Sunday, October 31, 2010

urgent:memerlukan pendapat.

sebenarnya sudah lama mahu membuat entri ini.
cuma tiada idea untuk membuat mukadimahnya sahaja.
saya tidak bukan orang sastera yang bijak menyusun kata-kata.
setiap manusia pernah buat silap.
berhak ada perasaan untuk marah.
tapi kadangkala,cara kita tunjukkan marah kita,
cara kita lemparkan amarah kita silap.
setiap orang,ada hak untuk menegur,ada hak untuk mengkritik.
tapi kadang kala,cara kita mengkritik itu salah.
padahal niat kita betul.
mungkin hendak menegur,hendak mengkritik,
hendak tunjuk rasa tidak puas hati ada seninya.
kadang-kadang ,bila kita silap langkah.
kita tidak boleh undur lagi.
peluang hanya datang sekali.
maka kita harus buat keputusan sehabis baik.
lagipun kita bukannya baik sangat untuk menghukum orang.
bila kita terlalu emosi,nanti pasti ada pihak menjeruk rasa.
saya bercakap bukan bermakna saya pandai mengawal perasaan marah,
pandai mengkritik,pandai menjaga hati dan sebagainya,
saya cuma ingin bertanya pendapat,dan belajar berubah ke arah lebih baik..
untuk renungan dan kebaikkan kita bersama..
sebab saya sama seperti anda semua,
saya selalu tersalah watak dan peranan.
beremosi dan tidak rasional.
kalau boleh,walaupun susah.
saya cuma mahu mengawal perasaan marah.bersabar dah sebagainya.
bila sudah berubah,nak jadi istiqamah tehadap perubah kita tu payah pula.
saya pernah baca buku,
buku tersebut meyatakan
'perasaan marah itu,adalah sesuatu pencemaran'
kau orang rasa,untuk mengelak 'pencemaran; tersebut
apakah pendapat kauorang mengenai:

1.apakah cara terbaik memadamkan /menunjukkan rasa amarah kauorang?
2.bagaimana kauorang mengawal perasaan amarah?
3.macam mana cara terbaik mengkritik atau menegur orang?

pendekatan apa kauorang guna?
adakah kauorang akan menegur secara kasar?
menegur dengan secara berhemah(slowtalk)?
buat tak tahu.?
kawal perasaan.?
pekakkan telinga,butakan mata.?
buat entry/status perli-perli dan bahasa kasar di belog,facebook,twiter,ym dan macam lagi?
buat entry /status berbentuk nasihat untuk kebaikan bersama di belog ?
mengenalinya dengan lebih baik dan mencari pendekatan yang sesuai?

p.s:
dah baca sila bagi pendapat.
pendapat diperlukan.
p.s:
maaf segala salah dan silap.
p.s:
we ask Allah to help and guide.
And allah knows the best.
May Allah swr give us the strength to fight the syaitn and be victorious in this world for the rewards in the akhirat.
p.s:
exam dah dekat

13 bom bom:

Anonymous said...

marah itu lumrah... sume org ada sifat tu tp yg pnting cara mengawalnya menentukan kita seorang yg bijak atau sebaliknya.pada pendapat ana klu marah tu lebih baik diam je sbb wktu tu kita tgh dipengaruhi oleh emosi... tkot tersilap langkah syaitan akan menguasai kita.nntikan keadaan akan bertambah parah... bila kita dah cool ckit pastu bru kita slowtalk dgn kwn kita tu sbb kita dh dlm keadaan terkawal.tp bukan sng nk tegur org.. bukan sume org bley terima. kita tgklah kwn kita tu jenis cmne. klu yg bley mendengar nsihat ckplah bek2 tp klu yg susah nk dgr nasihat wt secara berhikmah contohnya cerita dekat dy psl sifat2 yg kita x suka...cara terbek kawal marah mgkin dgn ingat Allah n ingt kebaikan yg kwn kt tu prnh wt dekat kita... mungkin pendapat ini dapat membantu saudari....sama2 kita berusaha menjadi yg terbek....

::khrnmzln:: said...

thanks..anonymous:
saya suke cara anda.bgus.semoga kita dpat amalkn untuk kebaikan bersama.terima kasih der bg pendapt..thumbs up..

hamba_Allah73 said...

salam..

