hanya seumpama sebutir debu.
ramadhan ini akan pergi.
semoga aku dapat berjumpa dengannya kembali..
semoga ramadhan ini lebih bermakna.=)

p.s:
mak aku dah ada blog..
ramadhan janganlah pergi..
aku suka sebab waktu kuliah jd singkat.
hehe

Sunday, August 8, 2010

kita semua ada

siang tadi..
aku pergi rumah orang kurang upaya.
aku tengok..
mereka masih terurus..
masih boleh hidup berdikari.
masih ada ibu bapa yang akan berjumpa dengan mereka.
sebab mereka di sana masuk berbayar..
mereka cuma duduk asrama..
belajar cara hidup berdikari..
datang untuk dipulihkan..
mungkin kehidupan mereka tidak macam
rumah titian kasih yang aku pergi dahulu..
handphone canggih je..
flip lagi..

siang tadi..
aku rasa bersyukur aku manusia normal..
walaupun aku tidak sempurna orang lain..
tapi paling kurang..
aku boleh hidup berdikari..
boleh tengok dunia..
boleh berlari..
boleh berjalan..

siang tadi..
saya jumpa Mas..
Mas cakap dia suka faizal..
faizal dah keluar dari situ..
sebab dah berjaya dipulihkan
Faizal dah balik rumah..
faizal dah takde datang tengok dia lagi
Dia kata Faizal handsem..
Selepas itu..
Mas pun mula buat muka touching..

Siang tadi..
tiba-tiba teringat cerita Yana
Yana yang hidup dia berubah 100%
lepas dia terjun bangunan 2 tingkat.
sebab putus cinta masa umur dia 18 tahun.

siang tadi.
saya jumpa ramai orang..
saya jumpa Kak Asmah..Jumpa Manja..
walaupun dia nampak zahir tidak serupa dengan kita.
dengan kelainan upaya mereka..
walaupun mereka seperti kanak-kanak
yang tidak boleh hidup berdikari..
yang masih buang air merata..
tapi mereka masih ada hati..
masih ada perasaan..
sebab mereka itu manusia..
sama macam aku,sama macam anda,
dan sama macam kita.

siang tadi,
mereka sangat seronok..
mereka nyanyi..
mereka ketawa..
mereka nampak riang..
itu kehidupan mereka sebelum Jam 1.
selepas Jam 1..
ketika kami pulang.
kehidupan mereka kembali normal.
Ada yang melalak.
ada yang touching.
ada yang tidak kasi pulang.
sebab selepas ini..
mereka akan menunggu..
menunggu ada ibu -bapa yang melawat mereka.
menunggu ada adik beradik yang menjemput mereka.|
ada tetamu yang gembirakan mereka..
hingga hari ahad.
habis hujung minggu..
mereka berhenti menunggu..
dan bila minggu hadapan..
mereka menunggu lagi..
*what about anger, love and pain..
and all the things you're feeling
can you touch them with your hands?
so are they really there?

let's start question in ourselves
isn't this proof enough for us*

credit for maher zain for open your eyes song..

p.s:
berjalan ,melihat,mentafsir
di jalanan..
kadang2 niat kita hendak bergurau.
tapi gurauan kita kasar.
sampai melukakan hati org..
mungkin orang tu cakap
dia tak kesah..
tapi macam mana dia betul-betul kesah?
Gambar tiada kena mengena dengan entri.

