Wednesday, May 26, 2010

maaf.


Maaf.aku kadang-kadang tak tahu apa nilai kemaafan.
maaf tu lagi mahal dari kereta bmw X6 kan?
dulu masa kecil-kecil.kita hanya minta maaf bila hari raya.
bila lawan cakap emak.bila kena marah dengan cikgu dengan sekolah.
bila kena marah dengan ayah.bila gaduh dengan kawan.
bila hari ibu atau hari bapa,
kita buat kad ‘mak,maafkan saya,saya sayang emak’.
lepas tu,kalau ada orang minta maaf dengan kita.senang je kita maafkan dia.
dan selepas itu kita tidak ingat lagi kesalahan dia.
tapi bila sudah besar.bila semua sudah berubah.
aku sendiri tidak tahu dan tertanya-tanya apa nilai sebuah kemaafan.
kita sendiri susah hendak minta maaf.
masing-masing tidak mahu mengalah.
selagi masih ada ego,selagi itu kita tidak maafkan dia.
walaupun kita sudah kata kita sudah maafkan dia.
tapi kita mesti ingat apa yang dia buat dekat kita.
kita mesti tidak boleh lupa seumur hidup.
kalau macam itu di kira kemaafan ke?
Maaf itu,satu perkataan yang mudah.
tapi susah hendak diluahkan.
dalam kehidupan seharian kita,
kadang-kadang tanpa kita sedari.,
kita sering melukakan hati orang2 disekeliling kita.
Cukupkah sekadar dengan sekadar mengucapkan MAAF? Terubatkah hati2 yang kita lukakan?
cukup sekadar minta maaf,kita boleh ke maafkan dia?
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana Allah sahaja yang Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati.
mungkin kekadang dalam sesetengah situasi kita terlalu emosi
dan tidak sedar yang kita mungkin juga membuat kesilapan.
orang kata memberi kemaafan ,lebih baik daripada meminta kemaafan.
tapi mampukah kita jadi Sebaik itu.
siapa kita yang tidak memaafkan orang lain.
padahal rasullah sendiri memaafkan umatnya,
aku selalu dengar
Andai MAAF itu MUDAH, tentu dunia ini sepi dari segala sengketa....
Andai lafaz MAAF itu MURAH, tentu peperangan tidak wujud....
MAAF memang MUDAH....
Juga tidak memerlukan apa-apa KOS untuk diluahkan....
Cuma kadang-kadang manusia sahaja yang menganggapnya begitu....
Ikhlaskan hati untuk memohon sebuah KEMAAFAN....
Agar hidup dalam keadaan tenang & diredhai ALLAH SWT....


p/s:sekadar motivasi diri.tapi mampukah kita?



Thursday, May 20, 2010

selalu ingat-ingat..



Selepas ketawa, pasti menyusul air mata.
Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma.
Selepas Allah berikan kita gelap pasti akan datang terang.
Allah memberikan kita terang… untuk bersyukur.
Allah berikan kita gelap… untuk bersabar.
kadang- kadang Allah beri kita hujan..kita tanya di mana matahari
Rupa-rupanya Allah nak bagi kita melihat pelangi
Kadang-kadang Allah beri kita malam yang pekat..kita tanya di mana bulan:5:
Rupa-rupanya Allah nak beri kita melihat bintang..
Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita.
Allah patahkan hati kita untuk kuatkan diri kita.
Allah berikan kita sakit untuk kukuhkan jasmani kita
kerana Allah amat sayangkan kita

Tuesday, May 18, 2010

try to be optimist


Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

Kurangkan merungut.maksud aku merungut ,merengus yang over terlampau,
over dos terover-over ++ +.
sampai orang naik bosan.
silalah bertukar menjadi seorang manusia yang cool dan optimis 24 jam.
kalau tak dapat 24 jam..12 jam pun kira oklah.
janganlah asyik nak merungut sampai orang lain naik bosan dan menyampah.
Aku pun kekadang selalu jugak merungut tapi agak-agaklah.
dan aku akan cuba untuk kurangkan.
lagipun kalau kita asyik merungut pasal benda kecik-kecik pun bukannya dapat pape.
buat hati tambah panas je adalah.Sebab kita memang kena menghadapinya pun.

