Friday, February 19, 2010

dipaksa,terpaksa vs terlampau memaksa




Dalam kehidupan sehari-harian..kadang-kala mungkin kita akan terasa seperti terpaksa melakukan itu dan ini kerana telah dipaksa atau keadaan disekeliling yang memaksa kita berkelakuan sedemikan..maka langsungan daripada barulah timbul pula konsep pengorbanan dan menjadi korban.
Dalam kehidupan kita kadang kala ada sesetengah pihak yang terlalu memaksa atau terlampau memaksa..menyebabkan semakin lama dan semakin hari kita semakin tidak senang dengan keadaan ini..
Dalam konteks terlampau memaksa ini haruslah dikikis kerana seharusnya sesuatu keputusan itu harus dibuat melalui komunikasi berkesan dua hala dan mendapat persetujuan ramai (majoriti) dan bukanlah mengikut kehendak masing-masing dan hendaklah memahami antara satu sama lain.

Jika kita hendak memaksa orang sesekali pun..cuba kita bayangkan kalau kita berada di tempat orang yang dipaksa..kita takkan gembira dan ikhlas buat sesuatu kerja dalam keadaan terpaksa.
dalam islam sendiri pun mengatakan tiada istilah paksaan dalam islam..so kita sebagai manusia biasa janganlah terlampau memaksa..kita harus ingat orang lain dan consider dengan mereka juga.Istilah give and take haruslah diterapkan bukan paksaan.Kita harus ingat Sikap kita yang suka memaksa dan mendesak membuatkan orang disekeliling kita akan cepat bosan.
hormatilah sikit pendirian orang lain...

Tapi kadangkala 'paksaan' ini juga penting seperti memaksa dirinya untuk melakukan sesuatu yang diinginkan, pantang menyerah, adalah modal utama untuk menjadi kreatif dan inovatif.


2 bom bom:

Bisikan Rahsia said...

cm anwar ibrahim

::khrnmzln:: said...

anwar ibrahim?

Post a Comment