Semacam mahu mnjwp soalan exam sturktr plak..
mungkin soln saudari Khairina tidk begitu jls ttg prkra yg mahu ditegr itu sndiri..agma? perasaan? marh kerna xsingmt byk? & sbgainya

Namun apa yg pasti setiap kslhn itu haruslh ditgur secr berhemah..
apa yg dpt dperhtikn, zmn skrg ini cukp mudh msyrkt terutma remaja melempiaskn amarh mereka pd perkra yg bukn-bukn seperti mengata,mengutk dan mencaci di Facebook tnpa memprtimbngkn kesn yg akan mereka perolh..ini keburkn FB antrnya..

Jika ada rkn2 kita membuat salah, sebaik2nya setiap tgurn haruslh bersift umum terlbih dahulu dan jika tidk berubh barulh berckp secara ters-trng namun haruslh berhmh,tgur di blkng dan tidk bermaksud mengaibkn rakn kita..

Ttg carnya terpulng, Blog,twtr,Skype & etc, yg penting kita jg perasaan org yg ditgur..

Pd yg menegr, bijklh dlm menjga presaan org lain.Org yg rasa ditgur pula hruslh bijk dgn berfikr apakh btul @tidk perkra yg ditgur. Jika baik utk anda berubhlh ke arh yg lbih baik.

Hanya Allah yg mengethui setiap hati2 kita..

Wallahua'lam..maaf jika ada tersilp bicra terslh bhsa..
Wassalam..

Anonymous said...

isap rokok la...hehe...melawak je..

jawapan soklan pekse edu 2010

1. dari tunjukkan baik padamkan. dua tiga hari lupa la kot...hehe

2. berdiam diri. sekurang-kurangnya ada masa untuk berfikir. orang yang nak kita marah tu ke yg salah ataupun dia salah sebab kita yang buat salah kepada dia.

3. bergantung kepada org tu la. manusia ni banyak jenis. ada yg boleh terima kritikan. ada yg melenting terus. tgok dulu sejauh mana kita kenal dia. dan selalunya jalan terbaik nak tegur adalah cara yang berhikmah la. ajak dia duduk bersembang kosong. pastu bru msuk jarum. kadang2 direct pun boleh, tp biar lah nada yg digunakan adalah dalam nada yg santai/melawak.


Dari Abu Hurairah ra, bahwa ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi saw: “Berilah wasiat kepadaku”. Sabda Nabi saw : “Janganlah engkau mudah marah”. Maka diulanginya permintaan itu beberapa kali. Sabda beliau : “Janganlah engkau mudah marah”. [Bukhari no. 6116]

aku ni pandai cakap je. aku pun selalu kantoi gak...hehe..harap-harap ko tak marah aku guna status anonymous..hehe

::khrnmzln:: said...

hamba allah 73:
thanks nasihat dan pendapat diberi.
jadi kesimpulan,kita harus bijak menggunakan peluang yang ada,bijak menggunakan teknologi yang ada.dan yang paling kita kita harus menjaga perasaan dan jangan aibkan mereka.syukran.

::khrnmzln:: said...

anonymous:
nak rokok sekotak boleh?
thanks jugak atas pendapat yang dihulurkan.
bagus.kita kena kenali die dengan lebih lanjut,pastu baru kita sesuaikan pendekatan dengan cara dia.sbb tak sume orang suka dengan cara kita n then,kite kena renungkn diri kite juga..
ada satu hadith :
"ada antara kamu yang lekas marah dan lekas tenang,sifat pertama menyeimbangi sifat kedua,sesetengah lmbt marah dan lambat pula reda kemarahannya,sifat pertama menyeimbangi sifat kedua,yang terbaik antara kami ialah mereka yang lambat marah tetapi lekas reda kemarahannya"{al-tirmidhi)
khalifah ali pun ada cakap:
"lindungilah diri kamu daripada kemarahan kerana permulaannya ialah kegilaan dan penghujungnya adalah penyesalan."

kita ni sebenarnya,ilmu ada,kita tahu sebab musabab,tapi kita tuli,kita buat lagi,kita tak amalkan...sama je mcm aku.aku pun selalu mcm tu.tak de hal la guna anonymous,aku rse aku thu kot kau sape..blur di ptg hari ni..haha..

fYlla_dYlla said...