Kurangkan aje.kalau nak berhenti terus macam musykil sangat pulak.
Sebab itu kena berusaha untuk cuba kurangkan merungut.

p.s:esok aku exam.good luck utk diri sendiri

Tuesday, May 11, 2010

kiri dan kanan


Aku selalu dengar orang cakap..
jangan pandang belakang…
terus pandang depan..
memang betul..aku sangat sokong…
tanpa sebarang konspirasi..
tapi..dalam sesetengah situasi..
yang aku sendiri tak tahu
bagaimana hendak mengkonklusi..
aku tak boleh pandang belakang..
aku tak boleh pandang depan..
aku kena pandang semua sudut..
kiri dan kanan..=(

p/s:Orang yang kuat bukan mereka selalu menang.
tetapi mereka yang masih kuat walaupun mereka telah jatuh..

Sunday, May 9, 2010

dia yang istimewa.


dia memang istimewa.
saya sayang dia.
dia yang saya maksudkan ialah emak saya
sayang sangat-sangat.
saya tahu..kalau emak saya tiada ..
tiada orang yang akan sayang saya macam mana dia sayang saya.
tiada orang yang jaga saya macam mana dia sanggup saya
tiada orang yang sanggup layan saya macam mana dia layan saya.
tiada orang yang akan menerima saya seadanya macam mana dia menerima saya adanya.
dia takkan tinggalkan saya walau apa jua keadaan
kecuali Allah menarik nyawa salah satu dari kami bila sudah sampai masa kelak.
bila tiba saat itu.
saya tidak tahu apa yang berlaku pada saya.
bagaimana saya harus menghadapi dengannya.
sebab dalam dunia saya.saya hanya ada ayah dan emak saya sahaja.
saya masih ingat lagi masa saya naik cable car dekat langkawi.
emak saya memang gayat.dia memang cakap.dia memang tak nak naik cable car tu.
saya tahu dia memang gayat.kalau dia naik jejantas atau bangunan tinggi pun dia takut.
inikan nak naik cable car yang teramatlah curam+tinggi+gerun.
mula-mula dia kata dia tak nak naik.dia hendak tunggu dekat bawah sahaja.
pastu tetiba je ..bila dah sampai dekat kaunter tiket.
dia hendak ikut sama.saya pelik.ramai juga pelik.semua orang pelik.
dan saya mak cik saya tanya.
"kenapa tiba-tiba nak naik"?
lepas tu..mak saya cakap:
'tak sampai hati hendak biarkan saya naik.dia tak sedap hati.dia kata kalau tiba-tiba berlaku sesuatu kat saya .dia takut dia akan menyesal seumur hidup.dia rasa tak sedap hati.dia kata atleast,kalau dia temankan saya,kalau berlaku pape dengan izin tuhan terhadap saya,sekurang-kurang dia sentiasa bersama saya,dan apa yang saya rasa,dia akan rasa juga'
lebih kurang macam nilah.saya pun tak ingat sangat.sebab dah lama.masa tu disember 2007.
sedih masa dengar mak saya cakap macam tu.
mak saya selalu cakap:
'anak mak tak banyak,anak mak ada dua je.anak perempuan mak pun tak ramai,hanya ada saya seorang sahaja,tak macam orang lain.yang ada ramai anak.
yang ada anak perempuan ramai,3-4 orang......
mak tak mahu tengok saya sedih-sedih,sakit-sakit...dan seterusnya banyak lagi dia nasihat..'

she love me like no others.
There is no love, like my mother's love
without you, there would be no me
Without you, I would be lost
Without you, there would be an empty space
The thousands of things you did for me
I'm so glad you're my mother
Thankyou for being there when I needed you
Thank you for believe me
Thank you For being the one person I could trust
No matter what, no matter where
But most of all thank-you for being you,my mom



p/s:dia hanya anugerah dan pinjaman daripada Allah
selagi dia mahu memberikan pinjaman kepada kita.
selagi dia masih ada.
hargailah dia.
kenanglah jasa mereka.
doakan kesejahteraan mereka sentiasa.Amin.

