Friday, August 28, 2009

PONDOK KECIL-sebuah cerita dikala aku zaman muda..

PONDOK KECIL

Aku berasal di sebuah kampung yang hulu di kawasan pendalaman Kawasan yang jauh dari hiruk-pikuk kota dan aman sekali.Kawasan yang mempunyai kawasan tanaman padi yang terbentang luas.Setiap petang,aku akan menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan tuhan ini dengan bunyi –bunyi kicauan burung.
Kini,kedatanganku ke ibu kota adalah untuk menuntut ilmu sekaligus ingin meneruskan cita –cita untuk menggenggam segulung ijazah.Aku ingin membantu ibuku dan adik -beradikku yang susah dikampung.Ibuku adalah seorang ibu tunggal yang telah kematian suaminya 10 tahun yang lalu ketika anak-anaknya yang kecil masih memerlukan kasih sayang seorang bapa. Aku sebagai anak sulung harus belajar bersungguh –sungguh untuk mengubah nasib kami kelak.Ibuku hanya bekerja sebagai menuai padi di kampung .Sebagai anak sulung dalam keluarga aku faham untuk membesarkan lima orang anak yanng sedang membesar oleh seorang ibu tunggal adalah sesuatu yang sukar.Apatah lagi,dahulu ayahku hanya bekerja sebagai penoreh getah sahaja.
Dari kecil.aku dan adik –beradik yang lain sudah biasa hidup dalam kesusahan.Kami hanya tinggal di sebuah pondok buruk di tepi pantai.Kadang –kala,pondok yang kami diami hampir roboh dek ditiup angin yang kuat.Di pondok kecil itulah aku belajar di dalam kegelapan malam hanya berbekalkan lampu pelita.Di pondok kecil yang serba kekurungan itu,aku masih teringat ,setiap pagi harus pergi mengisi air di dalam timba dari perigi yang berdekatan untuk keperluan harian kami seperti mandi,memasak dan sebagainya.Ibuku selalu berpesan ,walaupun kita hidup serba kemiskinan ,kita harus sentiasa mengingati Allah yang maha esa serta nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad.
Berkat kesungguhanku serta iringan doa daripada ibuku,akhirnya aku bersyukur kerana aku mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sehingga melayakkan aku melanjutkan pelajaran di menara gading.Ketika keputusan peperiksaan diumumkan,aku melihat ibuku gembira bukan kepalang.Ibuku memeluk erat diriku.
Aku bertekad untuk belajar bersungguh –sungguh untuk mengubah nasib kami,aku ingin menjadi sebutir intan yang bersinar dalam keluargaku supaya keluargaku tidak bisa hidup susah lagi dan tidak lagi duduk di pondok kecil itu.Cukuplah keperitan yang kami alami selama ini,aku tidak mahu keluargaku dibelenggu kemiskinan buat selama-lamanya.Aku ingin memberikan kebahagiaan untuk ibuku sebagai tanda kasih suci seorang anak kepada ibunya.