Friday, January 7, 2011

mereka selamanya.

bila usia sudah beranjak,
makin meningkat,
bukan bermaksud,
kita semakin bebas,
kita semakin matang,
kita semakin cepat nak habis belajar,
duit sudah mula datang.
tapi itu menunjukkan kita semakin hampir dengan kematian.
mungkin bila peringkat umur kita sekarang,
kita masih ada ibu bapa yang temankan kita,
yang sentiasa membantu kita.
tapi entah esok lusa,
mungkin Allah akan tarik nikmat itu.
Kematian itu akan datang bila-bila masa,
tidak akan tercepat,
tidak akan terlambat..
sama ada ibu bapa kita yang dijemput dahulu,
ataupun kita,hanya Allah yang tahu
Hanya dia yang Maha Mengetahui.
Itu semua kerja Allah.
jadi tugas kita adalah hargai peluang.
selagi hayat kita,dan ibu bapa masih ada.
kita selalu merungut,
balik kampung jauhlah,
tiket mahallah,
sekali balik rm 100,tapi kita tak ingat,
ibu bapa kita telah berkorban lebih daripada itu.
balik kampung pun nak berkira,
telefon mak sekali sekala.
itu pun setakat miskol,
ayah topup,mak topup,
kalau tak topup,kita tak call dia.
tapi masej dengan orang lain boleh je.
nak bagi hadiah,sebagai tanda perhargaan,
tanda kita sayang dan ingat ibu bapa kita,
kita cukup berkira-kira.
padahal ibu bapa kta sanggup berkorban apa sahaja.
kita selalu fikir,
selalu cemburu dengan ibu bapa orang lain,
kadang-kadang kita ada rasa,
ibu bapa kita selalu lukakan hati kita ,
tidak adil,selalu kena membebel,
kadang-kadang kita rasa ibu bapa kita
selalu membanding-bandingkan kita dengan orang lain.
walaupun kadang-kadang hati kecil kita,
berkata mereka tidak patut buat macam tu,
tapi anda kena hormat mereka,
biarpun kadang-kadang kita rasa,kita dipihak yang betul,
tapi kadang-kadang kita perlu mengalah,
selagi ia masih tidak melawan dengan perintah agama.
mengalah tidak bererti kalah.
sebab mereka adalah ibu bapa kita.
biarlah hodoh mana,buruk manapun perangainya,
mereka tetap ibu bapa kita,
ibu bapa yang baik,
yang sayang akan anaknya,
yang sentiasa memberi rezeki yang halal,
memberi ilmu agama dan sebagainya.
kita mesti masih ingat kisah seorang anak yang memuliakan
ibu bapanya walaupun ibu bapanya telah bertukar menjadi khinzir.
muliakan hati seorang anak yang soleh?
ini kadang-kadang,
bila kita kena marah,kita kena caci,
kita menyumpah mereka dalam hati,
kita herdik mereka balik,
bila mereka sudah berusia,
sedikit nyanyuk,buang air merata,
ada yang sanggup campak mereka,
buang mereka jauh-jauh ke rumah orang tua.
betullah orang cakap.
seorang ibu bapa boleh jaga 10 orang anak,
tapi sepuluh orang anak,
tak semestinya dapat menjaga seorang ibu bapanya.
kita perlu bersabar sedikit sahaja,
gembirakan hati mereka,selagi mereka masih ada.
bila mereka sudah tiada,
baru rasa mahu menyesal,
masa itu mesti kita mesti rindu dengan bebelan mereka semua.
masa itu bar nak sayang-sayang
padahal semua sudah terlambat.
jadi jangan jadi yang lambat.


p.s:tobe continue(kalau rajin)