my dear kakai,
1 & 2 mrah tuh mmmg lumrah dlam kehidupan kete...so ape y pling penting terpulang kat dri kite...hanye dri kite y mampu menahan dr sifat tuh...bnyak2 la beristighfar bile rase nk mrah...blaja kawal dri n kawal perasaan. dlu sye juga seorg pemarah..bila org tgo je asyek nk melenting..tp sye cbe berubah..sikit demi sdikit...tp bukn la mksud sye sifat marah tuh ilang tros...still ade...cme..kite mampu mengawal keadaan tersebut..seng cte..berdiam adlah lebey baek..semakin kite berkate2 semakin kite lebey ke arah marah atau akan timbul perasaan laen yang tidak baek.
3. cara nk tgo org plak...just try slow talk ngn diye.....nobody perfect dlm dunia nih...kalo perlu gne kn cre y lebih lmbut ntuk org y pemarah nih..jgn tgor diye secara kiasan y mendalam..sebab diorg nih..mmg jenis cepat terasa...........just berterus terang dgn diye....kalo y x reti bhse..atau lebey kurg x pham y kte tgh mrah diye..just ignore je or nih....lg dilayan kite y saket kepala...ini just my opinion ye cik kakai.....t.cre my dear.......

Anonymous said...

tgk link nih
http://www.izoblog.com/artikel-menarik/atasi-marah-panas-baran-cara-islam

aien said...

aku xreti la nk bg pendapat.. just boley ckp. selagi kita mampu kawal amarah tu kita kawal okeh.. setiap manusia nie xlepas dr buat salah.. mungkin kita nmpk org buat slah pd kita. tp kdg2 kita sendri tak sedar yg kita pun byk salahnye.. so, kena belajar untk berlapang dada dengan kesalahan orang..

aku suka kalo boleh guna cra slowtalk.. tp tak semua orang boleh terima teguran. so, kena pandai2 la cr waktu yg sesuai.. hehe

jangan masukkan semuanya dalam hati.. hal2 yg kecik n tak penting just abaikan je.. hee.. kalau meluah buat kita tenang, tak salah kot bercerita.. huhuhu..


eh. ape aku merepek nie.. hahaha

Zue said...

salam kakai..

maaf deh x pandai bg pendapat ni.. tp InsyaAllah renungkan kisah Luqmanul Hakim ini(mungkin ada yg dh tahu), tentu ada ibrahnya :

Lukmanul Hakim dikenali sebagai manusia yang sering meninggalkan peringatan serta manfaat menerusi kata-katanya. Beliau merupakan seorang bapa yang sentiasa menasihati anaknya dengan kata-kata berhikmah. Dan kata-kata itu adalah wajar diambil iktibar oleh kita semua.

Pernah suatu ketika, beliau mengajak anaknya keluar ke pasar. Beliau mengenderai seekor keldai manakala anaknya pula mengekorinya dengan berjalan kaki. "Teruknya orang tua ini, anaknya yang kecil dibiarkan berjalan kaki sedangkan dia bersenang-lenang menunggang keldai," kedengaran suara dari sekumpulan manusia yang melihat mereka.

" Wahai anakku, dengarkah engkau apa yang mereka perkatakan itu?" tanya Lukmanul Hakim kepada anaknya.

"Dengar ayah," jawab anaknya sambil mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Sekarang engkau naiklah ke atas keldai ini, biar ayah menariknya," katanya sambil mengangkat anaknya ke atas belakang keldai.

"Nampakkah kalian betapa anak yang tak pandai mengenang budi ayahnya yang sudah tua. Disuruhnya ayahnya menarik keldai sedangkan dia yang masih muda menunggangnya, sungguh tidak patut," kata sekumpulan manusia lain yang mereka temui di tengah, perjalanan.

"Dengarkah engkau apa yang mereka perkatakan?" tanya Lukmanul Hakim kepada anaknya.

Anaknya mengiyakan pertanyaannya itu.

"Sekarang engkau turun dari keldai ini, dan kita sama-sama berjalan kaki," kata Lukmanul Hakim. Anaknya segera turun dari keldai.

Tak berapa lama kemudian mereka bertemu pula dengan sekumpulan manusia yang lain. "Alangkah bodohnya orang yang menarik keldai itu. Keldai untuk dikenderai dan dibebani dengan barang-barang, bukan untuk diseret seperti lembu dan kambing," kata mereka.

"Dengarkah engkau apa yang mereka kata?" tanya Lukmanul Hakim kepada anaknya lagi.

"Dengar ayah."

"Kalau begitu marilah kita berdua naik ke atas belakang keldai ini,"

Tidak berapa lama selepas itu mereka terdengar perbualan sekumpulan orang yang lain pula. "Sungguh tidak bertimbang rasa mereka ini, keldai yang kecil ditunggangi berdua!" kata mereka.

