Friday, January 27, 2012

bersedia.


kita selalu mengharapkan yang bahagia dan gembira akan selalu kekal dalm hidup,hidup sampai mati bersama-sama dengan orang yang disayangi dalam hidup.Hidup macam seolah-olah tiada lagi untuk hari esok.Kalau boleh moment kita yang ada dalam diari hidup tiada cacat cela dengan cerita-cerita duka.

kalau boleh,hidup ini macam realplayer,kita edit video bahagian-bahagian sukacita dan sukahati sahaja dan akan direwindkan banyak kali sampai mati.Kalau boleh kita rasa kita nak hidup semati dengan orang -orang yang kita sayang terutama keluarga.Mungkin sebab manusia secara lumrahnya memang mahukan terbaik dalam hidupnya.

tapi kita lupa tak semua apa yang kau rancang itu akan berlaku.Sebab itu semua terpulang pada nasib dan ujian Allah kepada kita.Kita terlupa yang jarum itu akan sentiasa bergerak dari masa ke semasa.dan akhirnya bila sampai ke pusingan yang sama,Ia dah menjadi hari esok ,atau mungkin langit yang cerah dengan kepekatan cahaya matahari bertukar ditemani dengan kegelapan malam diterangi dengan cahaya bulan.

kita terlupa yang kadang kala perkara yang paling kita tidak mahu dalam hidup kita ,boleh berlaku bila-bila masa sahaja.Kun fayakun,bila Allah kata jadi akan jadi.Sepandai mana kita jaga dia,Sesayang mana kita pada dia,Sebagaimana rasa anda yang ada ada untuk dia,Sehebat mana anda menjaga hati anda untuk tidak berduka cita dengan urusan dunia,tapi kita lupa,yang kita hanya merancanga dan Allah yang menentukan.

Oleh itu,ingat dan pesan baik-baik pada hati pada diri yang kita kena bersedia dan hadapi satu kejadian yang mungkin kita tak pernah terfikir atau terlintas langsung dalam hidup kita.Perkara yang kita tak mahu langsung hadapi sebab bila sampai masa kita akan hadapi juga.Sediakan minda,akal,hati dan semua walaupun payah...dan memang sangat payah,tapi kita harus redha.

p.s:cakap memang senang,kau tak rasa ,kalau kau sendiri tak lalui.


0 bom bom:

Post a Comment