Friday, May 7, 2010

we are the world

ini lirik lagu ye:
There comes a time when we heed a certain call
When the world must come together as one
There are people dying
and its time to lend a hand to life
There greatest gift of all

We cant go on pretending day by day
That someone, somewhere will soon make a change
We are all a part of Gods great big family
And the truth, you know,
Love is all we need

We are the ones, we are the children
We are the ones who make a brighter day
So lets start giving
Theres a choice we're making
We're saving out own lives
its true we'll make a better day
Just you and me

Send them your heart so they'll know that someone cares
And their lives will be stronger and free
As God has shown us by turning stones to brend
So we all must lend a helping hand

We are the ones, we are the children
We are the ones who make a brighter day
So lets start giving
Theres a choice we're making
We're saving out own lives
its true we'll make a better day
Just you and me

When you're down and out, there seems no hope at all
But if you just believe theres no way we can fall
Let us realize that a change can only come
When we stand together as one

We are the ones, we are the children
We are the ones who make a brighter day
So lets start giving
Theres a choice we're making
We're saving out own lives
its true we'll make a better day
Just you and me


p/s:tengok tajuk belog aku boleh berlari-lari ala2 2.4km gitu

Wednesday, May 5, 2010

2nd tag

1. adakah anda rasa hot?
hot?sekarang taklah.tadi masa cuci kolam dan mencangkul hot lah sebab panas terik =)

2. upload wallpaper laptop yg anda gunakan sekarang & berikan sebab

tak de reason la.maybe sebab design dia polkadot kot.


3. kali terakhir mkn pizza
last month.buat delivery domino piza dengan tika,acik aina dan uzma.

4. lagu terakhir anda dengar
lagu blog aku =).
ramai yang cakap best (bangga diri).
walaupun seorang budak cakap lagu ni buat dia nak tidur.

5. apa anda buat selain menyelesaikan tag ini?
try betulkan external aku.entah hape-hape.dia tengah demam.kesian external aku

6. selain nama sendiri anda dipanggil dgn nama apa?
kakai(nama ex facebook).kai.ina(auw..sopan gitu.haha).adik(opsss)

7. tag lagi 4 orang

1. kecut perut.
2. acik aina
3. ain
4. sakinah

8. berikan 5 perkara yg anda tahu tentang org yg mengetag anda

-budak kelas G.
-dia budak ganu.
-dia ada kamera dslr.
-dia suka katak
-dia cakap dia hendak duduk luar tahun depan.haha

p/s:piqa ..dah jawab dah.second tag.u macam tahu je i tengah bosan.wee~


Tuesday, May 4, 2010

tinggal satu-satu


tinggalkan satu-satu.
mesti bolehkan.
boleh punya.kalau kita usaha.
walaupun ambil masa.
nanti bila dah tinggalkan satu-satu.
baru boleh tinggalkan semua.


*yakinnya kau*

mestilah.kita kena yakin.
tapi kena buat sikit-sikit dulu.
jangan paksa diri.
“Sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit,
sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.”
kan kita sudah biasa dengar pepatah ni.

kalau orang merokok pun.
diorang pun kena tinggalkan sikit-sikit dulu.
mana boleh drastik
lepas tu.
barulah tinggalkan tabiat tu.

aku kena tinggalkan satu-satu dan sikit-sikit:
sifat study last minute.

Maaf.
Walau lewat tapi belum telat.
Sebenarnya aku.
Sudah penat
entah hape-hape


p/s:
tula sebab aku tak study.
kalau study pun sikit-sikit.
sebab pegang konsep jangan paksa diri dan
sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
aku kan malas baca buku.
aku kena tinggalkan satu-satulah .ayuh.




Saturday, May 1, 2010

pilihan


hidup menuntut kita buat pilihan.
pilihan hidup masa kita susah.pilihan kita tidak banyak.
pilihan hidup masa kita senang.pilihan kita terlalu banyak.
sampai tidak tahu hendak pilih yang mana.
setiap hari kita perlu membuat keputusan.
hendak pilih baju.
di kedai makan.
di kedai kasut.
memilih jalan.
memilih makanan.
hidup memang menuntut kita buat pilihan.
terpulang pada kita.
hendak pilih yang mana,
dah pilih yang kita tawakal sahajalah.
semoga ada hikmah di hujungnya.
walau apa pun jalan yang kita pilih.
kita harus bersiap sedia dengannya.
kita harus menghadapi sebarang kemungkinan yang ada.
sebab jalan tu.kita yang pilih sendiri.bukannya orang lain.
sori aku memang tak pandai menulis.
tak pandai berkata-kata.

p/s:
kadang kadang untuk membuat pilihan dalam keadaan yang senang itu lagi sukar jka dibandingkan apabila kita ingin membuat pilihan pada waktu susah. pada ketika susah, hati kita cukup redha dengan apa pun pilihan yang ada, kerana kemahuan hati telah ditutup dgn ‘kekurangan’ dan rasa syukur..tetapi pada waktu senang, nafsu biasanya mendahului akal untuk membuat keputusan.