Lukmanul Hakim lalu bertanya kepada anaknya, "Adakah engkau dengar apa yang mereka perkatakan?"

"Ya ayah, saya dengar."

"Kalau begitu marilah kita dukung keldai ini," kata Lukmanul Hakim

Dengan bersusah payah mengikat keempat-empat kaki, akhirnya mereka berjaya mendukung keldai itu. Dan dalam keadaan itu jugalah mereka mula berjalan, dengan bebanan menanggung seekor keldai. Apabila orang ramai melihat gelagat mereka berdua, mereka ketawa terbahak-bahak. "Ha! ha! ha! Hei! Lihatlah orang gila mendukung keldai!"

"Dengarkah engkau apa yang mereka katakan?" dia bertanya kepada anaknya lagi.

"Dengar ayah," jawab anaknya.

Mereka meletakkan keldai itu ke tanah. Beliau pun menyatakan hikmah di sebalik peristiwa tadi, "Anakku, begitulah lumrah manusia. Walau apapun yang engkau lakukan, engkau tidak akan terlepas dan kata-kata mereka. Tak kira benar atau salah, mereka tetap akan mengata."

"Ingatlah anakku bila engkau bertemu kebenaran janganlah engkau berubah hati hanya kerana mendengar kata-kata orang lain. Yakinlah dengan diri sendiri dan gantung harapanmu kepada Allah."

*******************************************

Utk menjawab soalan kakai, InsyaAllah sahabat2 di iluvislam ada m'bncgkn ttg hal ni dalam forum 'kompilasi sahabat/kawan'. Blh tgk thread nie :

http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=80&thread_id=10329

p/s : maaf kakai x dpt jwb soalan dgn baik.. skema jwpn xde.. hihiii.. just kidding! gud luck 4 exm.. keep it up! ^_~

Nadzirah said...

Salam sahabatku..harap penerangan sdkt ini dpt membantu insyaallah..

seorg Muslim itu adlh org yg mempunyai akhlak yg terpuji, b'hias dgn kesabaran & rse malu, b'pkaian tawadhu' & syg kpd sesama Muslim yg laen..dlm stiap tindakan kt, xkre keadaan & mse, haruslah ade cri seorg Muslim itu..kalo dlm kes ni, ketika kt b'bicara/menugur rakan2..setiap org b'beza dr segi penerimaan apb ditegur..tegur pn perlu b'hikmah.."serulah Tuhanmu dgn hikmah & pengajaran yg baek, & b'debatlah dgn mereka dgn cara yg baik" (16:125)kalo tgk ayt ni, Allah dh beri garis panduan mcmne nk tegur & b'debat dgn cre yg islam gariskn..mgkn ayt ni direferkan pd baginda s.a.w ketika beliau ingin menyampaikn risalahNYA & menyeru org kpd Islam..tp ianye still aplicable kpd kt jg..Alquran diturunkan bkn hnye utk Baginda tp ianya utk seluruh umat manusia..semoga kt menjadi insan yg mengerti akan Kalam Allah..amin.."Perkataan yg baik & pemberian maaf lbh baek dr sedekah yg diiringi tindakan yg menyakiti..Allah maha kaya & maha penyantun" (2:263)jd, jgla p'cakapan kt dgn semua org, tuturlah kt2 yg baek & indah, ssghnya Allah itu cantik & sukakn kecantikan..dr cni, cantik adelah sesuatu yg abstract..jka ada diantara kt yg selalu/pernah t'lanjur dlm b'kata2 atau tndkn, mohon lah maaf & jdlah org yg pembri maaf itu..

Islam jg ade anjurkn byk cara utk kawal/cegah dr marah..

First, kte bleh melatih dri@jiwa dgn akhlak2 terpuji (eg, sabar, lemah-lembut, xt'gesa2 dlm sgle hal)..sbnrnye, kt bleh belajar byk bnde dr kisah Nabi s.a.w & para sahabat..mereka adlh cth terbaek utk dijdkn panduan..Ade suatu Ketika Zaid bin Sa'nah, sblm masuk Islam, mendatangi Rasulullah s.s.w & menagih hutang yg blm smpi tempoh, dgn sikap yg sgt kasar..tp baginda menghadapinya dgn senyum & sabar..bahkan beliau melarang Umar yg mengherdik llk tersebut, seraya b'kata "Hai Umar, aku & dia xmembutuhkn sikap spt ini. Lbh abik kmu menyuruhku melunasi hutangku, & menyuruhnya menagih hutang dgn baik" Setelah itu, baginda melunasi hutangnya, bahkan jumlahnya melebihi jumlah asal, sbg imbalan dr herdikan yg diterimanya dr Umar..akhirnya, sikap baginda s.a.w ini menjd penyebab masuknya Zaid ke dlm Islam..subhannallah..

