Friday, February 26, 2010

Hidup keNa berAni teriMa kenYataan



"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang
kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

kita seharusnya berani menerima segala dugaan untuk hidup dalam keadaan yang sempurna seperti seorang manusia biasa. kita janganlah hidup dalam keadaan yang tidak dapat menerima kenyataan kerana setiap manusia yang dilahirkan didunia tidak ada seorang pun yang sempurna dari pelbagai aspek. manusia akan sentiasa membuat kesilapan dan kesilapan itulah manusia dapat membentuk peribadi atas kesilapan yang dilakukan. sedarlah..ada kalanya apa yg dirancang tak menjadi kenyataan sbb semuanye urusan Allah S.W.T.Bukan mudah untuk kita berada di bumi yang nyata setelah sekian lama kita terbang di kayangan.

Dan ingatlah bahawa:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai
dengan kesanggupannya. " -Surah Al-Baqarah ayat 286

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu
(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan
perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah
kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di
medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan
pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta
bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya
(mencapai kemenangan). " -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan
sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya
sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45







2 bom bom:

Bisikan Rahsia said...

sobsobsob...insaf mkcik dengar.mkcik suke entri ni

:misz kakai :: said...

haha..ko ni jiwa la..asik sob3 je..

Post a Comment