Sunday, December 25, 2011

Mate and Fate


Jodoh,satu yang kita sendiri susah nak cakap.sebab itu semuakan kuasa Allah.Ada yang cinta bagai nak rak.tapi,akhirnya kahwin dengan orang lain juga.Ada yang tak bercinta langsung,tapi akhirnya bahagia selamanya.Ada yang saling mencintai,tapi tak direstui ibu bapa.Ada yang saling menyintai,tapi 'tidak berkemampuan dan tidak boleh ' untuk memilih beliau sebagai calon dengan alasan tertentu.Yang ini ,mungkin sukar di fahami sikit kot.

Hari ini kita janji bersumpah setia sehingga ke akhir hayat,tapi esok bercerai berai,siapa tahu.Hari ini bermanis mulut,tapi esok pasang spare part satu team bola sepak.sejauh mana cinta kita,sedalam mana rasa cinta tapi kalau takde jodoh memang tak kemana.Noktah hanya sekada disitu.memang pada mulanya sakit,tapi itulah takdir Allah man kita tahu.Sedangkan sebenarnya Allah sedang menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Kadang-kadang ,Kita planned segala bagai,dah restu,dah beli hantaran ,tengah buat kenduri,tiba-tiba pengantin laki meninggal entah apa-apalah menyebab dia meninggal barangkali eksiden,sakit jantung,kena pijak semut atau apa-apa jela yang menyumbang kepada maut,siapa tahukan?Nauzubillahminzalikh ,semoga kita semua jauh darinya.Tak payah cerita pasal meninggal mati dan sebagainya.zaman sekarang banyak aje yang tiba-tiba salah satu pihak minta putus di saat akhir.

Kita kena ingat ,kita merancang dan Allah juga merancang dan sesungguhnya rancangan Allah itu maha hebat.contoh-contoh di atas ni merujuk kepada kita sendiri tak tahu siapa sebenarnya jodoh kita sebab ia telah ditetapkan oleh Allah.Jodoh tu tentang rezeki,Sebab tak semua memiliki jodoh dan yang memiliki jodoh itu pun belum tentu kekal abadi.Walaupun begitu,kita harus berusaha sebab ianya tidak akan datang bergolek apa yang penting.

"Barangkali kamu membenci sesuatu sedangkan ia adalah baik buat kamu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu sedangkan ia adalah buruk buat kamu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".

Mungkin kita terlalu terlalu sayangkan seseorang hingga setengah mati dan berjanji untuk hidup semata atau keinginan untuk memiliki itu terlalu tinggi .Tapi kita terlupa Dia sentiasa ada untuk kita.Dia sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita.Dan yang terbaik untuk kita tentulah Doa.Kadang-kadang ,kita terlalu finatik akan sesuatu ,berduka cita berlebihan tapi kita lupa Allah tahu yang terbaik untuk kita.Mana tahu ,Allah telah menyediakan pelangi indah yang lebih baik dari yang dahulu.

Setiap orang mesti pernah rasa 'masalah hati'.Masalah terbesar yang dimiliki oleh individu.Masalah ini sebenarnya akan selesai kalau kita sendiri mengawalnya.Yang penting kita kena kuat semangat.Walaupun sesayang mana dia dekat saya atau sesayang mana saya pada dia,barangkali separuh mati ,sehingga seolah-olah mata saya hanya nampak dia yang terbaik,tapi saya akur kami tiada jodoh.Saya sendiri tak tahu dimana silapnya.Mungkin terlampau main tarik tali,atau ego yang memisahkan kami.Entahlah ,waallahualam.Ketika saya ada untuk dia,dia takde untuk saya,ketika saya takde untuk dia,dia ada untuk saya.Akhirnya kesudahannya hanyalah begitu.Pada mulanya memanglah perit dan mengubatinya.Ubat hati ,mana ada jual dekat farmasi,mana ada doktor pakar dari jurusan dublin dan sebagainya.Yang hanya adalah Allah yang maha hebat.

Pada ketika itu,saya sentiasa kuatkan semangat saya,pesan baik-baik pada hati."Tolong kuatkan semangat,dia bukan terbaik untuk kau,usah menyesal dengan apa yang berlaku,sebenarnya kami tidak bersatu bukan kerana ego tapi mungkin kerana kami tiada jodoh ,ego itu hanyalah penyebab kepada kami tiada jodoh,sebab Allah sahaja yang tahu rahsia yang tersirat dibalik ini.ah,mana tahu kalau aku bersama dengan dia ,aku tak bahagia akhirnya.?itulah sebabnya Allah tidak menjodohkan aku dengan dia ".

Mungkin ,kata-kata semangat untuk diri saya sendiri ini amat kelakar ,tapi dengan kata-kata inilah yang melepaskan saya dari angan-angan mimpi.dan sekarang ,saya makin kuat semangat dan tekad kerana sudah terbukti saya tidak boleh memilih dia.Hal ini,tak payah cerita sangatlah.Cuma,kalau kita berusaha,berdoa,ikhlas ,walaupun susah payah pada awalnya ,nanti allah akan ada cara untuk memudahkannya.Kalau ada jodoh adalah,kalau takda jodoh ta kemana.

Arr..gua malas nak komen lebih.Cerita pasal jodoh 365 hari siang dan malam pun takkan habis.Sebab benda tu tak nampak.ah ,pasal jodoh esok-esoklah kita cerita.Semoga kita semua bertemu dengan jodoh yang yang baik,yang boleh menemankan kita sepanjang hidup dan meningkatkan cinta kita kepadaNYA.



5 bom bom:

Bisikan Rahsia said...

menyerap dlm saraf...
*tp udin seram tgk gmbor tu*

khalila said...

insyaAllah... soal jodoh memang susah kita nak tafsir. becinta 5, 6 taun, last2 kawen dgn org yg baru kenal seminggu. sapa tau kan? tu kuasa Allah. InsyaAllah semoga kita bertemu jodoh yg terbaik buat kita. Jodoh yg terbaik x semestinya seseorang yg sempurna, tetapi org yg paling sesuai dgn kita walaupun dia byk kekurangan di mana-mana.

ilovemyshawn said...

betul..betul..

::khrnmzln:: said...

bisik:kenapa adik kau takut lak?

khalila:betul2 ,jodoh paling sesuai

kinah :welcome e day

Bisikan Rahsia said...

gmbo gelap blkg...pgantin cm kna pksa kwen..ha2

Post a Comment