kalo tgk kisah tersebut, indahnya akhlak baginda s.a.w, shnggakn org yg bkn Islam bleh t'tarik..apatah lg kt, ble b'dpn sesama Muslim, pttnye lbh terpuji lg akhlak kt..kt xkn rugi ape kalo kt b'sabar..belajarlah utk fikirkn perasaan org laen, cbe ltkkn dri kt ditmpt org itu..apakah yg kt akn rse?? kt semua dh bsr, allah kurniakn akal ntk sme2 b'fkir:)

then, kalo kt rse marah sgt dgn org yg menegur kt tu, mgkn ianye salah, kt xperlulah b'bica lbh2/b'tikam lidah lg..it will make the condition worsen not getting better..kemarahan akn b'tmbh/mgkn akn keluar perkataan2 yg kt akn sesalinya nnt.."ssghnya kemarahan pd dasarnya adlh bara yg sdg membakar di hati anak Adam." Rasulullah s.a.w b'sabda "Jika slh seorg diantara kamu marah, maka diamlah." baginda mengucapkannya 3x..(HR Imam Ahmad,Tirmidzi & Abu Dawud)

mgkn stakat ini dlu, nnt ade ape2 sy akn comment lg insyaallah..

Nadzirah said...

sedikit sambungan..

Rasulullah s.a.w b'sabda " ssghnya amarah itu dr syaitan, dan syaitan diciptakan dr api..jka seorg diantara kalian marah, maka b'wuduklah" (HR Ahmad & Abu Dawud) pd dasarnya, air (wuduk) dpt memadamkn api t'sebut (kemarahan yg sedang membakar di hati anak Adam)

Imam Ahmad & Abu Dawud jg ade meriwayatkn bahasa Nabi s.a.w b'sabda "Jka slh seorg dianata kalian marah, & dia b'dri, maka duduklah..Krna kemarahan akn hilang..jka blm hilang, maka b'baringlah." hal ini krna posisi b'diri lbh mudah utk meluapkn dendam/kemarahan b'bndg duduk & baring..

Dan b'sabarlah dlm menghadapi keadaan t'sbt krna “Allah mencintai orang yang sabar.” (3: 146). “Sesungguhnya Allah bersama-sama mereka yang sabar.” (2: 153)

peringatan kpd org yg menegur & di tegur:

Sebaiknye tegurlah secara b'hadapan..Jangan sesekali berkata-kata di belakang..tp ingtlah, menegur pn ade crenye, jgnla keras sgt..pndg kri kanan dlu.. seseorg itu jg perlu mempunyai keberanian untuk menyatakan kebenaran scra b'hadapan.. jgnlah depan kata lain, belakang lain pula katanya.. Apabila kebenaran itu terlalu pahit untuk dinyatakan, maka ia akan mudah diterjemahkan melalui pembohongan. Sebab itulah seseorang itu di hadapan kita dipuji, di belakang kita dikeji..jgn smpi jd bgni ye..

Orang yang ditegur jg kenalah belajar menerima teguran dengan hati terbuka..bersangka baiklah dan bukannya b'prasangka.. Walau apa pun hujah atau alasannya, biarkan die b'kata2 dahulu..jgnlah terus nak serbu..itu akn memburukkn lg keadaan.. dengar dan kaji sejauh mne kebenaran atau kebatilan ape yg dip'katakan..gunalah akal utk menimbang tara, bknnye emosi..

wallahualam, sekian sje..
harap dpt membantu..
wassalam

::khrnmzln:: said...

terima kasih kepada kawan-kawan yang memberikan pendapat..

zue:best cite ni..menarik..mulut org mmg xleh nk tutup..

dilla:btol tu...at leastkte cuba buat yg terbaik untuk diri kite..dan cuba menjadi lebih baik..

nadz:xsangka dapat nasihat yang mantap dari bumi newzealand..syukran tau atas nasihat yang diberi..bagus sangat,btol3 membantu..studi leqloq tau kat sana.. gud luck..

dan kesemua rakan lain dan silent reader thanks ye...hehehehe...

Post a Comment