Thursday, November 15, 2012

November 2012

Bulan november , bulan perpisahan.
Dalam Bulan November,
ada satu hari, hari terakhir kita berjumpa
untuk tahun ini...
Bulan-bulan depan,tahun-tahun depan,
insyallah boleh jumpa lagi.
Kalau ada jodoh,kalau ada rezeki,kalau ada umur.

Bulan November,bermula tahun ni,
tak sama macam bulan november 5tahun lepas.4tahun lepas.3tahun lepas,2 tahun lepas dan tahun lepas,

Selamat tinggal kawan2 terutama adik beradik 5tahun setengah PISMP 8F .
Kita cuba sedaya upaya buat reunion lagi tau :)

Wednesday, October 24, 2012

tiada tajuk 2

kena percaya janji tuhan seratus tujuh puluh peratus bila dia kata "minta-- dan aku bagi".
dan jangan sekadar minta sekali.

kalau sungguh apa yang kita mau itu yang terbaik untuk kita--
lambat laun sampai juga ke tangan kita.
kalaulah tak kunjung tiba--
ajarlah hati untuk terima yang tuhan itu maha tahu.

sesungguhnya dia pencipta segala.
dari yang terzahir sehingga ke yang paling dalam hati--
dia tahu kenapa kita mahu apa yang kita mahu.
kalau mak abah kita sanggup kerja siang malam demi anak yang mahukan sesuatu, apa lagi tuhan yang mencipta setiap zarah yang wujud sejak azali dulu.

dan yang penting--
sabar dalam menunggu.

c&p dari fynn jamal