Monday, September 10, 2012

1 TAHUN

Kematian adalah rehat daripada kedukaan dunia .

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. 
Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.”
(Al-'Ankabuut:57)

Kenapa harus ada kematian?

Allah mengasihi dia dan mengambilnya lebih awal dalam dakapan kasih-Nya. Allah lebih mengetahui untuk membalas hamba yang dikasihi-Nya, lebih daripada apa yang kita boleh lakukan untuknya, kerana Allah itu M
aha Pengasih Lagi Penyayang yang tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang manusia.

`Jangan dukacita terhadap dunia dan penghuninya, iaitu keluargamu. Gembirakan dengan nikmat syurga, di mana segala kebimbangan akan lenyap. Jangan berdukacita, kamu pasti akan meninggalkannya, padahal ketika itu, iaitu sebelum meninggal, Allah telah pun menenangkan hatinya.''

Tidak mudah mengikis rasa rindu kehilangan orang yang dikasihi. Demikianlah di antara tanda-tanda kasih sayang. Tidak mudah memujuk kesunyian hilang teman, hilang tempat bergurau senda dan mengadu kasih, tempat harapan. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

23 Shawal 1432- 23 shawal 1433 .
Semoga Arwah Khairul A'riffin Bin Mazlan rohnya dicucuri limpahan rahmat dari Allah, dan digolongkan di kalangan orang-orang yang diredhai Allah. Dari Dia kita datang dan dari Dia kita kembali.

AL-FATIHAH

0 bom bom:

Post a Comment