Thursday, August 5, 2010

rumah itu rumah aku

rumah itu.dunia aku.
kisah aku.semua tersimpan rapi disana.
rumah aku dunia aku.
ibu bapaku adalah syurgaku.
mungkin rumah aku tak macam rumah orang lain
rumah aku tiada astro.
tiada tv plasma.
tiada macam-macam.
tapi aku suka rumah aku.
sebab itu syurga aku.
kalau boleh
aku tidak mahu cemburu dengan duniawi orang lain
rumah aku sumber ketenangan.
aku hidup aman-aman di sana.
aku dibesarkan disitu lama.
mungkin kamu kata,
rumahku tidak best.
tapi itu rumah aku.
bagi aku ia tetap best.
mungkin rumahku sunyi.
sebab tiada orang.
tapi aku dah biasa dengannya.
semuanya lengkap.
aku ada ibu -bapa,abang yang menyayangi aku.
perhatian,kasih sayang aku dapat.
rumah yang indah itu
menjadi tempat yang nyaman bagi aku.
dan aku pasti.
kehidupan sentiasa akan berubah.
dan pasti berubah.
hidup itu pasti akan berubah.
seperti pastinya kematian itu.
aku rindu rumah aku.
rumah yang ada orang yang paling penting dalam hidup.
aku ingin selalu pulang,
sementara mereka masih ada.
selagi aku masih sempat.
mungkin malam yang panjang ini tidak akan habis.
dan siang yang panjang untuk esok aku tidak sempat hadir.
sebab untuk esok.
aku tidak tahu apa berlaku.
Dalam dunia..
walaupun apa pun yang berlaku.
aku harap..
aku boleh lalui dengan tabah.
dengan tenang.
sebab aku tahu aku lemah.
aku harap aku boleh terima kenyataan
walaupun kenyataan itu pahit.
rumah itu dunia aku.

p.s:aku sudah lama tidak pulang.sob3.sob3.sob3
dunia kita tidak sama.
rumah aku ada banyak kucing.
rumah kau ada?
(secara tiba-tiba)






Sunday, August 1, 2010

minta jauhkan.


hidup jangan ada hasad dengki.
hasad dengki tu macam
api yang akan membakar segala kebaikan.
kerana dengki
syaitan menggoda adam
sehingga terkeluar dari syurga.
kerana dengki pembunuhan pertama di dunia wujud.
pujangga arab ada cakap:
'orang hasad dengki takkan senang hidupnya'
bila kita dengki dengan orang
kita takkan nampak kebaikan dia
kita takkan dapat terima kenyataan
kita akan sentiasa cemburukan dia.
bila ada hasad dengki
kita taknak tgk semua orang lebih dari kita.
itu semua rezeki.
dah rezeki dia kat situ.
mungkin rezeki dekat lain.
kita kena bersihkan hati.

contoh-contoh situasi hasad dengki:

'ooh,kenapa adik aku lagi handsem dari aku?
kenapa?kenapa?'
(semuanya sama di sisi allah,yang penting amalan)

'kenapa pointer dia lagi tinggi dari aku?
kerja buat last minute,assignment buat cincai,
study pun last minute.aku penat study susah -susah,
buat assignment sungguh-sungguh,tapi masih tak mampu
nak lawan dia..kenapa..kenapa?.
(itu semua rezeki,nasib,kita mana tahu cara dia study, mungkin dia lebih keberkatan dari allah,sebelum periksa solat tahajud 4jam ke,mana kita tahukan?mungkin kita mengharapkan lebih daripada kita memberi.mungkin kawan kita tu tak kedekut ilmu,suka ajar orang,fokus dalam kelas, cepat pickup,dan sebagainyalah..anything happen must be reason. tiada yang mustahil dalam dunia.dah jawab,dah usaha,tawakal sudah)

'kenapa edward cullen tak pilih aku jadi awek die?
padahal aku lagi warak,lagi baek,lagi solehah ,
lagi cun dari awek dia sekarang.
kenapa.kenapa?

(edward cullen tiada di malaysia tu sebab dia tak pilih kita)


entri tiada kaitan antara hidup atau mati.
untuk renungan bersama
dan untuk sesiapa sahaja.
kita semua tergolong dalam golongan
'sesiapa sahajakan?'
anda,saya dan kita.
semoga kita dijauh dari perasaan hasad dengki'
amin.
"Allah itu baik dan Dia amat suka orang yang baik"